Nuffnang Advertisement

Thursday, October 15, 2015

Breakfast


Salam Maal Hijrah utk semua. Di kesempatan ini Kak Elly menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf. Sama2 buka buku baru. Berdoa menjadi lebih baik dari sebelumnya....amin.

Semalam kan cuti, decide keluar awal pagi cari barang2 untuk travel. Tinggal sikit jer lagi. Tinggal barang adik dan En Win jer. Bawak anak2 ni mmg payah sikit macam2 keperluan kena sediakan. Nasib dah biasa, jadi dah tahu nak bawak apa yang perlu jer. Tahun ni travel terasa sikit bebanan disebabkan mata wang kita jatuh. Tapi siapa sangka kan nak jadi macam ni. Kena teruskan jugak sebab duit flight semua dah book awal2. Tak boleh nak postponed sebab waktu beli harga promotion. Selagi boleh budget kita budget lah. 

Sebelum shopping, makan dulu kat La Bodega, Pavillion. Asyik breakfast nasi lemak jer. Sekali sekala nak gaks merasa breakfast omputeh...hahaha.



Tak silap aku Menu ni nama Mitas ker Migas...hahaha. Korang pepandai lah baca menu tu nanti. Ada telur, sosej, roti dan beef 



Puan Blog order English Big Breakfast. Sedap sampai juling mata. Especially mushroom tu sedap giler.



Yaya order Chicken Olive Oil. Mmg kalau datang sini itu jer lah yang dia order


Adik order Pancake. Ni pun sedap gaks



Mak pun order English Big Breakfast.

Settled makan ingat nak hantar mak balik dulu tapi dia cakap nak duduk jer kat Pavillion. Dapat cuci2 mata. Dah lama sangat tak keluar. Ok kita bagi Mak rehat satu tempat dulu.

Aku merayau sana sini, Pavillion, Uniqlo, H&M. Senang area ni semua ada.



Hehe...macam biasa cakap cari baju anak tapi mak yang masuk fitting roon dulu...Hahaha. Anak aku jeling jer. Siapa suruh jalan kat kedai paberet Mama.



En Win punya barang settled, Adik punya barang pun dah setteled. Dah lengkap dah semua. Tinggal nak dekat2 nanti baru beli barang2 makanan.

Untuk sesiapa nak travel jauh, especially yang nak bawak anak2 makesure korang sediakan duit tambahan untuk beli barang keperluan. Cuaca kat sini dah cuaca di tempat sejuk jauh berbeza. Beli pakaian yang selesa sebab budak2 akan cepat moody kalau baju yang diorang pakai tak selesa. Nanti nak seronok2 berjalan langsung jadi tak best. 

Benda ni pernah terjadi sewaktu Kak Elly melancong ke Beijing. Tak sangka cuaca kat sana sejuk giler, pakaian pulak kurang sesuai. Bila pakai kan budak baju berlapis2, badan jadi berat dan diorang start nak mengamuk2. Jadi belajar dari kesilapan. Waktu gi Jepun, beli satu jacket yang boleh menampung kesejukan. Tak perlu lagi pakai baju berlapis2. Anak2 pun tak rasa terbeban sangat. Macam tu jugak dengan kasut. Cari yang betul2 selesa. Kang nak Boots bertumit bagai tapi kaki melecet. Cantik dalam gambar jer tapi kaki merana. I lah tu...hahaha

Benda2 ni penting. Nampak macam membazirkan tapi ia satu keperluan bila kita travel ker sesuatu tempat. Especially yang bawak anak2. Ubat2 dan lotion juga kena sediakan. Pastikan sebelum travel korang kena masuk kan semua ni dalam budget supaya tak susah dikemudian hari.

Itu sahaja pesanan penaja untuk hari ini...hehe.


13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaa

Shamriza said...

boleh tak share cmne you jaga rambut..
i envy your hair.. ai ni dh tk bper lebat dahh.. :-(

aDie dALi said...

ni mesti kes boot yg kt london dulu hehe

miss eimanhikmah said...

wahhh seronok nk travel!

mshazadoes said...

kak elly semakin tantek lah...

A.I said...

bestnya..murah rezeki ko boleh bawak anak2 gi obesi. aku ni mampu bawak bebudak gi cameron je. tu pon 4 tahun sekali. kihkih..

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Salam Maaf Hijrah :)

Alueyah said...

Kak elly apehal makin berseri seri cam gadis2 ni...? Insecure ai kikikiki...
Share tips plissss:)

Mrs Little Voice said...

betul2...kena buat preparation awal kalau bwk budak2 ni

emawannie said...

hi kak elly..rambut kak elly cantik. pastu mcm cepat pnjg la..bole x share kak elly punya hair routine..sy ni dah dkt setahun potong rambut..mcm xpnjg2..sedih ha nengok nye.. thanks kak Elly!

noor aini Anwar said...

kak
losyen apa yg terbaik untuk winter?sepanjang pengalaman akak melancong
cuaca sejuk dan kering kan.
saya first time melancong waktu winter ni.Cuaca di jepun dikatakan bulan 12 dibawah paras negatif.

Wan Jamilah said...

Bestnya g bercuti

Norma NML said...

Betul tu..apa2 hal keselesaan anak yg perlu didahulukan, kalau mereka moody mood holiday down..hehe