Nuffnang Advertisement

Friday, October 9, 2015

1st Treatment kat Marie France Bodyline


Disebabkan dah tak boleh tahan dengan berat badan sendiri plus aku ngan En Win asyik makan jer sampai tak boleh nak control. Aku kena buat sesuatu....semua seluar dah tak muat. Baru beli seminggu, minggu depan dah tak boleh zip. Baju dari saiz M sekarang dah ke L. Ngeri ok tapi mulut tetap makan jugak...huaaaaa. Ini semua En Win punya salah kalau dia makan aku kena makan sekali sebab hasutan dia mmg aku akan tewas.

Giler lah perut buncit, peha dah berlaga, lengan dah besar macam gajah. Ngeri kot tengok diri sendiri depan cermin. Nasib kat rumah ni tak ada cermin yang sampai bawah tu cuma sampai takat leher jer. Kalau ada cermin sampai ke kaki mesti setiap kali lalu depan cermin aku nangis guling2.

Sepanjang hidup aku, ini lah berat yang tak masuk akal. Waktu pregnant jangan lah kira. Ini berat pregnant dengan tak pregnant dah tak ada beza. Giler tak sedih!! tapi tetap gaks makan macam mana ni.

Kena tekad jugak buat sesuatu. Kalau dulu ada jugak masa nak berjogging atau zumba sekarang bukan tak ada masa tapi malas mengatasi segalanya...hahaha. Jadi decide kena gaks buat sesuatu tetap tidak menggunakan tenaga yang banyak. Nak kurus tapi tak penat....hahahaha. 



Haritu Kak Elly dah pergi Consultation kat Marie France Bodyline. Rasanya ini masa yang tepat untuk Kak Elly buat sesuatu. Dah tak larat tgk bentuk badan sendiri. Macam kena di pam2. Berat naik mendadak.
Jadi tekad ambik program 3 bulan, 2 kali seminggu. Setiap kali buat ambik masa 2 - 3 jam depends kita boleh pilih berapa jam yang kita mahukan.

Nanti Kak Elly share ngan korang ya proses kat Marie France Bodyline...tak sabar nak tunggu result 3 bulan. Harap dapat ramping sikit..hahaha




Amboi....eksyen kau ya. Harap tetapkan lah iman aku supaya rajin pergi selama 3 bulan ni. Jangan lah hangat2 tahi ayam jer...haha

Gambar2 dalam bilik treatment Kak Elly tak dapat lah nak share...boleh mendatangkan fitnah...hahaha. Ada yang mati kejung kang tengok rupa paras Kak Elly terdampar atas katil tu nanti.

1st treatment yang Kak Elly buat namanya Fat Energizing System Therapy, atau nama pendeknya FEST. Kak Elly diberitahu banyak manafaat yang Kak Elly dapat daripada treatment ini. Benefits dari semua treatment ini adalah untuk meningkatkan kadar metabolisme, melegakan stress dan mencergaskan badan.

Masuk jer dalam bilik treatment korang kena baring atas katil yang dah diletakan Hot Blanket. Lepas tu diorang akan buat relaxing massage selama 3 minit. Kena lah kan...dah lah korang datang kat sini mesti dengan cara kelam kabut, cari parking lagi so kena lah bagi relaxing massage supaya tak terkejut bila buat treatment nanti.

Lepas tu therapies akan Scrub bahagian perut tak silap aku selama 10 minit untuk menghilangkan sel2 mati dalam kulit.

Next baru lah therapies tadi akan massage bahagian perut selama 20 minit. Sedap sangat ni sampai tertidur. Tapi boleh terasa perut bergoyang2 bila dia urut nampak sangat lemak dah tepu...hahaha. Tujuan Massage ni adalah untuk melembutkan lemak2 supaya mudah pecah bila treatment next dilakukan.


 

Contoh gambar Selimut Haba Inftra-Merah

Selesai jer Massage...therapies letak kan Mask pula dibahagian perut untuk menghilangkan selulit yang ada dan selimutkan seluruh badan Kak Elly dengan Selimut Haba selama 20 minit juga. Tak sampai 5 minit dah menitik2 peluh kat badan. Rasa dah lama sangat peluh tak keluar kat badan. Boleh rasa toksid2 keluar dari badan. Bila selesai jer proses Selimut Haba ni boleh rasa badan jadi ringan sikit....serious tak tipu.

Next

 

 Body Wrapping

Lepas tu buat Body Wrapping atau pun balutan panas. Tujuan untuk Shaping kan balik bentuk badan dan Burn all the fat yang ada kat. Proses ni ambik masa 20 minit jugak. Therapies ni balut ketat giler sampai lemak pun tak boleh bernafas ya.




Jadi robot sekejap dalam bilik ni. Robot pun robot lah asalkan cantik.

Next treatment




Acoustic Radial Therapy (ART) Machine tujuan Machine ini digunakan utk memecahkan lemak2 yang degil dibahagian perut. Proses ni ambik masa 20 minit jugak. Korang nampak tak kat belakang machine tu ada macam bentuk hairdryer....benda tu akan diletakan dibahagian perut lepas tu ada bunyi macam tembakan...haha. Mula2 terkejut gaks...bila 2 - 3 kali kena tembak rasa dah ok. Jangan risau tak sakit langsung cuma bunyi jer ngeri sikit...hahaha

Treatment ambik masa dalam 2 jam hari ni. Semua berjalan dengan lancar. Tak sakit langsung. Sambil treatment boleh tidur dengan selesanya. Otak pun boleh berehat sekali. Tak sabar dan tunggu kesan dari treatment ni nanti.

Berbeza pula dengan FEST, benefit ART ni dalam pembentukan dan sculpturing ada lah seperti dibawah:-

- Memperbaiki struktur kolegen untuk mengurangkan
-Membantu dalam meningkatkan kekenyalan kulit
-Membantu mengalirkan toksik-toksik merbahaya keluar kemunculan selulit daripada badan

Tu dia...so mmg Kak Elly rasa confident treatment yang Marie France Bodyline sediakan ini






Ini gambar Kak Elly sebelum buat treatment di Marie France. Huaaaa gemuknya pipi, buncit nya perut, besarnya lengan. Kita tunggu lagi 3 bulan ya!! Insyaallah...Elly we can do it!!

Kak Elly percaya dengan Marie France Bodylibe sebab menurut kajian Nielsen, 93% wanita yang menerima rawatan Marie France Bodyline boleh rasa baju yang dipakai oleh mereka menjadi lebih longgar selepas 6 minggu menerima rawatan.


*Research conducted by Nielsen Nov-Dec 2014, n=105 Singaporean Females aged 22-40

Haaaa teringin nak cuba tak?? Marie France Bodyline ada promotion bagi 1st trial Acoustic Radial Therapy + Fat Mobilizing System harga RM69 sahaja!!. kalau nak cepatlahh pergi okay? Ni website dia untuk sign up: 


Untuk maklumat lanjut treatment-treatment Marie France Bodyline visit https://www.mariefrance.com.my/



5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow
all the best sis

mshazadoes said...

suka tgk kak elly sentiasa cantik !! jelessss

Mrs Little Voice said...

takdelah gemok sangat mu elly...sedang2...comey

alia farhan Said said...

Wah bestnya...tp tak mampuuu....
Mampu tgk kak elly pnya result ja lah nnt kak
Chaiyok kak

umikelly said...

elly ttp cantik :) suka bc blog awak. Gd Luck Elly