Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 15, 2015

Operate Lutut


Alhamdullilah...Mak Win dah selamat Operation Lutut. Operate kat Hospital Tung Shin sebab kat situ banyak doktor pakar. Tapi agak mahal sikit sebab ni hospital swasta. Reason tak bawak mak gi Hospital Government sebab mak dah tak larat menunggu lama2. Bila berjalan rasa mencucuk2 kat bahagian lutut tu.

Tu lah aku selalu pesan kat En Win....kalau ada duit lebih make sure ketepikan untuk simpanan. Walaupun ada insurance tapi kita tak tahu satu masa nanti keluarga amat2 memerlukan. Tak kan mak sakit dia yang kena tanggung perbelanjaan sendiri. Anak2 juga perlu ada tanggungjawab. Mulut mak ni cakap jer tak nak tapi bila anak2 beri suka hati diorang ni. Muafakat share sesama anak2 dan mak dah selamat pun operate lutu Jumaat lepas.



Miracle sangat selepas 2 hari pembedahan, now mak dah blh berjalan. Walaupun masih guna tongkat tapi dah tak rasa sakit langsung.

Aku cakap dengan En Win bawak Mak balik rumah kita. Biar aku jaga sebab masa aku bersalin mak lah susah payah jaga aku. Dari kecik anak2 aku duduk dengan mak sampai lah sekarang. Ini lah masa aku nak balas jasa. Tak susah pun nak jaga. Bukan nya mak sakit terbaring pun.

Pagi tadi dah siap masakan untuk lauk tengahari. Tengahari nanti suruh Yaya panas kan balik lauk dan nasi tu. Breakfast dah beli kan siap2. Air nak minum semua dah letak kat tepi mak baru aku gi kerja. En Win tengahari aku suh dia balik jengok2 kan mak.

Itu jer yang aku mampu buat masa ni. Nak tinggal kan office tengah banyak kerja pulak. Tapi dah pesan dengan Adik dan Yaya. Apa2 call Mama.

Mak aku selalu pesan...mak mertua tu jaga macam mak sendiri jugak. Jangan beza2. Iyo mak semua orang sayang. Cuma tak pandai tunjuk jer sebab I malu...hahaha

3 comments:

Norma NML said...

Setuju tu..bila sah aje kita sbg seorg isteri ...tanggungjawab terhdp mak mertua mcm mak kita sendiri :)

intandayani said...

Tahniah kak sebab jadi menantu yang baik..

Azura Aziz said...

Smoga mak cpt sembuh yer ;)