Nuffnang Advertisement

Thursday, July 30, 2015

Sembang2 kosong


Hari ni kita sembang2 jer lah. Malas rasanya nak share gambar. Melambak giler gambar bercuti kat PD tu. Nanti2 lah aku tepek. Itu pun kalau kerajinan aku tahap tertinggi.

Sejak berhenti kerja dan berniaga sendiri. Kehidupan aku totally berubah. Bukan sikit tapi almost 80%. Kalau dulu bangun seawal 5.30 pagi dan habis kerja di office pukul 5.30 ptg. Tapi rasanya ada jer banyak masa terluang. Rasanya ada masa lagi untuk lepak2 dan berborak dengan kawan. Dulu ingat kalau berniaga sendiri lagi banyak masa untuk anak2 dan diri sendiri. Tapi angan2 jer rupanya...hahaha

Berlainan sangat dengan sekarang. Masa aku terlalu padat. Masuk office melambak kerja sedang menanti. Kepala ligat kena rancang itu ini. Korang tahu lah berniaga ni kalau korang senyap maknanya senyap lah bulanan tu nanti. Jadi kepala kitaorang bertiga ni kena sentiasa ada idea yang berbeza utk menaikan nama Ellfie Beauty.

Tapi walaupun busy tahap gaban kehidupan aku sentiasa gembira walaupun kawan office aku ada Peej dengan Farid jer..hahaha. Gembira sebab aku minat dan aku suka dengan apa yang aku lakukan. Jadi setiap pagi rasa berkobar jer nak ke office. Kalau kerja dulu hidup asyik nak MC jer.

Cuma dari segi kewangan agak ketara bezanya. Kalau dulu boleh jer beli apa yang aku suka tapi sekarang kena fikir 80 kali. Ialah dulu cukup bulan cucuk ada jer duit tapi sekarang cucuk ada duit tapi kena banyak berjimat sebab aku sekarang berniaga sendiri. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Kalau dulu gi hospital boleh claim, duit parking, duit phone semua company bayar tapi sekarang duit pocket sendiri.

Tapi kan...Alhamdullilah Ellfie dan mula melangkah setapak kedepan. Staff dah mula ada insurance, kwsp dan insyaallah akan ambik dua orang pekerja lagi untuk uruskan account company dan dropship. Setiap bulan kitaorang kena pastikan duit sewa office, bil2 dan gaji pekerja kena lepas dulu than baru kita fikir keuntungan. Setiap orang diberi target sales bulanan. Kena capai target yang diberikan. Nak capai target tu bukan perkara yang mudah...itu yang 24 jam berfikir jer sampai nak muntah.

Kitaorang bertiga ada cita2. Selalu syok sendiri ulang2 cerita cita2 yang kitaorang angan2 kan. Lepas senyum macam benda yang diimpikan tu ada depan mata...hahahaha. Bukan apa itu kan salah satu semangat untuk kerja kuat jugak. 

Eh! peej datang...hahaha chow

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah sini

safurara said...

hahahahahaha mcm mcm lah kak elly ni! good luck kak!

riea zakifaris said...

hai kak ell. saya baru jer order ellfie beauty. petang ni baru dapat.. tak sabar nk pakai supaya kulit cantik mcm akak :) ..

semoga kak ell akan terus menulis dan menulis kt sini.. (hari-hari saya tgk blog akak)... ^_^

cik tudung senget said...

Haha.dah 2 kali baca entry dgn ending peej dtg😂😂