Nuffnang Advertisement

Friday, July 3, 2015

Helloooo


Pagi ni rasa tenang sikit. Kurang busy jadi sempat lah intai2 blog kengkawan yang dah lama tak baca. Sempat jugak intai blog sendiri. Intai2 lauk berbuka puasa tahun lepas. Sedih ok...tahun lepas macam2 lauk rupanya Kak Elly masak siap ada dessert lagi. Meriah sangat lauk buka puasa tahun lepas. Tahun ni agak hambar...masak jer apa yang ada. 2 minggu ni aku busy giler. En Win jangan cakap lah bulan2 puasa ramai pulak orang pindah rumah.

Pukul 10 malam aku ngan En Win dah terbongkang tidur. Kalau dulu sempat lah merempit malam2 gi sana sini tahun ni nando langsung. Nak sangat bisnes sendiri kan...rasa kan...hahaha. Tapi i suka jer

Kuih raya pun tak order lagi..barang2 rumah pun tak beli lagi dan tak terfikir pun nak beli. Kalau dulu bukan main ada list to do tapi tahun ni tak ada apa2 pun lagi dalam senarai. Ingat minggu depan kalau sempat nak colour kan balik rambut. Tak nak dah rambut omputih ni. Nak gi Hammam...rasa berdaki sangat badan ni. Nak urut2 dan manjakan diri. Tapi tak tahu lah sempat ker idak. Hope sempat lah buat semua ni.

Sabtu lepas seperti biasa ada treatment di Marie France, Great Eastern Mall. Sempat lah jenjalan kat bawah tu....  



Huaaaa cantik nyerrr. Nak rembat kusyen cover jer tahun ni bagi berseri sikit rumah di pagi raya. Tak ada lah boring sangat asyik benda yang sama jer bila tgk nanti. 



Cantik kan colour2 kusyen cover kat sini (British India). Kalau dulu sebelum puasa Kak Elly dah siap2 beli alas meja dan cadar baru tapi tahun ni tak sempat nak berjalan pun. Sedih nya kisah akak kan dik....hahahaha



Baju En Win pun baru nak cari. Sangat bukan diri Kak Elly sekarang ni. Kalau dulu semua dah complete sebelum puasa. Tahun ni lebih kepada nak kukuhkan Ellfie. Ellfie penting sangat buat masa ni.

Sian En Win semua baju dia tak berkenan. Dah banyak kedai pergi satu pun dia tak suka. Rasanya pakai jer lah baju tahun lepas. Dia bukan nya kisah sangat. En Win kalau korang tengok sekarang ni macam tak terurus sangat, bawah mata dah naik sembab...sibok bebenor gamaknya. Takpe lah kerja untuk keluarga kan.



Budak kecik ni pun bukan main pandai ajak kengkawan buka puasa kat luar. Aku tetap lah peneman setia walaupun di meja sebelah. Tak berani nak tinggalkan budak2 macam tu jer. Minggu ni Danea punya turn pulak...macam2 lah budak2 ni. 

Pengumuman Penting!!



Sampul Raya dah habis. Alhamdullilah dalam masa 2 minggu habis 1000 packet untuk 1000 customer yang beli Set. Insyaallah next year kita buat banyak2 ya. Tapi promotion utk hari Raya tetap berjalan seperti biasa RM110 (SS) dan RM120 (SM)

Ada satu lagi pengumuman

Pihak poslaju akan stop collect barang2 bagi tujuan pengeposan bermula 10 July ni. Jadi kalau korang nak order Ellfie makesure sebelum 10th July ya. Kalau lepas 10th July kemungkinan besar barang akan sampai selepas Raya jer nanti.


5 comments:

intandayani said...

Sementara muda ni kerja keras kak..nanti anak dah kerja boleh g tour ngan en Win

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya

miss eimanhikmah said...

akak kena amik cuti ni...hehehe

Aida Tasrip said...

Salam kak Elly,nak tanya. Ibu mengandung leh pakai ke Ellfie tu?

Nadya Zahid said...

All the best in ur biz :)
Aritu ade nampak u kat luar kfc aeon jj au2..heheehe..rupenye u tgk kan si adik eh buka pose...
nak tgur..tp u tgh bz on the phone mase tu :)