Nuffnang Advertisement

Monday, September 14, 2015

Terubat rindu


Awal pagi Ahad dah telefon Abah kata nak datang rumah. Tapi aku sorang jer. En Win uruskan anak2. Abah kata hari ni mak masak Mee Kari jer. Alaaaa...ayam sambal tak ada ker?. Tak ada mak kau tak masak ayam sambal hari ni.

Kul 11.30 pagi aku dah terjerit2 depan gate. Mak, Abah...Tuan Puteri Buluh Betung dah sampai. Santapan dah siap ker...muahahaha. Nampak muka Abah tersenyum. Terubat rindu. Cari mak kat dapur. Tengah masak Mee Kari dan Ayam Sambal. Huaaaaaa Mak masak gaks Tuan Puteri punya lauk. Terus peluk ketat2.



Tersedap dalam dunia.

Ramai mintak Kak Elly sambung entry pasal dapur. Bukan tak nak update tapi abah ngan mak tak bagi. Jangan katanya...ok faham. Mintak maaf yek tak dapat nak share. Aslong diorang happy dan terima pemberian Kak Elly dah alhamdullilah.

Saja usik...Abah nak swimming pool tak orang buatkan kat belakang rumah...hahaha. Eh! senyum2 pulak. Orang main2 jer lah...hahaha



Sikit jer lah gambar Kak Elly share. Alhamdullilah tertunai hasrat nak bagi diorang selesa. Kalau ada rezeki lebih nak bawak diorang duduk sama. Cari rumah yang lebih selesa. Nak yang ada swimming pool blh abah berenang2 nanti...hahaha



Bantai makan ayam sambal sampai 2 pinggan. Lepas tu rehat borak2 terus tertidur. Lepas sejam terbangun makan Mee Kari pulak. Lepak2 lagi tertidur balik...hahaha. Sekali bangun dah ada kopi dengan kuih. Pitam ni melantak jer. Dalam pukul 6pm nak balik, Abah tanya bila nak datang lagi?? huaaaaa terus sebak. Insyaallah kalau boleh tiap2 minggu nak datang.  

Pada usia 6 tahun - "mak, saya sayang mak"
10 tahun - "mak, apa2 la"
16 tahun - "mak saya merimaskan"
18 tahun - " Saya nak tinggalkan rumah ini"
25 tahun - "Mmg betul cakap mak selama ini"
30 tahun - "Saya nak pergi rumah mak"
50 tahun - "Saya tak nak kehilangan mak"
70 tahun - "Saya akan lakukan apa sahaja untuk mak berada di sisi saya"

 Lumrah manusia kan. Sayangi ibu bapa kita selagi masih ada.



Sampai rumah En Win ajak keluar balik. Cari barang2 untuk bercuti bulan 11 nanti. Tak mampu nak beli semua sekali. Bulan lepas dah settled bayar duit train. Bulan ni cari barang utk pakai musim sejuk di Swiss nanti. Glove kena beli yang kalis air dan tebal sikit



Cari kasut utk pakai waktu snow kat sana. kasut biasa takut licin. Terlentang jatuh pulak kang. Nasib murah dalam RM100 lebih jer. Yaya dan Adik dah beli bulan lepas. Now beli untuk adik aku dan tuan belog punya.



Bulan ni beli winter jacket untuk adik



dan En Win. Aku ngan Yaya pinjam Kak Ngah punya sebab diorang melambak jacket. Mana yang blh save kita save. Duit tukar tunggu dulu. Tak berani nak tukar waktu mahal2 ni. Harap sangat turun sikit dalam bulan 10 atau 11 ni. Tolong lah Ajib...akak merayu sangat ni....hahaha











7 comments:

Cik Saa said...

dah bergenang air mate bila bace entry ni...betul lah untuk saya yg dah stage umur 30 tahun... kalu boleh nak balik duduk ngan mak balik...:(

Cik Saa said...

dah bergenang air mate bace entry ni...mak...tiada tandingannya,,,dah duduk sendiri baru mengerti rase rindu kat mak sendiri...thanks kak..sudi share cerita yang macam ni,,, atleast boleh memberi peringatan untuk semua pembaca..

Amanda Suria said...

Masakan mak adalah yang tersedap di dunia....siyesly sedap...chef Ramsay pun kalah

Nurzakiah Hanum said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaa

Azura Aziz said...

sebak pulak entry kak elly arini.. tetiba ingat kat makk huhu...

Siti Hajar Mohamad said...

sebak pula baca entry kali nie...menarik la kata-kata yg elly petik tu...6th..mak saya sayang mak...10 thn....nak balik kg dduk ngan makkkk...huhuhuhu

aisha said...

Kak Elly patut sopping Kat sini barang winter.. Lagi murah n macam2 Ada..

http://www.kokkong.com/