Nuffnang Advertisement

Friday, August 14, 2015

Abang Toyib


Dah lama tak share cerita pasal Abg Toyib ku sayang...aaauuuwww. Tetiba sayang...macam nak pujuk jer pasal kes semalam....muahahahaha.

Aku ngan Abg Toyib lately ni kurang bercakap. Bukan sebab gaduh ker apa tapi memasing busy dengan urusan masing2. Dia mengadap computer aku uruskan anak2. Sepatah aku cakap sepatah dia jawab. Tapi aku rasa masing2 sedar dengan kesibukan masing2.

Kadang2 kalau dia ada survey rumah customer waktu malam dia akan angkut aku dan anak2 sekali jadi dapatlah berborak2 dalam kereta. Sampai tahap macam tu. Kalau dulu ada masa lepak kopi2, karaoke dan tengok wayang sekarang macam dah jarang sangat berlaku. Semakin ramai pekerja semakin kuatlah kena bekerja. Kalau tak macam mana nak bayar gaji staff semua.

Kalau korang tanya aku lebih suka kehidupa dulu atau sekarang. Aku akan pilih sekarang walaupun dahulu banyak masa terluang bersama. Tapi kehidupan sekarang kitaorang dah semakin matang dan tahu hala tuju masing2 demi anak dan keluarga.

Ada satu tahap tu aku ngan En Win tak bercakap langsung sebab terkejar sana sini. Ambik anak, masak, uruskan kerja. Bila badan dah letih masing2 tahap malas nak keluarkan suara. Nak ubah tak boleh sebab keletihan menguasai diri...hahaha.

Bila keadaan macam ni...Abg Toyib yang akan cepat tersedar dan berubah. Dia akan curi2 masa lunch atau bekpes dengan aku. Walaupun waktu makan dia sibuk jawab panggilan customer tapi aku tak kisah asal kan dia ada depan mata. Kalau aku busy Abg Toyib akan luangkan masa dengan anak2 begitu lah sebaliknya.

Tapi hakikatnya aku rindu segalanya. Kalau dulu boleh kopi2 dan borak macam2 tapi sekarang semakin kurang. Insyaallah our target lagi 2 tahun lepas tu nak goyang kaki. 




Kami cepat memahami. Asal kan apa yang dilakukan biarlah jujur dan untuk keluarga



Kalau bergaduh sekarang sendiri pujuk hati masing2 sebab dah tua2 malas nak muncungkan mulut. Istilah pujuk2 ni dah lama hilang. Kalau gaduh pun tak sampai 10 minit bercakap macam biasa balik walaupun hati sakit. Tapi memasing terpaksa telan.



Banyak berkomunikasi melalui wassap dan telefon sahaja. Cukup sekadar bertanya dah makan ker belum dan bagitau aktiviti yang dilakukan. Tak ada istilah bergayut berjam2 lagi.



Abg Toyib seorang suami yang baik. Dalam apa juga keadaan sekali pun dia akan dahulukan anak2 dan keluarga. Sebelum keluar bekerja dia akan pastikan anak dan isteri dah makan. Waktu balik dari bekerja pun dia akan telefon anak2 untuk bungkuskan makanan.



Komunikasi kami sekarang lebih kepada anak2 dan pendapat masing dalam bidang perniagaan. Cerita pasal gossip artis dah lama ditinggalkan. We alwiz support each other dari apa segi pun. Kalau tetiba En Win balik ngamuk2 sebab stress dengan pekerjaan  selalunya aku kena bercakap dengan lembut dan tenangkan En Win. Begitulah sebaliknya...kalau En Win nampak aku balik dalam keletihan dia akan uruskan anak2 ke tuisyen dan bungkusan makanan utk aku dan anak2.

Dalam perkawinan ni tolak ansur dan saling memahami diantara satu sama lain sangat penting. Turun ego sesama sendiri. Dia suami kita dan dialah Syurga kita.

I Love U pa...Miss u lah.






8 comments:

Marziah Zakaria said...

kak elly, gambar last sekali tu.. tulah muka yaya bila dia kawin nanti...hehehehe

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya akak
pasangan bahagia

f.i.e.z.a said...

kita baru kawen 7bulan baru nak adjust hidup bersuami. mula2 ni salu jugak miscommunications tp bila ingat balik dialah syurga d dunia. kekurangan dia kena terima sbb kita pun byk kekurangan. kira bertuah ada yg nak jadikan kita isteri. alhamdulilah.
semoga kak elly and bang toyib bahagia selalu :)

Jan@Afzan said...

sweet sanagt kaka elly.. romantik sgt... saya ni baru lagi kawin pun boleh kira berapa keping ada pic berdua..dah dua2 malas berpic bagai..hehe.

saya sangat adore, kagum dengan cara kak elly dan abang toyyib handle rumahtangga..

nak adjust rumahtangga, nak hidup hingga ke jannah kan.. banyak saya belajar dari pengalaman kak elly dan kak filla.

sangat untung dapat suami mcm abang toyyib..alhamdulillah, suami dan ayah yang terbaik untuk akak dan anak2..

saya doakan akak dan suami serta anak2 dirahmatiNya, dimurahkan rezeki dan diselimuti bahagia hingga ke syurga.

Cik Aann said...

semoga bahagia hingga ke syurga

Dapur bujang: Macaroni carbonara paling sempoii

Ros Mawar said...

Suka baca blog kak elly.banyak bagi inpirasi kat saya camna nak handle rumahtangga dan kerjaya..semoga perkahwinan kak elly dan abang toyib kekal bahagia till jannah...(*-*)~~~

Ros Mawar said...

Suka baca blog kak elly..banyak bagi inpirasi dan tips kat saya camna nak handle rumahtangga dan kerjaya..semoga perkahwinan kak elly dan abang toyib kekal bahagia sampai ke jannah...(*-*)~~~~~

Ms Owlolol said...

Sweet ahh Kak Elly ni, suka tengok keluarga bahagia sis. Hee, nasib lah ada senior yg dok perkenalkan blog akak. Mmg seronok baca. Kdg-kdg termotivasi sendiri. Satu lagi yg best. Suka cek blog lain yg dah ada update dkt bloglist sis. hee, tak payah susah-susah cari. Tinggal klik jer. Comel jea suara sis dlm iv dkt goshop haritu, sama comel dgn tuannya ((: