Nuffnang Advertisement

Friday, July 31, 2015

Monthly Bills


Aku kalau buat monthly payment mesti boleh naik hantu. Padahal tiap2 bulan buat kan tapi tetap nak naik hantu. En Win mmg dah masak dengan perangai aku. Cukup bulan jer nak mengamuk...hahaha.

Korang tahu sebab apa aku mengamuk, sebab aku yang akan list bil2 yang kena bayar. Jadi aku tahu mana bil tetiba naik tinggi. Tapi selalunya naik tak pernah nyer berkurangan. Pagi ni naik hantu lagi sebab Bil Api dekat RM700.00. Tiap2 malam aku akan pergi bilik budak2 tutup aircond dan pasang kan kipas. Nanti senyap2 budak2 tu bangun dan pasang aircond balik...huaaaaaa. Astro ada dua bil aku nak potong satu En Win tak bagi sebab selalu bergaduh nak tengok rancangan masing2. Mmg lah aku ngan En Win bayar share2 tapi tak tahu macam panas jer hati ni bila monthly. Dasar kedekut kan. Bila aku membebel mula lah En Win membebel sama "Ooo u beli handbeg takpe, baru bayar bil dah bising, I jual handbeg u baru tahu" lepas tu acah2 nak tangkap gambar handbeg aku nak letak kat Mudah.com...hahaha. Terus aku senyap...nyampah suka jer nak gertak2 I.

Barang semua dah mahal...gi pasar boleh rasa berbezaan nya. Kalau dulu seminggu RM150.00 sekarang RM250.00 dah tentu dah. Itu belum lagi gi Giant beli itu ini. Mmg melampau sangat harga barangan sekarang ni. Belum lagi kena bayar tuition anak2 dengan kelas tambahan itu ini, belanja sekolah pun kena naik kan sebab harga kat kantin semua dah naik. Duit minyak jgn cakap jer asyik naik jer tak pernah nya turun. Untung lah siapa dapat BRIM..muahahah. Aku jarang guna Credit Card selalunya guna utk minyak jer. Monthly mmg bayar full payment. Nyampah ada utang2 ni.

Aku sejak kawin mmg jadi accountant kat rumah ni. Korang tahu lah perangai lelaki ni mana dia nak pedulik pasal bil2 ni. Dia tahu bagi jer duit kita uruskan. Tapi bila mintak lebih jer baru sibuk2 nak tanya itu ni. Dia start jer tanya terus aku aku forward gambar2 bil...hahaha.

Tapi itu lah perangai aku mengamuk sekejap jer. Bila dah bayar semua benda aku jadi lega. Otak yang stress tadi rasa lapang sangat. Ialah duit nak keluar kan mesti sakit hati...hahaha. Penat tau I kerja tapi duit keluar macam air. Ok lah itu jer nak cerita hari ni.





Sejuk sikit hati ni bila pandang benda yang kita suka. Dari kecik kumpul duit tapi tak cukup2 lagi. Nak jadi macam Kak Mah...pandai dia simpan duit kan!! 


14 comments:

fishah said...

kak. pasal bil letrik tu. boleh jimat.
bila akak ttp aircond, anak2 akak buka mesti terus full blast. sebab tu bil akak makin tinggi. kalau diorg tdo memang nak aorcond je. akak x yah ttp aircond. maintainkan temp around 24-25 degree c for all time. itu akan jimatkan penggunaan elektrik, compared tu akak buka aircond, pastu tiba tutup for 2 or 3 hours, then anak akak tiba buka aircond set at minimum temp. aircond nk cept sejuk akan guna elektrik lebih.

peej said...

memang menarik si comel tu. i like.

aida aidanisme said...

yang sebeanarnya tariff bil letrik dah naik. yang tak de ekon tinggal pulak berdua dan berada dirumah malam je pun tibe tibe rm100 lebih bulan lepas. hangen je..

akuleya said...

baca blog elly mmg wat ai yg stresss ilang stressss... tersipu2 sorg2....menghayati penceritaan... seronok baca... supe gak ngan blog filla n peej... i love them toooo......

love u olls bertiga la...

pembakar semangat berblog...

nak jadi macam korunk... tp xtermampu kot.. kebolehan nan hadooooo huhuhuhu

xtnops said...

sempat komen pasal Kak Mah ye, hehe

Malinda said...

elly kau jangan tak tahu kak mah sinpan duit dari dalam perut lagi you!!....hahaha...banyaknye bill api kene bayo mana tak meroyan ek

Aty_Fared said...

ok..gelak besar caption kak mah tu... hahahaha

!EFIL said...

Handbag idamannnn kalbuuuuu 😭😭😭

Baayah Adnan said...

Banyak bil api..jgn ikut kak mah menabung..dia ada tabung rahsia..

Baayah Adnan said...

Banyak bil api..jgn ikut kak mah menabung..dia ada tabung rahsia..

Baayah Adnan said...

Banyak bil api..jgn ikut kak mah menabung..dia ada tabung rahsia..

kesh said...

kita suka kak elly....dan si nona manis tu...emm mengidam jela xmampo...

Hanis said...

elly... i sarankan beli alat/device yg kurangkan bil elektrik tuh (tadek kat kedai yer.. selalu kat fb atau dia bukak booth kat giant etc).. menda tu nampak bodoh jer tapi dia stabilizekan letrik.. dulu kitorang punya bil 600 tapi lepas invest 2 bijik 1 atas 1 bawah, our bill halve the amount to 300.. banyak nampak dalm fb yg versi terbaru ni lebih cantik dan kecil... mahal gak alat tu tak silap kita beli dua about rm500... cer carik yer.. mmg mujarab

alia farhan Said said...

Part kak mah tu terbaik woo....
Jom jemput baca cara saya jimatkan letrik umah saya....
http://aliafarhansaid.blogspot.com/2015/08/cara-menjimatkan-tenaga-eletrik.html?m=1