Nuffnang Advertisement

Monday, July 13, 2015

Raya nak dekat dah...


Raya dah nak dekat..korang mesti tgh sibuk susun baju nak balik kampung kan. Untung lah ada kampung...hahahaha. Esok last day kerja lepas tu cuti sampai 22 July ni. Banyak kerja kot nak buat. Hari tu sempat kemas hall ngan dapur jer. Bahagian bilik belum sentuh satu apa pun lagi.

Rabu ni nak bawak mak ngan abah pergi pasar. Khamis dah sibuk memasak. Jumaat pagi2 nak balik Melaka. Cepatnya masa berlalu rasanya sekejap jer dah nak raya. Lepas raya ni lagi busy macam2 perancangan dah tersusun.




Hari tu ramai yang mintak resepi Udang masak sambal kering2. Resepi ni senang giler. Pejam mata jer boleh buat lah. Eh! eksyen sangat ni

Udang (cari yang besar sikit)
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
1 senduk cili kering
*bawang tu potong dadu*

Goreng udang tu dulu (letak garam dan kunyit). Goreng separuh masak. Tumis bawang merah dan putih sampai kuning. Lepas tu baru masuk kan cili. Masak dengan api yang perlahan sampai sambal tu jadi garing. Lepas tu baru masuk udang. 

Senangkan!!



Ahad lepas gi pasar order bahan2 blend utk mak dengan mak mertua. Senang Rabu ambik jer nanti. Tak payah beratur pun. Sambil2 tu beli stock makanan utk seminggu. Dah siap cuci semua, asing2 kan masuk kan dalam fridge. Rabu ni tinggal nak beli barang utk masak pagi raya jer nanti.



Dah selesai gi pasar jenjalan cuci mata kat Great Eastern Mall pulak. Huaaaa apa hal ni cantik sangat. Saya insan yang lemah bila tgk baju2 tradisional macam ni. Terus jeling kat En Win tapi dia buat muka dek jer macam tak ada apa2 perasaan. Nasib dah beli baju sulam kat Melaka hari tu terubat lah gundah gulana dijiwa. 

Tapi baju ni tetap terpahat di dalam hati. "Baju2 awak tunggu kita tau. Jangan gi mana2 duduk dulu dalam cermin sampai akak dapat duit kutu ya". Korang kalau ada perasaan nak beli baju ni, pergi lah cari tempat lain. Baju ni akak nak yaaaaaa yang kebaya tu kalau nak boleh ambik. Tapi bukan belah kiri tu ya.



Tapi nak sedapkan hati sambar gaks kain sarung kat situ...hahaha. Kak Elly mmg tak boleh kalau tgk2 baju lama2 macam ni. Anak aku dah sampai fade up sebab tiap2 tahun kena pakai kain batik. Eh! ingat aku kisah...pakai ya. Kalau korang tak pakai siapa lagi nak pakai. 

Aku suka kain batik ni sebab arwah nenek aku dulu kalau keluar berjalan mesti pakai kain batik dengan baju kain kasa. Tak tahu korang tahu ker tak kain kasa ni. Cantik sangat baju tu keras jer sebab arwah nenek aku suka rendam dgn kanji. Mmg cantik jer tegang kain tu nanti. Rasanya kesukaan nenek aku jatuh kat aku agaknya. Tapi tu lah kesal sangat waktu tu tak terfikir pun nak ambik baju arwah. Iya lah zaman hip hop waktu tu mana nak ingat.

Ok...esok sambung lagi. Kita bermaafan sebelum raya yek.




4 comments:

jannah sabri said...

Selalu usha kat kedai sama jugak, mmg cantik-cantik baju and kain sarong kat sana...

ciknurulcantek said...

baju kurung kain kasa rubia..kain batik wangi..jalan2 keliling kampung kutip hutang..rindu arwah nenek..

ciknurulcantek said...

baju kurung kain kasa rubia..kain batik wangi..jalan2 keliling kampung kutip hutang..rindu arwah nenek..

cakap sempoi said...

kak elly,

nanti nak mintak akak share cite psl camna akak manage duit gaji utk keperluan sendiri & lain-lain keperluan.

sy berjaya follow cara akak part simpan bhn mentah & urus kan duit semasa travel. terbaik! sbb kdg2 sy sendiri pon tak terpikir bnda yg simple camtu