Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 28, 2015

Raya kedua 2015


Nasib hari ni rajin sikit...hahaha. Dah menjadi rutin raya kedua jer mesti jalan sebelah family aku. En Win terpaksa redha sebab saudara sebelah dia kecik jer. Jalan 1/2 hari pun dah selesai. Sedara aku seminggu pun tak habis lagi beraya. Siapa suruh sebelah dia tak beranak ramai....hahaha.

Disebabkan saudara sebelah En Win ni kecik jadi tak meriah sangat sebelah diorang *matilah kalau laki baca*. Sebelah aku siap konvoi adik beradik serbu rumah mak saudara. Lepas tu bila bercakap masing kena suara tinggi sebab takut cerita masing2 tak di dengari. Anak2 aku dengan En Win duduk kat tepi sudut sebab tak tahu nak join siapa. Kitaorang cousin2 dan mak saudara mmg rapat boleh duk bercerita tak henti2. Tapi tu lah kan dapat jumpa setahun sekali jer sebab memasing busy dengan kerja dan anak2. So sad. Kadang2 bila borak tak ingat dunia siap kena sound ngan bapak aku "Cukup2 banyak lagi rumah nak raya". hahahaha.



Wah! kemain anak dara ni. Selalunya hari raya aku yang akan tentukan baju apa yang diorang kena pakai termasuk En Win. Awal pagi aku dah bangun dan sangkutkan baju diorang kat luar almari. Tak tahu sampai bila buat rutin macam ni. Nanti bila diorang dah besar mesti tak nak pakai pilihan mak dia kan. Mesti ada baju pilihan sendiri, pilihan colour sendiri sebab tak vogue katanya taste orang tu...gitu, tetiba teremo pulak.

Aku suka tengok anak2 pakai baju kurung dihari raya. Time jalan umah saudara, time open house, time nak beraya saya sini. Aku lebih selesa lihat anak2 berbaju kurung berbanding pakai seluar jeans. Baru lah rasa suasana hari raya tu kan. Nak pakai jeans or t-shirt, pakai bila nak gi Mall. Gi beraya mesti pakai baju kurung. Gitu...konsepnya.  




En Win mmg suka pakai baju melayu. Dulu baru kawin bapak aku pelik sebab raya pertama sampai raya ketiga dia akan berbaju melayu...hahaha. Orang lelaki kan jarang pakai berhari2. Selalunya raya pertama jer kan. Tapi En Win kalau boleh raya kelima pun dia pakai baju melayu. Kadang2 siap bersamping bagai. Dah dekat 13 tahun beraya sama2 ngan En Win jadi aku dah terbiasa. So mmg kena cari yang sedondon utk pakai. Over sangat kan...haha. Biar lah I suka jer.

En Win pun sama bila nak jalan beraya aku dah siap kan awal2 baju, songkok dan butang baju melayu kat tepi almari. Dia tinggal nak pakai jer. Aku malas nanti terjerit2 cari itu ini. Baik sediakan awal2.



Ramai tanya aku beli baju ni kat mana. Akak beli kat Zalora jer dik. RM170.00 kalau tak silap. Tahun ni beli online jer. Tak sempat nak tempah sebab banyak kerja nak buat. 

Rumah pun tak sempat nak pasang carpet dan letak kuih raya lagi. Baru tahu berniaga sendiri ni tak cukup masa. Kepala ni asyik fikir pasal bisnes jer. Takpe lah baru mula kan...saya budak baru belajar



Me with Kiddos
  


Rumah pertama yang kitaorang pergi hari tu rumah atuk (actually nenek tapi panggil atuk) kat Puchong. Actually ni atuk tiri sebab arwah Atok kawin 3 tak silap aku.  Tapi rapat sebab dari kecik kitaorang datang sini. Bila mak nak jumpa arwah bapak dia jer mesti bawak kitaorang semua kat rumah ni. Atuk tak berapa sihat lately ni. tu yang terbaring jer waktu Raya.



Abah dan Atuk



Dah besar anak2 buah aku. Baju hitam tu adik aku. Tak kawin2 lagi...ada tak siapa2 yang bujang kat luar sana...hahaha



Hari tu beraya dekat 5 buah rumah. Tapi mintak maaflah gambar makanan dan gambar mak saudara semua tak ada sebab memasing bila berjumpa semua campak beg ketepi.



En Win with Kiddos


Beraya rumah kedua. Rumah Kakak bapak aku. Ini lah rumah terakhir kitaorang bergambar lepas tu nak simpan jer camera tu. Kelam kabut nak makan jer. Perangai sangat kan macam tak pernah jumpa makanan...haha 



Wah! mak pakai oren



Tak cukup lengkap...Kak Long dengan adik No. 4 aku tak ada dalam gambar ni. Eh! abah pun tak ada sebab malas nak layan kitaorang duduk kat tangga. Amboi..eksyen abah ya!!

Eh! peej datang...chow dulu. Hahaha

9 comments:

FadMN said...

saya pic raya tahun ni tak hadooo..huwaa sedih pulak ingatkan takdak kenangan raya.huhu.
btw,selamat hari raya kak elly :)

Haffizul Iskandar said...

Part en win suka pakai baju melayu berhari-hari. respek! saya pakai pagi raya je. Tengahari dah tukar. Hehehehe

shah said...

datang menyinggah jenguk apa yg patut ek

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
hi singgah sini
sory hr nie bz x sempat nak BW

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

SUKA TENGOK UMAH ELLY CANTIK SANGT :)

riea zakifaris said...

kalau kt sarawak, biasanya lelaki akan berbaju melayu complete dengan sampin sampai seminggu.. memang seronok tgk.. nmpk kemas dan ensem jer...hahahahahaha...

Khalid Kyle said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat sis sekeluarga, moga terus sukses & ceria2 selalu :)


Alueyah said...

Kak elly, atok tu time muda mesti cantik giler kan..? Dah tua2 pun cun melecun lagi..jelly i..haha

Aidah said...

Cantik baju raya anak-anak. Nampak semangat nak beraya..
Walau pon anak saya kecik lagi, saya memang pastikan tiap kali raya 1-2 mesti pakai baju raya.