Nuffnang Advertisement

Monday, September 21, 2015

PENGALAMAN BERLAKON


Wah! hebat sangat rasa diri sekarang...hahaha. Berani2 ambik job yang depan camera lepas tu kena hafal script. Eh...dah giler perempuan ni. Waktu orang RTM called laju jer jawab setuju. Berani sangat waktu tu bagi jawapan boleh. Dah lupa diri tu sebenarnya tak boleh depan camera...hahaha

Kak Elly dapat call dari sorang silent reader yang bekerja di rancangan Walla (RTM) rancangan macam 'Jalan2 cari makan bersama blogger'. Mintak Kak Elly join rancangan ni. Dia kata tak lama pun shooting dalam 3 - 4 jam macam tu bersama Brian (peserta Master Chef)

Kenapa Kak Elly setuju?? 
Saja nak cabar diri...cewah. Dari dulu mmg minat menulis berani kan diri ber blogging. 2 tahun lepas blogging banyak rezeki yang datang. Macam2 benda Kak Elly lalui...photoshoot majalah, buat iklan, pergi event sana sini, shoot untk video, berdepan dengan orang sana sini. Huaaa best sangat satu pengalaman yang berharga walaupun dalam hati rasa nak meletop jantung. Tahun ni dapat peluang shooting kat TV pulak. Rasanya kena ambik peluang ni sebab rasanya pengalaman yang sangat berharga. 




Shooting hari Selasa kat Kajang. Script diorang baru email pagi tu. Sekali bukak tgk ada dalam 5-6 page script kena hafal. Dah lah Kak Elly ni ada kelemahan menghafal. Baca lah dekat 80 kali pun mmg tak boleh hafal punya. Lembab nak mampus otak ni. Tak nak stress2 Kak Elly pandang gitu2 jer. Faham kan topik yang dibualkan jer. 



Make up kat office jer. Senang lah sikit. Sampai2 blh terus shoot...kahkahkah. Ayat macam pelakon fofular. Kejap lagi kejung lah kau sorang2 kat depan camera tu.



Eh! apa putih sangat muka ni. Harap2 jangan melepak putih dalam TV nanti. Nanti jadi Abg Ajis pulak dalam Seniman Bujang Lapok...hahaha

Sebelah Kak Elly tu lah Brian. Rasanya ramai yang kenal kot. Nasib Brian ni sporting giler. Senang bekerjasama. Mana yang terlupa dia tolong cakapkan...hahaha.

Tapi giler terror ok...sekali shoot jer tak yah repeat2. Walapun suara tiba2 keluar macam itik tetap Akak teruskan dialog...hahaha. Tak tahu lah nak senyum ker atau nak pandang camera. Last2 akak pandang muka Brian jer...hahaha



Rancangan Walla ni mengisahkan seorang Blogger mengajak Brian ke sebuah restaurant yang menyediakan makanan berasaskan Durian. Of course makanan yang banyak menggunakan tempoyak adalah makanan berasal dari Negeri Pahang. 



Kak Elly kena ceritakan menu2 yang ada di depan dan bahan2 yang digunakan dalam menu tersebut. Lepas tu sessi merasa semua makanan diatas meja dengan bersungguh2. Part ni akak suka..hahaha



makan lah saya dan brian dengan penuh selera sekali walaupun pedas sampai keluar air hidung.

Pengalaman yang sangat2 berharga. Nanti Kak Elly inform ya bila rancangan ni di tayangkan dan sila berjanji jangan jadikan bahan gelak di depan TV sebab ini bukan cerita lawak...hahaha.

Pasal restaurant yang lazat ni nanti Kak Elly cerita dekat next entry. Kak Elly akan bagi full info ya. Makanan super lazat. Siapa pengemar Tempoyak Patin, Sambal ikan bilis tempoyak, Sambal Hitam, Puding Raja mmg ini lah tempatnya. Alamat kat bawah ni kalau korang tengah tercari2 makanan berasaskan durian ni:-

Restoran Dapur Koi
2-G Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang
43000 Kajang






12 comments:

peej said...

tertelan2 air liur dengar description makanan kau ni. yeee aku memang asal ada makanan aku akan muncul bagi komen. tak tahan dengar pedas keluar air hidung tu.

SK Pulau Sepanggar said...

Kak elly cepatla gtau bila..kite nak set duduk depan tv..sbb jarang2 tgk tv ni.so once kak elly gtau hari berapa pukul berapa terus block masa tu dr apa2 aktiviti..hahahaha die hard fan kak elly, kak peej n kak filla(tp blog kak filla x pernah komen lagi)

miss eimanhikmah said...

seronok nyeee.
bila la dpt peluang mcm ni

I am Pie Girl said...

ni mesti 8tv

Haffizul Iskandar said...

wahh! bestnya! seronoknya! sedapnya!

Ummi Hanie Fadzil said...

wah hebatlah kak elly....

surizan abdghani said...

Rtm lerrrrr..kn dh tulis kt ats tu

Emmy said...

Kedai kawan saya tu....saya pun xsampai lagi....huhuhu....

Normah Asran said...

Dekat jugak dari umah kedai ni...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dekatnyeeeee dengan umah sayeeee

iEz@CuTe said...

Dah pernah makan..patin tempoyak maveles

Norzaida Takruddin said...

Hi kak elly...owner restoran koi is my friend...her name is shariza...we call her serre since high school....i hope u enjoyed the food...thx for supporting her restaurant...