Nuffnang Advertisement

Friday, September 4, 2015

SAMBAL DAGING


Kak Elly mmg jarang masak sambal daging sampailah Peej asyik cerita pasal sambal daging yang dia masak pagi raya. Sehari sebelum Raya malam tu sanggup datang rumah Peej mintak sebekas...huaaaa tak malu sangat ni. Tapi mmg meletop sedap. Makan ngan nasi panas2 berebut ngan En Win. Terus En Win jatuh hati dengan Sambal Daging ni. Tapi kan mintak resepi ngan Peej ni sakit jiwa sebab dia suka main agak2 jer bahan. I cannot u know...i kena tahu betul2. Lepas tu dia suruh gi kat blog kira sendiri bawang dalam gambar tu...ayoooo pitam resepi macam ni. 

Resepi ni ikut sukatan Kak Elly nanti pandai2 lah korang tambah2 rasa tu nanti.

Bahan2 
*1/2 kilo daging batang pinang (tak payah rebus sebab batang pinang ni lembut)
*Cili Kering dalam 1 1/2 senduk (kalau nak banyak sambal letak banyak sikit)
* 1 biji bawang besar (blend dengan sedikit belacan)
* 6 ulas bawang merah - dikisar
*2 biji bawang putih - dikisar
* semangkuk kecik air asam jawa ( ni kena pandai agak2)

Cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga masak. Masukan daging. Lepas tu masuk kan air asam jawa. Garam dan gula secukup rasa. 

Itu jer senang kan!!  





Tadaa....Abg Toyib dalam seminggu mesti kena masak sambal daging ni. Buat banyak2 simpan dalam fridge. Buat bekas kecik2. Malam2 senang nak makan ngan roti atau roti canai. Kadang2 makan Maggi Mee pun dia letak sambal daging ni. Melampau sangat ni. Ok...selamat mencuba!!

4 comments:

intandayani said...

Org Melaka mmg gemau makan sambal daging kan kak?org negeri lain rase cam pelik je

Aishah Amin said...

senangnya resepi ni! boleh masak esok hihi
Aishah

alia farhan Said said...

Sedapnya kak elly!

Norma NML said...

Air tgn isteri, kalau suami dah syg mmg takkan jemu ;)..bagus Elly..walaupun sibuk & penat masih memenuhi permintaan suami ..