Nuffnang Advertisement

Monday, September 28, 2015

PAGI2 DAH MASUK DAPUR


Dah hampir 2 minggu MIL duduk ngan kitaorang. Dah boleh berjalan tapi still kena guna tongkat lah. Tak susah sangat jaga Mak, cuma kena sediakan makanan dan ubat2 jer untuk dia makan. Kain baju tu normal lah kena basuh tapi bukan banyak pun. Minggu lepas musim cuti sekolah lagi senang sebab ada budak2 tolong tengok kan.

Rutin harian ada sedikit perubahan. Selalunya Kak Elly akan masak waktu petang lepas balik kerja. Tapi sekarang kena 2 kali masak. Seawal 7.30 pagi dah masuk dapur sediakan sarapan dengan makan tengahari. Sediakan ubat untuk mak makan. Lepas tu kemas dapur siap2 masak nasi. Nanti tengahari Yaya akan panas lauk dan nasi.

Petang balik office. Kemas balik dapur. Mmg x bagi mak basuh pinggan sebab tak nak dia berdiri lama2. Korang tahu lah budak2 dia basuh macam2 tu jer. Bila dah kemas semua masak untuk makan malam sebab Abg Toyib suka makan panas2. Tak banyak pun cuma tambah 1 atau 2 lauk lagi jer. Malam mak tak makan nasi dia prefer makan roti dengan balance kuah yang masak pagi tadi.



Kari Ikan Bawal

Kalau dulu malas masak boleh makan kat kedai. Tapi sekarang macam tak sampai hati pulak nak keluar sekeluarga tinggal kan mak kat rumah. Kalau nak keluar pun dah siap2 bagi mak makan baru kitaorang keluar.



Semalam masak Mee Kari. Kadang2 bila asyik makan nasi pun rasa jemu gaks. Tapi stress ya sebab tiap2 hari kena fikir lauk yang berlainan.

Mak tak makan pedas. Cili kering bila gunting kena buang biji. Bila dah blend kena buang air cili tu. Jadi tinggal hampas2 cili jer. Semalam gi pasar Chow kit cari cili yang tak pedas. Nasib ada.



Malam tu baru masak nasi sebab Abg Toyib nak makan Ikan bilis Petai. Ingatkan baru nak bersantai kat atas katil. Tetiba dia cakap lapar...hahaha. Diet konon...puiii sehari jer bertahan. 



Amboi berselera kau makan Bang!! Walaupun penat asyik masak jer tapi bila tengok semua makan rasa puas hati.

Waktu buat entry ni Abang Toyib baru lepas called...nak makan Ikan sambal hijau, sayur kobis letak udang. Bukan main ingat restaurant ker Bang ooi.



Pagi tadi buatkan breakfast untuk budak2 sekali.



Sempat masak gulai lemak ayam pagi tadi. Ikan bilis petai mmg buat banyak semalam so boleh makan tengahari nanti. Bahan mentah mmg dah restock hari Sabtu lepas gi Pasar Tani Setiawangsa. Harga boleh tahan mahal gaks. Semua lah mahal sekarang ni...adoi.

Harap kerajinan Kak Elly boleh bertahan lah sebab kalau datang kemalasan tu berhari2 nanti tak masak. hahaha. Ok nak sambung kerja balik...
















6 comments:

Ainihalim said...

namapk cedap lak..hehe

mamaliza said...

sama la kita..pagi2 dah bangun masak utk bapak kat rumah ;)

miss eimanhikmah said...

PHEWWWW menyelerakan semua..

Baiduri said...

Tu la, kadang2 buntu xtau nk wat menu apa....hari2 kena fikir.... tp sonok tgk fmily mkn yg kita masak kan...

intan said...

kak elly... nak resepi ikan bilis petai kak elly tu... pepagi dah terliur nih, acane??

Azura Aziz said...

ohh samabl petai tu buat tergoda.. ok lauk malam ni..