Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 26, 2015

Pelan2 kayuh


Jangan lah muntah darah kalau Kak Elly share lagi kehidupan di Ellfie Beauty. Mana tahu apa yang Kak Elly nak share nanti boleh menjadi rujukan utk yang nak memulakan perniagaan. Jangan  bosan yer sebab ini lah kehidupan aku ngan Peej sekarang. Peej tgk muka aku, aku tgk muka peej. Itu belum lagi wassap memalam macam esok tak berjumpa lagi.

Walaupun pun kadang2 stress kerana kepenatan tapi hakikatnya aku happy jer dengan apa yang dilakukan. Banyak giler ok belajar benda baru. Kalau dulu mana ambik kisah pun pasal mata wang naik turun. Tapi since kitaorang order botol kat China sekali tgk balance bil mendadak naik. Terkedu kitaorang bertiga. Patut lah orang berniaga susah hati kalau ekonomi tak stabil. Kalau dulu aku pedulik apa janji cukup bulan dapat gaji. Ok now dah faham sikit.

Sekarang urusan jual beli semua kena bertulis sebab akhir tahun ada audit. Kalau dulu dapat duit jer sesuka hati boleh guna. Sekarang tak ada istilah dapat duit cash esok baru blh bank in. Hari ni punya kerja hari ni jugak kena settledkan. Especially yang ada kena mengena dengan kewangan. Masak nak menjawab dengan account nanti. Kerja lebih teratur dan sistematik. Baru lah boleh lihat keuntungan yang sebenarnya. Itu I like!!

Sistem order barang lebih teratur. Dah tak ada lagi main beli. Setiap bulan ada budget yang harus di ikut. Tak boleh suka2 nak beli itu ini. Kalau nak beri harga promotion atau nak bagi gift kepada pengguna Ellfie atleast kena ada dua orang yang menyokong. Kalau buat keputusan seorang diri mmg benda ni tak akan terjadi. Ialah siapa nak sign cheque untuk keluar kan budget nanti. Wah! suka2 banyak benda kitaorang belajar.

Meeting 3 bulan sekali. Kitaorang akan buat perancangan apa yang akan dilakukan dalam masa 3 bulan ni. Cara Marketing, penambahan produk, pembelian produk dan sebagainya. Target sales setiap bulan kitaorang akan lihat balik samada berjaya atau tidak. Kalau x berjaya cuba selesai kan dan cari punca sesuatu produk tu x boleh dijual. Disini lah marketing plan kena ditingkatkan.

Nampak macam poyo kan. Dulu2 kalau meeting budak berdua suka sangat gelak kan aku. Kata tak boleh tgk muka aku kalau serious macam bos2. Sekarang baru korang tahu ya....hahaha



Banner

Sekarang kitaorang cuba perluas kan lagi marketing untuk Ellfie Essence. Tahun ni target kitaorang nak join exhibition2 di seluruh Negeri. Kalau boleh nak orang tahu kewujudan Ellfie Essence. Website Ellfie Beauty dalam proses, insyaallah minggu ni akan siap. Lebih mudah untuk korang rujuk nanti.

Bila join exhibition macam2 korang kena prepare contoh macam Flyers, Banner, T-Shirt, Paper Beg dan Produk untuk dibawa. Insyallah bulan September ni ada 2 exhibiton Ellfie Beauty akan join. Nanti Kak Elly bagitau dimana yek. Salah satu tempat Exhibition nanti Ellfie Team akan turun padang.



Paper  Bag dah siap



Flyer dah hantar for printing. Tinggal t-shirt jer tunggu design dari Pak Radie. Tak sabar sangat ni!!




Walaupun busy uruskan itu ini tapi kerja tetap berjalan seperti biasa. Alhamdullilah sambutan Gold Serum sangat2 menggalakan. Now dah buat order yang kedua dari Kilang. Our target insyallah tahun depan nak keluarkan lagi satu produk. Sekarang dalam proses perbincangan.



Dari tak tahu apa...now kitaorang menapak satu lagi anak tangga. Semoga dipermudahkan segalanya.

Nanti kita sambung lagi yek!!




5 comments:

Allene typicalmommy said...

tahniah kak ellie... semoga terus maju.

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah kak elly, semoga terus dimurahkan rezeki yer...

Norliana Abdul Rahman said...

tahniah ellfie team!

boleh dptkan ellfie dari kami pengedar sah. COD Shah Alam dan sekitarnya. Free postage seluruh Malaysia. Whatsapp 012.293.7670 utk response pantas ok!

EviL WiTcH said...

Salam kak elly. Just nk bg pendapat je. Klau flyers tu kan ape kata ubah sikit mcm ubah sikit font ke color ke. Sbb bg sy la klau sy tgk flyer tulisan kecik2 ni dgn color mcm serabut mmg sy xbce la. Sory. Just bg pendapat je

Nadya Honey said...

Tahniah k.elly n team ellfie.

COD Ellfie Essence dan Gold Serum sekitar Kuantan. Free postage seluruh Malaysia. 013-219 2855