Nuffnang Advertisement

Monday, August 24, 2015

Cinta paling Agung

 
Korang dah tgk tak cerita ni? Kak Elly baru jer berkesempatan tgk semalam. Cerita ni kalau perempuan dah berkawin tgk akan mendatangkan runsing dihati.

Kau giler dah kawin bertahun2 tiba2 suami cakap nak kawin lagi. Bila isteri tanya kenapa? dengan selamba jawab dah tak ada rasa sayang lagi kat awak. Perghhh itu lah ayat yang paling ditakuti dan dengari kaum wanita. Sejauh mana tabahnya seorang wanita nak hadapi dugaan ini?
 
Kak Elly tak nak share synopsis cerita ni. Pepandai lah korang gi tgk..haha. Tapi Kak Elly nak share dialogue dalam cerita ni. Sangat memberi kesan kepada Kak Elly bila menonton cerita ini.
 
"Ujian seorang isteri apa bila suaminya tiada apa2. Tapi ujian seorang suami adalah apabila dia mempunya segala-galanya"
 
"Rasullulah SAW pernah bersabda tak termasuk golongan nya barang siapa penyebab runtuhnya sebuah masjid"
 
"Wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala lelaki. Kerana wanita bukan untuk memimpim lelaki. Dan kenapa bukan dari tulang kaki? kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki"
 
"Tiada satu pun rumah tangga yang tidak mempunyai masalah"
 
Kak Elly rasa sesiapa yang baca dialogue yang aku share kat atas  ni korang dah boleh bayangan kan perjalanan cerita ni. Dalam cerita Cinta Paling Agung ni Kak Elly rasa yang paling menarik sekali cara ibu bapa menyelesaikan masalah anak perempuan mereka yang bercinta dengan suami orang. Cara sangat lembut dan menasihati sehingga terkesan dipemikiran anak nya yang ingin menjadi isteri kedua.
 
Habis jer tgk cerita ni buat Kak Elly berfikir sejenak dan terus berdoa agar perkawinan kami hingga ke Jannah dan berharap kami dapat lalui ujian yang diberi olehNya dengan tenang dan sabar. Janganlah sesekali riak dan menunjuk2 dalam perhubungan kerana Allah akan menguji kita dengan sekelip mata sahaja. 
 
 
*Seseorang wanita tidak akan faham perasaan hati wanita lain sehingga lah ia menjadi seorang isteri.* 
 
 

3 comments:

Norma NML said...

Akak dah tengok cerita tu...hmm..mmg cerita yg memberi byk pengajaran dlm kehidupan berumahtangga..

beat said...

nk tgk nnt...brp rate?

beat said...

nk tgk nnt...brp rate?