Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 24, 2015

Shopping lagi


2 minggu sebelum puasa hari tu dah shopping baju anak2 untuk raya. Dah settled pun tinggal kasut jer dgn seluar. Adik tak berapa suka pakai jeans bila tanya kenapa dia x dapat jawab. Dia suka pakai legging lagi. Puas cari semua x berkenan.

Sabtu lepas selesai buka puasa umah mak singgah midvalley jap. Sejak pindah area Ampang aku dah lama x ke Midvalley asyik KLCC dgn Pavillion jer. 


Kat Midvalley dan One Utama jer ada ZARA Kids harus lah singgah. Huaaaa cantik2 legging budak2. Rasa nak ambik semua tapi sedar diri jgn nak melampau sangat ya. Rembat 4 helai hari tu.

Aku dah di didik dari dulu kalau raya kena ada persalinan baju baru. Walaupun selalu gaks shopping utk budak2 tapi untuk Hari Raya kena ada baju baru...haha. Sehelai pun takpe janji baru. Gitu!!



Hari Ahad x silap aku jenjalan kat Pavillion nampak kedai kasut tak silap aku kedai tu nama Tizio. Holloh3 comel2 kasut kat sini....sesuai sangat ngan adik. Rembat 2 pasang. Adik ni dia jarang mintak apa2 kalau beli dia akan pakai sampai koyak. Kalau x suka dia ckp tak suka...kalau benda tu dia suka sampai koyak rabak lah dia pakai. Jarang meminta2 berbeza ngan Yaya. Kalau barang yang dia nak tak dapat dia punya muncung sampai blh gunting. Itu yang asyik bergaduh jer ngan aku.


Tadaa....haha. Raya2 gaks tapi barang holiday bulan 11 nanti kena beli sikit2. Nak beli dalam satu masa blh pitam. Mmg dah budgetkan setiap bulan utk beli barang2 holiday. Itu yg beli sikit2.

Dah ketepikan duit upah baju kurang, duit raya, Duit kuih dan duit pasar utk juadah hari raya umah mak ngan abah nanti. Tahun ni x sempat nak bawak abah ngan mak beli baju raya bagi duit jer suh diorang beli. Busy sikit tahun ni. Hari Raya mmg banyak sikit nak guna duit takpe setahun sekali untuk org tersayang. 

Ingat cuti Raya nanti nak gi berehat 2 hari kat PD. Office tutup seminggu. Dah puas jalan beraya nanti....raya ke 4 blh bercuti 2 hari. Penat rasanya bekerja non stop.

Nanti sembang lagi yek...alhamdullilah bulan puasa sambutan Ellfie agak baik. 




8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya shopping

Afidah Azmi said...

Fida pun tak suka pakai seluar jeans.Kalau nak duduk rasa tak selesa sangat..prefer pakai seluar slack yang pelbagai warna tu...lagi selesa

miss eimanhikmah said...

comel nyeee boot tuuuu

miss eimanhikmah said...

comel nyeee boot tu

Pn Qema said...

wah cantik2.. saya ni jarang pegi midvalley... ari tuh pun balik keje pegi dengan kawan.. jalan2 cari barang... saya pun brg raya anak2 dah beli.. tggl si anak dara je.. ada sedikit lagi tak beli.. insyaAllah minggu ni nak selesaikan.

kepada yang nak beli Ellfie boleh wassap saya 019-2782041

COD
Bandar Baru Bangi - Putrajaya - Cyberjaya - Kajang - Balakong - Seri Kembangan - Serdang - Sungai Besi - Alam Damai

Loose item juga vailable yer.

Ada free gift juga dr saya.
:)

intandayani said...

Samalah kak mak saya dulu kecik-kecik mesti belikan anak baju baru tuk raya..yg tak tahan siap ada baju tido raya..hahaha motip?

Drama Queen said...

Cantiknya kasut tu…. Nak beli jugak!

Radin Fadli said...

Perangai adik tu sama macam saya, kalau suka pakai sampai lusuh kadang kala, jaket baru ada tapi dah selesa dengan yang lama. huhuuhu selamat berpuasa!