Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 1, 2015

Berita sedih di hari Jumaat

 
Rasanya ramai dah tahu Papa Peej yang telah kembali ke rahmatullah. Pagi Jumaat tu Peej dtg ke office agak lewat sbb ada check up di klinik. Bila peej sampai tak sampai 15 minit, mama called cakap Papa sesak nafas tapi dah panggil nurse utk bersihkan kahak papa. Lega bila dengar Papa dah ok dan tidur seperti biasa.

Pukul 2.30pm tgh aku sibuk buat kerja tetiba Peej muncul depan pintu bersama Jonet "Elly...bapak aku dah meninggal". Muka peej waktu tu macam x ada perasaan. Kitaorng bertiga jadi blur tak tahu nak buat apa. Aku suh peej balik dulu biar aku urus kan segala urusan di office.

Korang blh baca blog  Filla mengenai arwah. Kak Elly just nak share kesedihan yang teramat sangat Peej sekeluarga. Peej ni korang nampak jer dia seorg yang relax dan tenang. Tapi jauh disudut hati Peej seorg yg sangat2 sensitive. Dia suka melayan perasaan sorang diri. Tak suka luah kan. Dia akan bercerita bila ditanya sahaja. 

Kal Elly ni jenis tak pandai memujuk. Tak pandai peluk2 atau tepuk2 bahu bagi org rasa tenang. Kak Elly akan perhatikan dari jauh. Biarkan Peej menangis sehingga puas. Hari ni tgh buat kerja dengar peej tarik2 hingus. Blh tahu dia tengah menangis. Tapi Kak Elly tak berani nak toleh pun. Tak nak tambah kesedihan Peej lagi. Biar kan dia menangis. 




Ya aku x pandai memujuk dan aku pun tahu Peej x nak di pujuk. Peej sama bintang dgn aku jadi aku blh tahu apa yg Peej rasa.

Bukan perkara yg mudah kita nak naik kan semangat org yg kehilangan. Bagi mereka masa utk mengubati hati. Sebagai kawan aku ngan Filla hanya blh memberi semangat dan doakan yg terbaik utk Peej sekelurga. 



Kami dah seperti adik beradik. Kesedihan Peej kesedihan buat kami juga. Kami harap Peej dan keluarga redho dgn permergian ayah tercinta. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Dibesarkan dari kecil tiba2 hilang dari pandangan mata. Ya Allah kau kuatkan lah semangat sahabat ku Peej Burhan dan ahli keluarga nya. Kalau lihat gambar kami diatas, disudut yang positive maka positive lah yang ada dipemikiran kita. Dan jika dilihat dari sudut negative maka negative lah ia.

Sedikit nasihat Kak Elly nak beri. Di saat keluarga arwah dlm kesedihan jgn lah ada2 mulut yg x baik dan mencari silap keluarga arwah dan org yg terdekat dgn keluarga arwah. Kita tak tak tahu apa yg terjadi di sekeliling mereka dan jangalah menambahkan lagi kesedihan mereka. Lebih baik sedekah Al fatihah dari mencari kesalahan sebab kita tak tahu bila masa kita akan tiba. Ada masa kita blh bersuara dan ada masa kita perlu berdiam diri.

Al fatihah buat Arwah Burhanuddin Bin Che Dah




3 comments:

Myne Khalid said...

Baca entry elly n filla made me cry! Alfatihah to arwah uncle...

Yana said...

Alfatihah.. Saya pun kehilangan arwah abah yang amat disayangi tahun ini dan saya amat memahami perasaan orang yg kehilangan. Fikiran akan rasa kosong.. Sesekali terimbas kenangan dan saya akan menangis semahunya.. Suami sy selalunya akan biarkan saya menangis dan dia takkan cakap apa2 pun.. sbb dia tahu jika dia pujuk, lagi saya akan menangis.. So dia hanya akan bercakap ngan saya setelah tangisan saya reda.. Orang hanya boleh menyuruh kita bersabar.. tapi kita yang melaluinya sahaja yang tahu betapa rasa sesak di dada.. Saya doakan peej dan keluarga tabah dgn dugaan besar ini.. Amiinnn..!!

A.I said...

Al~Fatihah utk Uncle Bob .. :(

semoga dikuatkan lagi semangat Peej