Nuffnang Advertisement

Thursday, August 27, 2015

Giler glamer ker?

 
Amboi bukan main glamer, kejap masuk suratkhabar kang bulan depan masuk majalah....hahaha. Bulan ni promote Ellfie Beauty. Bulan depan promote Mg Movers pulak. Nampak sangat giler glamer asyik muka kau jer kan.
 
Jgn lah buruk sangka walaupun hakikat nya akak suka...hahaha. Giler tak suka muka masuk majalah. Lepas tu senyum sorang diri. Tapi Kak Elly ada masalah sikit muka bila keluar kat majalah  mesti jadi gemuk 2 inchi. Akak kurus jer dik sebenarnya. Kahakahakah. Dalam majalah jer nampak tembam.
 
Tapi jangan lah salah sangka, bukan Kak Elly yang call wartawan mintak di interview. Selalunya wartawan akan hubungi untuk dapatkan bahan yang diorang tengah cari dan bahan cerita tersebut kena dengan bidang Kak Elly sekarang ini. Ini juga salah satu promosi utk diri dan company. Free marketing siapa tak nak kan.
 
Ingat lagi mula2 interview muka naik kebas sebab takut. Tu belum lagi kena bergaya depan camera terus akak kaku. Tapi sekarang dah berani sikit. Dah pandai demand nak cari make up artis sendiri, cari pakaian sponsor sendiri. Hebat sangat perangai kau kan...hahaha.
 
Kena lah berani kedepan kata businesswomen. Puiii...padahal peniga runcit jer..hahaha. Tapi selalunya kalau masuk majalah orang yang paling happy Abah lah. Selalu jadi orang pertama gi beli. Nanti dia simpan elok2.
 
 
Majalah Keluarga keluaran bulan September
 
Waktu photoshoot budak2 excited tapi dalam masa yang sama malu2 dan kaku. Cuba tgk mak kau ni konpiden jer rambut belah tengah...hahaha.
 
Penulisan yang sangat baik. Apa yang dikupas dan ditulis sangat menarik. Menceritakan bagaimana aku dan En Win memulakan peniagaan Mg Movers sehingga lah cita2 aku dalam bidang kecantikan tercapai.
 
Bukan sahaja mengenai bidang perniagaan tapi kehidupan harian kami sekeluarga. Bagaimana aku dan En Win membahagi masa walaupun kami berdua terlalu sibuk.
 
Serious sejak aku decide berhenti kerja dan ingin berniaga kehidupan aku bertukar menjadi super busy. Itupun curi2 masa bersama anak2. Luangkan masa dengan Yaya sebab UPSR semakin hampir.


 
Dulu kalau beli majalah selalu baca tentang kejayaan seseorang. Selalu berangan satu hari nanti aku nak masuk dalam majalah share tentang kejayaan aku jugak. Tapi aku belum lah berjaya lagi, masih jauh lagi nak menapak. Tapi boleh lah share serba sedikit tentang pengalaman sebagai seorang peniaga.
 
Tak ada lah cakap aku dengan En Win ni bagus sangat. Rasanya ada orang lebih bagus dan berpengalaman dari kami. Tapi mungkin pengalaman aku dalam bidang perniagaan ni boleh di share oleh golongan yang sama2 ingin meniti kejayaan.



 
Mg Mover mengambil masa hampir 3 tahun untuk dikenali. Aku tahu betapa susahnya En Win untuk mendapatkan kepercayaan dari orang diluar sana. Aku cuma membantu dari segi Admin sahaja dan selebihnya En Win berusaha sendiri bersama2 staff nya dan alhamdullilah sekarang dah semakin nampak hasil usahanya.
 
Sekarang masa aku pulak mula merangkak dalam bidang perniagaan. Ingin memperkenalkan sesuatu produk dan mendapat kepercayaan dari pelanggan bukan perkara yang senang dan sebab itu aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang kecantikan. Bidang yang aku suka dari dulu lagi. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Selebih nya Allah yang menentukanNya.
 
Nak masuk bidang perniagaan ni korang kena ada keberanian. Kena selalu berfikiran positive. Jgn fikir negative "risau takut rugilah, kalau rugi nak kerja apa, kalau tak berjaya malunya dengan orang sekeliling, kalau perniagaan rugi nak bagi anak2 makan apa? macam mana nak bayar hutang?. Berjaya atau tidak yang penting kita usaha dulu. Kalau tak berjaya maknanya rezeki kita belum ada lagi. Sebab tu aku cakap dari awal lagi perniagaan ni korang kena berani dan tekad. Jangan hangat2 taik ayam. Rugi sikit terus rasa menyesal. Takpe jatuh berkali2 itu adalah pengalaman yang sangat berharga. Kak Elly dan En Win berapa kali jatuh dan lingkup. Tutup kedai berniaga di downtown...biarlah orang nak gelak.  Bukan orang yang bagi kita duit. Kalau tak usaha mana nak nampak hasilnya. Selagi kuat badan ni kitaorang akan tetap berusaha sebab bidang perniagaan bidang yang aku dan En Win minati.
 
Mg Mover dan Ellfie Beauty masih jauh lagi perjalanan. Selalu berdoa supaya semangat kami sentiasa kuat. Jauhkan perasaan hasad dengki kat orang dan hasad dengki orang kat kita. Jauhkan perasaan riak dan tamak. Kami cari rezeki untuk keluarga untuk bantu mak dan abah. 
 
Terima kasih Majalah Keluarga yang mengupas kehidupan kami dalam bidang perniagaan dan keluarga.
 
 


7 comments:

Haslinda VitaLynd said...

Sangat memebri inspirasi.

Jueliza Jamani said...

kak elly buat bagi jue jadi positif tau.. b4 ni jue sgt negatif sgt..

Madam Casper said...

Tahniah...kipidap

nuraida1808 180879 said...

Thnks kak elly.. u & en win really inspired us to become a great entrepreneurs.. May Allah swt ease everything u do.. Gud luck 2 yaya too.. My dotter pon amik UPSR dis year so all the best for both of them...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Saya dah beli majalah keluarga ni, support kak elly !!

syalinda johari said...

akak cantiknyerr...

A.I said...

aku kagum ngan ko beb. sungguh..

semoga ko dimurahkan lagi rezeki :)