Nuffnang Advertisement

Thursday, August 13, 2015

Nak mintak tolong...


Aku dah tahap tak tahu nak tulis apa kat blog ni. Asyik mengadu busy, letih, banyak kerja kang korang menyampah. Tapi itu lah yang aku lalui setiap hari sampai satu badan sakit2 sebab kerja non stop.

Yaya exam dah semakin hampir. Aku tertekan dia pun tertekan. Tahap kerisauan melampau tapi aku control jer. Aku mmg tak boleh tgk dia duduk bersuka ria nanti aku stress...hahaha. Tapi tahan jer lah tak nak bising2 sebab suara aku ni macam petir. Sekarang tengah trial UPSR. So far dah 2 paper dapat A tunggu lagi 3 result belum dapat lagi. Aku risau BM jer, berdoa lah dia boleh jawab nanti.

Korang tahun depan ingat nak masuk kan Yaya dan adik sekolah Convent Bukit Nenas tapi susah sikit sebab duduk jauh. Takut bila mohon nanti diorang reject dan bagi Sekolah yang berdekatan. Huaaaaa tak suka kalau boleh nak Convent jugak. Ada sesiapa boleh tolong tak??? berharap sangat. 

Adik pun nak tukar kan jugak. Senang nanti dua2 Sekolah yang sama. Kalau sesiapa yang boleh tolong nanti PM yek kat FB. Saja tanya jer kalau boleh lah :).



6 comments:

Namee Roslan said...

kak elly..entah la tapi sy rasa yaya akan dapat upsr 5A .paling kurang pun 4A. firasat hati saya. hehe . waahh tetiba namee jd bomoh plak. haha. xdela...rasa rasa la tengok dr gaya n keputusan periksaan yg kak elly selalu cerita in blog. hehe.

Normah Kumin said...

Assalam,
Singgah sini,
Sallam kenal,
ohhh...hehe tulislah apa saja
ini blog kita,
pembaca mesti tak boring punya...

BeLLa de ViE said...

Kurang2 yaya mesti dapat 4A upsr nanti.. hihi jangan risau la kak insyaAllah yaya boleh buat.. kak elly, kenapa nak tuka sekolah convent?

NuRuL said...

Sy bdk CBN. Boleh je masuk sbb kwn2 dulu pn ada je duduk jauh. Janji kena reg cepat n result bagus.

Atie said...

Jangan risau K.Elly, banyakkan berdoa kerana doa ibu kan mustajab..Yaya pun kena chill nak jawab exam, tak boleh stress..hihi..

Karin Kirana said...

kalau address wilayah rasanya boleh kak....hari tu anak buah ms apply mak dia letak alasan sebab keja dkt AIA...something mcm tu la...tp kalau akak kenal org dlm (dkt kementerian), lg sng la...sy tgk adik tu mmg sesuai masuk CBN since dia minat gimrama. CBN mmg active bab2 x masuk kelas ni..hahah....YAYA pun since dia more to English ok je masuk CBN...try la kak..nnt sy tanya kakak ipar mcmn anak dia nk masuk CBN hari tu...