Nuffnang Advertisement

Monday, August 24, 2015

TAK KAN GENTAR!!


Hari tu tengah lepak ngan anak2 depan TV ada satu rancangan bersiri baru di Astro Prima #takkangentar setiap hari Selasa, jam 9.30pm. Since tak ada buat apa2 hari tu jadi tengok jer lah. Lagi pun Ameera ni kalau cerita tentang sukan dia mmg cukup minat. Walaupun sukan apa sekali pun mata dia tak akan bergerak dari menonton. Semangat betul anak aku sorang ni.
Episode pertama #takkangentar memperkenalkan pemain2 Ombak FC bawah  yang berusia 14 tahun. Ombak FC ditubuhkan pada 2011 untuk melatih pemain berusia 8 - 16 tahun. Tapi tahun ni tumpuan diberikan kepada pemain yang berusia 14 tahun sahaja.
Dengan sokongan bantuan Milo latihan intensive diberikan kepada pemain.  
Pemain2 Ombak FC ini akan dilatih oleh Jurulatih bola sepak yang cukup professional, latihan diberikan dari segi fizikal dan mental.
Mari sini kita tengok trailer program ini..

Rancangan #takkangentar ini mengisahkan perjalanan dan cabaran setiap pemain. Kemenangan dan kekalahan yang mereka hadapi setiap kali perlawanan dan paling penting sokongan dari Ibu bapa dan Jurulatih yang tak pernah putus. Semangat ini lah kita perlu contohi. Ini kang kalau anak2 kalah jer dengan ibu bapa sekali bersedih. Bila menonton rancangan seperti ini, minda ibu bapa dan anak2 akan terbuka untuk menerima kekalahan atau kemenangan setiap kali perlawanan diadakan. Semangat dan dorongan itu penting utk setiap perlawanan yang mereka akan tempuhi.



2014 Ombak FC terlepas peluang dalam mengekalkan 8 tangga teratas dalam Liga 1MCC. Musim ini 1MCC ingin merubah nasib pemain2 Ombak FC. Adakah mereka akan berjaya. Tak sabar nak tunggu episode seterusnya.14 pasukan akan bersaing utk merebut Piala 1MCC. Dengan bantuan latihan insentive dari Milo, Kak Elly percaya mereka akan berjaya.
Buat masa ni Pemain Ombak FC menduduki tangga ke 8 dan belum ada sebarang kemajuan. Huaaaa tak sabar nak tengok pejuangan pemain Ombak FC.
Tapi yang paling best dalam rancangan ni Sokongan dari Ibu Bapa. Setiap kali perlawanan mereka akan sama turun padang bersorak untuk pasukan Ombak FC. Masing2 memainkan peranan. Ada yang menyediakan makanan, pakaian dan minuman untuk pemain2 Ombak FC. Sokongan macam ni lah yang patut kita contohi.
Kita orang sekeluarga teruja melihat ketekunan pemain bernama Azizi (Jersey 7) memberi full commitment semasa latihan dan bermain habis-habisan semasa pertandingan. Pemain lain pun bagus tapi eh! tersuka pulak kat Azizi...hahaha. Azizi bermain sejak berusia 9 tahun. Mendapat dorongan dan Abang dan Ayah nya.
Dalam episode ini juga dua perlawanan dapat di tonton. Tapi kemenangan tidak berpihak kepada Ombak FC. Walaupun pertandingan berakhir dengan keputusan seri, mereka tetap kehilangan 1 mata daripada perlawanan tersebut. Bagi yang terlepas menonton, tayangan ulangan adalah seperti berikut:
- Astro Prima & Maya HD: setiap hari Sabtu, jam 6 petang
- Astro Arena: Setiap hari Sabtu, jam 10 pagi dan setiap hari Isnin, jam 8 malam

Kepada mereka yang tak ada Astro, boleh juga layari Laman web rasmi Milo untuk episode-episode rancangan ini. Kak Elly pun terjumpa secara kebetulan apabila Kak Elly search kat Internet pasal rancangan #takkangentar ni..
Rancangan #takkangentar banyak mengajar dan menyedarkan anak2 dan Kak Elly sendiri. Sokongan yang tidak berbelah bagi dan sentiasa menyokong minat anak2. Sokong mereka sehingga berjaya. Dengan menonton #takkangentar banyak menyedarkan Kak Elly "being winner is not about being 1, it's about never giving up". Serious korang kena menonton rancangan ini. 



Khas buat Azizi. Kami penyokong tegar anda!! Jangan cepat berputus asa. Buat yang terbaik untuk pasukan Ombak FC. Caiyok!!

Buat Ameera....Mama yakin cita2 Ameera ingin keperingkat Antarabangsa Insyaallah akan berjaya. Kami sekeluarga akan memberi sokongan hingga kegarisan penamat. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

More info korang boleh visit website http://www.milo.com.my/champions-never-give-up/
 

2 comments:

Aishah Amin said...

Best la pula baca blog Kak Elly ni..keep on writing tauuuuuu

Ain Ibrahim said...

Hi kak Elly, saya pembaca setia blog akk dan selalu juga baca pasal ameera. Saya dulu ex national shooter. InshaAllah Ameera boleh pergi jauh jika tengok dari minat dia terhadap sukan tu dan dia rajin training. Satu je nak cakap kalo ameera nak pergi jauh mental dan fizikal ameera kena kuat. Jangan mudah give up. Sekali kalah tak bermakna selama-lamanya akan kalah. Go Ameera u can doit!