Nuffnang Advertisement

Thursday, September 3, 2015

TIADA LAGI MASALAH RAMBUT KERING DAN LEPER


Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Boleh jadi moody kalau tetiba rambut melepek dan kering sepanjang hari. Kak Elly akan jadi confident dan ceria bila rambut beralun cantik dan bersinar. Serious..kalau rambut cantik terus kehidupan akan bertukar jadi ceria. 

Rambut Kak Elly ni lepas cuci akan kelihatan kering dia akan nampak melepek. Kejung jer sepanjang hari. Itu yang Kak Elly selalu ikat jer bila keluar rumah sebab malas nak hairdryer rambut. Kalau  gi salun rambut barulah nampak lawa sikit. Itu pun sekali sekala jer kalau ada event baru rajin ke saloon rambut. Tak pun buat bun sepanjang malam esok baru lepaskan, barulah nampak volume sikit rambut tu. 

Korang rasa ada tak shampoo yang lepas cuci jer terus rambut nampak lebat dan beralun cantik??? Mesti korang tengah geleng kepala kan!! Jawapan nya ada ya...Kak Elly pun baru tahu. Lepas ni tak payah susah2 nak hairdryer rambut atau bun sepanjang malam.

 

Me and Kathy Jem

Kak Elly berpeluang ke Event Dove di Double Tree Hilton. Dove memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut baru Dove Volume & Nourishment menerusi teknologi baru dengan menyediakan dua kelebihan untuk menyuburkan dan menjadikan rambut kelihatan lebih tebal.

Ini baru sikit jer Kak Elly terangkan ada banyak lagi Kak Elly nak share tentang Dove Volume & Nourishment ni.


Dengar pun dah teruja. Macam tak percaya jer. Boleh ker lepas cuci rambut terus jadi subur dan nampak lebat. Alangkah ceria nya hidup kalau hari2 rambut cantik kan. Ok..jap lagi kita tengok betul ker tidak ya..



Ini lah Shampoo dan Conditioner terbaru dari Dove. Volume & Nourishment.

Dove Volume & Nourishment Shampoo - menggunakan Teknologi Oxyfusion yang formulasinya mengandungi bahan berunsur oksigen yang dapat meringan kan rambut dan mengekalkan kelembutan rambut dan ia juga dapat menjadikan rambut kelihatan sehingga 95% lebih tebal supaya rambut sihat dan bermaya.

Dove Volume & Nourishment Conditioner - ia direka khas untuk menjadikan bahan pelengkap untuk Dove Volume & Nourishment Shampoo. Conditioner ini dapat menyuburkan rambut, mengekalkan kelembutan dan meringankan rambut. Tiada lagi rambut kering dan leper selepas menggunakan nya.



Acara bermula dengan welcome note dari Aishah Sinclair



Ucapan dari Ms Phoenix Ho, Senior Brand Manager of Total Hair, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd




Ini lah masa yang di nantikan2. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri keberkesanan shampoo dan conditioner Dove Volume & Nourishment. Nampak tak rambut perempuan kat atas stage yg tengah2 tu melepek jer kan. Kejap lagi kira tengok hasilnya




Hanya sebelah rambut sahaja di cuci dengan Dove Volume & Nourishment


Sementara menunggu rambut wanita tadi habis dicuci kami telah mendengar penerangan mengenai teknologi Dove Volume & Nourishment dari Mr John Goh, Reserch and Development Deploy Manager of Unilever Malaysia.

Dove Volume & Nourishment direka khas untuk melebatkan 95% dan menyuburkan rambut dan menampak kan rambut kelihatan segar. Rangkaian produk baru Dove Volume & Nourishment adalah penemuan terbaru dengan menggunakan teknologi Oxyfusion yang mengandungi kandungan yang diserap oxygen. Formula ini akan larut ke dalam rambut dan memberi kelembapan sehingga akar umbi rambut. Dove Volume & Nourishment menepati segala keperluan rambut yang anda impikan dan segala keperluan pelembapan hanya dari Dove.

Penerangan dari Mr John Goh benar2 membuatkan Kak Elly lebih teruja ingin menggunakan Dove Volume & Nourishment. 


Masa yang di nanti2 kan...Tadaaaa

Tak dapat nak tangkap gambar dekat2 bagi korang tgk. Tapi kitaorang kat sana mmg nampak perbezaan rambut wanita tu setelah menggunakan Dove Volume & Nourishment. Rambut sebelah kanan kelihatan lebat dan lebih sihat. Rambut sebelah kiri yang tidak dicuci dengan Dove Volume & Nourishment kelihatan kering dan leper. 

Hanya dengan satu cucian rambut boleh kelihatan lebat dan nampak sangat sihat. Lepas ni tak perlu nak risau rambut melepek atau kering lagi. Dove dapat membantu hanya dengan satu cucian sahaja.



Kami juga diberi peluang untuk melihat video presentation dari 10 wanita yang berlainan kerjaya yang mengalami masalah rambut yang kering, kurang bermaya dan tidak lebat.

Pelbagai2 cara mereka gunakan supaya rambut kelihatan lebat dan subur. Ada yang sepanjang malam akan bun rambut mereka supaya esok pagi rambut akan beralun cantik. Ada yang selalu menggunakan hairdyer supaya rambut kekal cantik sepanjang hari.

Tapi sekarang mereka telah menemui jalan pemyelesaian nya. Dove Volume & Nourishment dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.



Tiada lagi rambut kering dan leper. Dengan satu cucian Dove Volume & Nourishment dapat menyuburkan dan melebatkan rambut mereka.



Mr John Goh dan Ms Phoenix Ho dan Ms Chin Mei Lee bersama 10 wanita yang telah menggunakan Dove Volume & Nourishment



Chit Chat Session.

Aishah Sinclair telah memilih 3 wanita  yang telah menggunakan Dove Volume & Nourishment untuk berkongsi masalah rambut yang mereka hadapi dan pandangan mereka setelah menggunakan Dove Volume & Nourishment.


Siapa ada masalah rambut kering dan leper sepanjang hari....jom ramai2 kita bertukar ke Dove Volume & Nourishment. Hanya RM15.00 (340ml) untuk harga shampoo dan RM15 (330ml) untuk harga Conditioner.

More information mengenai product Dove korang boleh click website Dove ini.


4 comments:

Aishah Amin said...

betul. memang boleh rosak mood kalau rambut tak tentu arah.. 'bad hair day'
Aishah

Puan Wawa said...

Betul tu, rambut kering lagi jadi kerisauan para wanita..")

Zalmin Zakaria said...

Dah try mmg berkesan.

Zalmin Zakaria said...

Memang dah try. Berkesan.