Nuffnang Advertisement

Sunday, July 26, 2015

Hari Raya 2015

 
Baru sempat nak updated blog. Minggu lepas office baru bukak jadi busy sikit. Merasa lah korang tgk gambar lotion tu sampai muntah...hahaha.
 
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Andai tersilap kata, terasa hati apa yang ditulis, Kak Elly mohon ampun dan maaf ya.
 
Seperti biasa Kak Elly akan balik ke Melaka di pagi raya. Seawal 5.30 pagi kitaorang dah bertolak. Seronok beraya di kampung ni meriah. Sejak kawin dah 13 tahun inilah rutin kitaorang sekeluarga.
 
 
 
Yaya dan Adik
 
Redha jer bebudak ni aku tradisional kan setiap tahun. Pupuk kan sikit minat tu dari kecik. Tahun depan kita kekalkan lagi ya konsep ni...hahaha. Biar jadi kenangan bila dah besar nanti. Walaupun harga baju ni agak mahal takpe I sanggup asalkan boleh lihat anak2 di pagi raya kelihatan seperti dulo2. Tahun depan ingat nak siap sanggul kan budak2 ni...muahahaha. Masak lah dapat mak yang perangai mak2 sgt dihari raya.
 
 
 
Sampai2 jer di Melaka tgk ramai saudara mara dah berkumpul
 
 
 
Irfan's Family
 
Sebenarnya tema tahun ni, budak2 biru, Kak Elly ngan En Win warna hijau. Tapi baju yang tempah kat Melaka tu nyonya tu terjahit besar giler. Labuh sampai lutut. Frust giler rasanya. Dah lah tu baju idaman. Tempah dari bulan 1...tgk2 siap tak seperti yang di idamkan. Maka berduka lah seketika. Mana nak cari baju sulam, dah lah lagi seminggu nak raya. Teringat ada satu kedai sulam kat Great Eastern Mall, Ang Eng nama kedai tu. Mmg jual baju sulam dan kain batik. Alhamdullilah ada promotion 30% waktu tu. Maka rembat lah satu baju kat situ. Baju yang kat Melaka tu hantar alter sekali kat situ. Baru lah blh tersenyum kalau tak stress ya. Amboi...bukan main nak pom3 Hari Raya....hahaha.
 
En Win pakai baju tahun lepas sebab sama konsep warna macam tahun lalu. Dia tak nak beli yang baru, membazir katanya.
 
  
 
Aku ada simpan cita2 yang belum dapat dibuat lagi. Nak sangat tangkap gambar kat studio tapi konsep macam orang dulu. Gambar hitam putih. Pakai baju kurung tradisional dan berkain batik. Rambut sanggul macam zaman 50an. En Win pakai songkok tinggi. Baju Melayu dan berkain pelikat. Gambar tak yah senyum...muka focus tgk camera. Bila print gambar hitam putih tu nak effect kedut2 mcm gambar tu dah lama. Jom kita buat Pa tahun ni.
 
 
Suasana di Kampung 
  
 
 
Me and Yaya
 
 
 
Me and Adik
 
 
 
Tengok gambar ni meleleh ailio balik. Sedapnya....ada rendang itik, sambal daging, rendang ayam
 
 
 
Lemang & Nasi Impit
 
 
 
Family dari Melaka
 
 
 
 Us with Mak dan Ayah di Melaka
 
 
 
Anak2 dah semakin besar. Kitaorang semakin besar jugak....hahaha. Dulu pinggang ramping jer bergambar. Sekarang ukur lilit pun tak sampai.
 
 
 
Tahun ni En Win beraya tanpa Papa tersayang. Terasa sikit tahun ni. Papa suka makan suka gelak terasa sgt bila tgk lauk2 kegemaran Papa bila dihidangkan. Al-fatihah
 
 
 
 Takpe Mak...kitaorang akan sentiasa teman mak supaya mak tidak terasa sunyi
 
 
 
Holloh2 romantic sangat ni...haha
 
Lepas dah bermaaf2an, makan2 dalam pukul 11 pagi kitaorang bertolak balik ke KL. Nak beraya umah Abah ngan Mak pulak kat Puchong.
 
 
 
Hantar mak dulu balik Keramat. Beraya dan makan2 dulu rumah MIL. Amboi bukan main pakai baju kuning ya tahun ni.
 
 
 
 
 
 Mak with Cucus
 
 
 
Ini jer lah kawan si kenit ni...hahaha
 
 
 
Tampar kang muka tu....sengih2 jer, nak duit raya lah tu.
 
 
 
Ipar duai
 
 
 
 
Dah kenyang...dah berehat baru gi umah mak dengan abah kat Puchong. Sampai2 tgk umah tengah kena serbu dengan saudara mara. Tahun ni jer masak 15 ekor ayam dan 2 kilo daging. Mmg kitaorang dah prepare sediakan utk abah ngan mak supaya senang hidangkan kat tetamu nanti.
 
 
Tetamu datang non stop sampai pukul 12 malam. Tahun ni tak ada gambar elok pun sebab sibuk layan tetamu. Ini pun gambar paksa. Tak macam tahun2 yang lalu. Gambar adik beradik pun tak sempat nak ambik. So sad.....
 
Nanti sambung lagi cite pasal raya kedua...itupun tak tahu bila...hahaha
 
 

5 comments:

atiqah mutaza said...

kak elly...kite sama sebab suke jgk pakai bj kurung dengan kain batik.. macam ayu2 gitu hehe.. tapi kalau kat umah memang nan ado lah nk pakai kain batik dengan tshirt hehe

Afidah Azmi said...

meriah sungguh raya keluarga kak elly...jeles i..

A Special Story About Me said...

Selamat Hari Raya sis....

Isteri said...

gambar dapur yang elly buat utk mak ayah tu blom tunjuk lagi.

riea zakifaris said...

selamat hari raya kak ell.. cantik jugak pakai baju berkain batik ni ye.. boleh lah jadi inpirasi utk raya tahun dpn... hehehe....