Nuffnang Advertisement

Sunday, October 11, 2015

BORAK PETANG


Kang kalau mengadu busy menyampah pulak korang dengar...haha. Tapi jadual akak penuh. Giler hebat sekarang ni ada jadual. Dulu calender guna setakat nak tgk haribulan sekarang penuh tulis itu ini...wow hebat...hahaha. Dulu selalu tulis appointment utk boss kat diary sekarang dah tulis banyak appointment utk diri sendiri. Rasa nak lempang diri sendiri. Macam poyo jer rasanya.

Banyak dateline kena kejar. Alhamdullilah rezeki sana sini. Tengah ada ni buatlah selagi mampu. Kat rumah lagi super duper busy. Awal pagi dah masak. Petang masak lagi. Tengah malam buat kerja yang tertunggak. MIL dah semakin sihat. Boleh lah turun naik tangga. Happy anak2 aku Nen duduk kat situ.  

Anak2 dah semakin membesar dah pandai janji jumpa kawan sana sini. Aku ni dah lah jenis tak suka lepaskan anak. Korang nak keluar boleh tapi mama berada dimana2...gitu konsepnya. Kalau tak jangan keluar. 

Sekarang En Win tengah diet...kena control makanan dia. Melampau gemuk aku tgk...hahaha. Pitam kutuk laki sendiri. Malam no more rice makan soup2 jer. So far dah seminggu dia tak makan nasi. Tapi x nampak kurus lagi. Tak tahu lah kalau tengahari di pulun kaw2...hahahaha

Cuti sekolah nak dekat, aku dah fikir pasal pertukaran sekolah semua. Mintak2 result Yaya bagus dapatlah sekolah elok sikit. Barang2 untuk percutian dah 70% siap. Bukan senang nak bawak anak2 bercuti jauh ni semua aku kena fikir. Dari baju sampailah ke makanan. 

Banyak impian aku...tapi sebelum nak capai impian ni banyak benda kena buat. Takpe pelan2 kayuh lah baru 8 bulan Ellfie ni. Sekarang kitaorang tgh sibuk prepare untuk exhibition di Matrade 24 & 25 October ni. First time join big event macam ni. Nak kumpul pengalaman dulu. Hope korang support nanti ya.

Ok dah nak balik ...chow

No comments: