Nuffnang Advertisement

Thursday, September 10, 2015

Cepatnya masa berlalu


Cepat betul masa berlalu. Dah hampir 3 bulan aku bekerja sendiri. Life berubah dan aku jadi seorang yang giler bekerja. Ya aku giler sampai kepala ni tak berhenti2 berfikir. Apa nak buat? Marketing? Produk? Packaging?? Price? Budget? 

Tapi aku tak pernah rasa stress sebab benda ni aku suka. Nanti bila idea datang cepat2 share dekat group lepas tu keluar icon tepuk tangan dari group...hahaha. Bila idea diterima yang menjadi masalah nya macam mana nak 'jadi' kan dia sampai berjaya. Bila nak jadikan sesuatu benda tu berjaya maknanya kena kerja lebih lagi.

Aku dah jarang jumpa Abah ngan Mak sebab hujung minggu aku terlalu padat. Hanya sempat called jer itupun blh dengar suara merajuk abah.

Mak: Abah kalau tak dengar suara kau dua hari mula dia tanya. Lepas tu dia suruh mak call tanya kau buat apa? Kadang2 mak marah gak abah kau tu. Anak dia nak periksa busy lah agaknya tu.

Huaaaaa sedihnya. Aku bukan sengaja. Bulan ni mmg masa mencemburui ku. Dengan adik latihan non stop. Ajak diorang datang rumah. tak suka pulak sebab dia kata rumah aku bosan sebab tak boleh borak ngan jiran. Selesai UPSR ni kita keluar ya. Ya, aku rasa bersalah sangat tapi aku kena settled kan satu2 dulu. Bisnes baru nak mula jadi workhard sikit. En Win jgn cakap lah mmg busy sebab bisnes dia alhamdullilah orang dah mula nampak. Jadi sekarang ni dia kena maintain semua pekerja. Korang tahu lah guna pekerja asing ni banyak document diperlukan.  

Nak kerja kuat2 nak kumpul duit beli rumah besar ajak mak dengan abah dengan mak mertua duduk sekali. Senang semua ada depan mata.



Saya mengaku saya rasa bersalah sangat dengan Mak dan Abah. Ingatan terhadap mak dan abah sedikit pun tak pernah pudar dalam hati dan kepala ni. Rindu sangat2 nak berborak dan mengusik mak. Hari ni selesai satu bab...insyaallah nanti kita jumpa makan2 ya. Nak peluk mak kuat2. Abah malu sikit nak peluk ni...hahaha. Tapi suka mengusik. Nanti dia tersenyum2. Rinduuuuu nya. Hujung minggu kita jumpa yek.


1 comment:

Nurul Aini Mohd Noor said...

good sharing & nice blog. All the best :-)

-ainishareandcare.blogspot.com-