Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 19, 2015

Sedih tetiba...


Korang pernah tak tetiba rasa sedih lepas tu menangis. Tapi tak tahu sebab apa menangis. Kalau ada maknanya aku normal...hahaha. Semalam rasa stress sangat. Tengah ambik anak aircond kereta tak berfungsi. Baru jer betulkan hari tu tukar apa ntah kena RM180.00. Sebelum tu tukar benda yang sama gaks. Tapi jadi balik. Rupanya compressor rosak. Huaaaa dalam RM1000++ jugak. Tengah2 panas En Win called kata loan lorry approved. Kena keluarkan downpayment. Lepas tu Yaya bagitau UPSR trial result dapat 4A 1B dan seperti biasa B adalah Bahasa Malaysia. Rasa nak pecah otak aku semua berita dalam satu masa. Tapi aku tak mengamuk lah aku diam kan jer. Tepuk2 bahu dia sikit. Cakap u can do it...hahaha.

Satu badan sakit2. Diet sampai kena gastrik teruk. Rasa nak muntah tapi keluar angin. Dari bulan February kitaorang bertiga kerja non stop. Otak berfikir jer. Mmg tak peduli langsung kesihatan diri. Peej darah tinggi naik mendadak sebab stress. Filla ngan lutut berbunyi2 bila berjalan...hahaha. Aku pun penat terkejar sana sini. Buat masa ni tak berani nak pass kat orang lain buat kerja bagi semua benda settle sikit2 dulu. Part ambik order aku mmg dah tak larat. Bukan cakap besar tapi otak aku dah letih. Decide kena lepaskan kerja ni kat orang lain. Itu pun tak percaya gaks tapi kengkawan paksa suh aku lepaskan. Dah parah sangat rupanya. Aku kalau bekerja jenis beriya2 buat. Tak berani nak biarkan customer tunggu lama. Kadang2 pukul 12 malam pun aku jawab soalan. Tengah 'membuang' pun bawak phone sekali. Parah sangat kan!!

Semalam dalam pukul 3 ptg tetiba angkat beg "Peej aku nak gi urut badan". Dah tak boleh berfikir sebab badan rasa tak larat sangat. Urut 1 jam jer lepas tu nak sambung kerja balik. Tapikan........hahahahaha.

Korang tahu tak sambil urut muka kan terlangkup kat bawah beriya2 aku nangis. Nangis tanpa sebab tapi bukan main sedih sangat meleleh air mata. Sampai tukang urat tu pun risau...haha. "Are u ok Maam". Tapi serious lepas nangis terus dada aku lapang. Dapat tidur 1/2 jam lega otak aku.

Dah terasa lapang sikit barulah wassap ngan group 'bini2 ku gangster" luahkan kepenatan. Masing2 support each other. Masing2 kena kuat. Cabaran perniagaan. Penat bermakna produk kita jual orang suka. Dari goyang kaki barang tak jalan lagi stress.

Betul gaks kan. Kadang2 otak kita ni tak boleh berfikir bila dah penat. Kat sini lah kawan2 kena mainkan peranan yang penting support each others. Aku bukan merungut tapi perasaan macam ni datang secara tetiba. Tetiba sayu jer...




Selain keluarga ini lah semangat aku untuk lebih maju. Kawan yang susah senang bersama. Kawan yang sentiasa support each other. Hope persahabatan ini akan kekal sampai bila2....amin





22 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bila dah penat memang kita x leh fikir da

Ani Ahmad said...

Ada gak time tetiba rasa nk menangis tak memasal. Org pompuan mmg cmtu kot. Kuikuikui

Haffizul Iskandar said...

UIsh kak. Betul-betul stress tambah tekanan tu. Mengalir air mata tanpa sebab. Hehehe. Tapikan, nak capai suatu tahap tertinggi tu, memang kena lalui banyak perkara yang mencabar. Semoga kak elly berjaya di dalam bidang yang diceburi..

Afidah Azmi said...

baca pun dah sedih dah

cikel said...

Salam..kakelly jgn risau..trial 4a 1b tu kira dah bagus dah..sy dulu 3a je trial..ayah sy tak marah tp sy merasa la sepanjg nk upsr tu belajar sambil menghadap dia..selagi dia tak kate selesai..mmg tak berani angkat punggung..tv mmg tak pasang langsung..nk mendgr bunyi pun bukak radio..tupun siaran klasik nasional..takbole tukar..huhuh..dan upsr dpt 5a..

Salfiza said...

saya pun kadang2 datang gak mode nangis tanpa sebab.. tapi lepas habis nangis mesti lega kan? Sebab masa nangis tu mesti kita ingat Allah... mungkin tu cara Allah sentuh hati kita untuk ingat Dia :)

Miss Moon said...

mebi sebab nko penat sangat nih elly

hugssssssss

f.m.y said...

Kak Elly.. Yaya dapat 4A 1B tu sangat ok tau.. Cer Kak Elly twist, dari stress kepada happy sebab Yaya dapat markah cemgitu. Mesti akak happy. BTW suka tgk kejayaan akak day by day. All the best

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mungkin dah nak datang bulan kot :)

mashelas said...

amiin..insyaAllah, semoga persahabatan akan kekal terjalin. dan semoga semuanya baik baik belaka ya kak elly.

mashelas said...

amiin..insyaAllah semoga ikatan persahabatan kekal terjalin dan semoga segalanya akan baik baik belaka ya kak elly.

alia farhan Said said...

Suka tgk akak....gud job kak....u inspired me!

Ms Owlolol said...

hihi, betul lah tu kak elly. Tetiba jea rasa nak nangis walau kekadang takda apa pun yg nak dinangiskan . hee

Filla said...

*hugs*

Hazirah said...

Salam Kak Elly,

Sy mcm tu jgk. Dalam sebulan mesti sekali datang rasa sayu & sedih x bersebab.
Bila jadi mcm tu, mmg sy mengadu dgn Allah sungguh2.
Lega lepas dh nangis & cerita kt Allah. =)
Mungkin Allah rindu nk dengar kita merayu & memohon dgn Dia.
Moga Kak Elly sentiasa dalam redha & rahmat Allah.

Atie said...

Menangis la K.Elly memang akan rasa lapang dada..ringan sikit beban lepas menangis:)

fishah said...

someone has told me,

Allah's 'love letter' is the best balm.

read that 'love letter' everyday.

and it works!

Biha Anis said...

Kadang2 ada jugak kena mcm k elly..
bila jadi camtu mmg nangis aje lah..
pastu duduk diam2 layan jiwa..
tapi takat sejam je lah boleh layan..
kalau tak, semua keje x siap :P

xpe kak elly..
u know urself..
u can do it!
pejam mata..
tarik nafas dalam2 n lepaskan..
cabaran sentiasa menanti kita..
Allah tak bagi cabaran kat hambaNya sekiranya Dia tau hamba itu tak mampu nak tahan :P

cheer kakak!

Anak Suka Conteng Dinding Di Rumah? : TIPS: Menghilangkan Kesan Contengan Anak Di Dinding Rumah

Gyree said...

be strong kak elly...u can do it...
http://gyree.blogspot.com/

umikelly said...

happy tgk ur friendship sampaila ke bisnes. Kipidab :)

intandayani said...

Biasa dah kak.Nangis takde sebab.tapi lepas nangis memang ngantuk kena tido..bangun mesti ok tapi kadang terbwak gak lg

ruslanafiq said...

sesekali nangis, memang lega