Nuffnang Advertisement

Sunday, August 23, 2015

Lexus Hibiscus Part 1

 
Hambek kau punya lah lama tersimpan gambar dalam draft tapi tak ada masa nak buat. Hari ni rasa free sikit boleh lah berceloteh.
 
Semua orang tahu tahun ni Bapak En Win meninggal dunia jadi sambutan hari raya tak ada lah meriah sangat. Emak En Win pun duduk rumah jer tak nak kemana sangat. So kitaorang decide satu keluarga ambik angin sikit kat PD hari Raya ketiga. Duduk 2 malam kat situ.
 
Seperti biasa urusan booking mmg aku yang uruskan. 2 minggu sebelum pergi aku dah book siap2. Itupun tinggal satu bilik jer. Adik ipar aku dapat duduk semalam jer. Kitaorang sekeluarga bertolak dulu ngan Mother in Law. Esoknya baru adik ipar aku join.
  
 
Disebabkan kitaorang pergi musim Raya jadi banyak kedai makan tutup.
 
 
 
 
Makan kat Subway dulu untuk alas perut sepanjang perjalanan
 
 
 
Kitaorang sampai dalam pukul 3pm macam tu. Tapi Ya Rabbi ramai giler orang ya. Check in counter beratur panjang. Lobby kat sini  cantik dan besar tapi urusan check in agak slow sedikit.
 
Waktu check in bilik tak siap lagi kena tunggu 1 jam macam tu.
 
 
 
Tapi hotel ni bagus macam2 acara disediakan supaya customer yang menunggu tak stress dan boring. Diorang bagi ice cream percuma, sediakan clown utk kanak2, siap ada orang menyanyi dan gambar kat atas tu staff hotel siap menari utk menghiburkan pelanggan. Ini Kak Elly puji.
 

 
 Lepas menunggu lebih sejam ini lah bilik yang kitaorang book. "Premium Pool Villa" harga promotion hari tu dalam RM680.00 nett without breakfast. Ada 2 king size bed. Sesuai utk yang berkeluarga
 
 
 
Bilik mmg besar
 
 
Area toilet
 
 
Ada private pool. Tetapi pool ni kecik jer. Masuk 4 orang dah penuh. Kak Elly rasa best lagi Pool kat Grand Lexis. Besar boleh mandi ramai2. Kurang sesuai sikit utk keluarga yang ramai kalau nak bermandi manda. Tapi kalau honeymoon couple mmg terbaik.
 
 
 
Permandangan dan bilik mmg cantik. Rasa sangat tenang. Cuma pesanan Kak Elly kalau korang nak book better request yang jauh sikit dari lobby. Kalau korang ambik bilik yang berdekatan dengan lobby kalau korang berendam dalam pool semua orang boleh nampak korang bermandi mandi.
 
 

 
Tak sampai 5 minit check in tetiba aku nak dengar bunyi air kat Swimming Pool. Laju korang terjun ya. Lantak lah situ mak kau nak membuta dan tenangkan fikiran
 
 
 
 Tugas menjaga anak2 di serahkan kepada En Win. Nampak tak bilik2 kat depan tu. Cantik kan. Kalau malam lagi cantik
 
 
 
Gambar tuan belog sebelum tidur
 

 
Kak Elly 2 hari kat sini tak mandi pun kat swimming pool ni. Dah tua2 ni malas nak berendam. Lagipun malu depan mak mertua....aaaauuuuwww
 
  
 
Amboi bukan main lambang 'Love' 
 
 
 
 Berendam sampai malam. Sudah2 lah Mak kau ni dah lapar
 
 
 
Malam ada acara abang api kat area lobby. Actually kat sini banyak aktiviti korang boleh laku kan . Itu Kak Elly akan cerita next entry ya.
 
 
 
Decide makan kat luar. Boleh round2 sekitar PD. Cari seafood yang halal. Biasa lah kalau gi musim perayaan tempat penuh sikit. Jadi kena bertabah lah nak tunggu lauk sampai.
 
 
 
Dah kenyang budak2 ngan Mother in Law dah mengantuk. Hantar diorang ker bilik lepas tu aku ngan En Win layan live band kat lobby. Boleh tahan gaks suara penyanyi ni.
 
Ok...esok kalau free kak elly sambung lagi yek
 
 

3 comments:

Haffizul Iskandar said...

Wah, bestnya. Kena plan cuti tuk bercuti ke sana ni. Melaka -pd tak jauh pun. Hihihihi

Norma NML said...

Menarik :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cantik hotel tu:)