Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 8, 2015

Downtown Danau Kota


Weekend hari tu En Win ajak jalan kat Downtown Danau Kota. Giler ramai orang. Adalah dekat 1/2 jam cari parking. Aku dah mula fade up. Tapi disebabkan budak2 kata boring duduk rumah gigih gaks cari parking. Jauh gaks lah kena menapak sebab tempat parking agak jauh sikit.

Sampai jer kat Danau Kota terus mengimbas kenangan lalu. Siap yang dah lama baca blog Kak Elly mesti tahu yang Kak Elly dan En Win pernah berniaga kat sini.

Kitaorang mula berniaga kat sini setelah 3 kedai kami di Sungei Wang dan Bukit Bintang tutup. Tak mampu nak bersaing dengan peniaga cina kat sana. Bila kedai tutup baju melambak2...hendak tak nak kena jual bagi habis. Waktu tu pulak aku baru ambik kasut di China. Ada lah dekat 200 pasang. So En Win decide berniaga di Danau Kota. Sewa satu tapak kat sana. Sewa tapak pun waktu tu agak mahal gaks...kecik nak mampus. Rasanya dalam RM1200.00.

Seawal 5 petang kitaorang dah buka kedai sampailah pukul 3 pagi. Ambik 2 orang pekerja. Aku sekali sekala jer datang sana. En Win suh jaga anak2 kat rumah. Sian sangat En Win waktu tu...untung tak seberapa tapi penat jangan cakaplah. Penat sebab nak simpan dan atur barang setiap hari. Orang mmg ramai tapi sales sangat2 kurang. Akhir Ramadhan kitaorang lelong semua baju dengan harga modal...kumpul sikit2 tu yang dapat beli lori 1 tan...hahaha. Sejak hari tu dah x berniaga lagi baju. Terlalu banyak saingan sekarang ni. 



Eh! sambung lagi. Dalam masa En Win berniaga aku pun sama berniaga sebab nak tolong buat tambahan duit. Aku berniaga baju kurung kanak2 kat Curve. Alhamdullilah dalam masa 2 minggu baju licin. 

Dalam berniaga ni korang kena banyak bersabar. Jangan cepat putus asa. Aku dengan En Win dah berapa kali jatuh terlentang dalam dunia perniagaan tapi lepas tu kitaorang bangkit balik. Bukan senang nak senang. Pengalaman banyak mengajar kami erti perniagaan. Kitaorang suka berbincang. Walaupun perniagaan yang En Win buat sekarang aku malas nak ambik tahu tapi still En Win akan tanya pendapat aku. Kalau aku nampak dia berkasar sangat dengan staff aku akan tegur. Begitu jugak dgn En Win kalau nampak aku stress bila balik rumah dia akan tanya masalah dan cuba selesaikan.

Dalam perniagaan ni tak perlu nak tunjuk siapa pandai. Perbincangan dan terima pendapat orang lain tu perlu. Bersaing secara sihat jangan sesekali ada hasad dengki. Korang ingat tak letih ker berniaga ni, satu badan sakit. Banyak benda atas bahu ni kena pikul. Rajin kerja banyak lah masuk...kalau malas merundum lah jawabnya. Orang kat luar nampak seronok jer tgk kehidupan kita...padahal kat belakang rasa nak terlentang jer badan kat lantai.

Jadi siapa yang baru mula berniaga, Kak Elly nasihat kan jangan segan bertanya. Jangan takut dengan kegagalan. Jangan cepat putus asa dan yang paling penting makesure kita suka dan minat dengan benda yang kita lakukan. Jangan nak ikut orang...orang nak berniaga awak pun sibuk nak berniga tapi satu benda pun tak tahu.




5 comments:

intandayani said...

Tq Kak Elly untuk nasihat tu.Ingat akak nak cite jenjalan beli barang kat Downtown tadi..

Nurzakiah Hanum said...

wow

miss eimanhikmah said...

susah kan nak berniaga ni

cik mah said...

Mahal juga ye sewanya...huhu...cik mah slalu parking kat basement kat oldtown tu..

octoberbaby said...

Seronok baca ni. Rasa motivated.