Nuffnang Advertisement

Friday, June 19, 2015

Nasi Lemak - 1st Ramadhan


Masa bulan puasa jer aku dah mula pening kepala. Kena fikir lauk yang nak di masak setiap petang. Nak fikir lauk En Win, lauk Yaya dan lauk adik sebab selera semua lain2. Kalau tak masak lauk kegemaran setiap orang kesian pulak nanti. Aku ni dah lah tak sampai hati sebab kesian budak2 dah puasa kan tgk2 tak ada lauk kegemaran diorang kat atas meja..cannot u know.

En Win kalau puasa dia mmg dah cakap awal2 tak suka makan kat luar sebab dia malas nak tunggu lama dan berebut2 nak cari tempat duduk. Bila nak makan lauk semua dah sejuk. Selalunya kitaorang makan kat luar selepas pukul 8 malam jer selepas orang dah berbuka. Makan sikit2 dulu kat rumah baru keluar. Itu konsep En Win.

Bazaar ramadhan mmg dah bertahun aku tak pergi. Aku tak blh control bila tgk makanan...confirm aku akan membazir so selalunya En Win yang pergi bawak anak2. Itu pun aku dah pesan awal2 jangan membazir. Jangan beli ikut nafsu.

Semalam decide masak nasi lemak dengan ayam berempah. Yaya dengan adik mmg paberet kalau aku masak ayam berempah. Boleh makan ulang2 kalau lapar nanti.



Sambal udang

*15 ekor udang
* 1 biji bawang besar (dihiris)
* 1 sudu besar air asam Jawa
* sedikit belacan (dibakar)

Bahan yang dikisar
* 3 - 4 senduk cili kering
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* garam dan gula secukup rasa

Cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masuk kan air asam jawa dan belacan yang telah dibakar. Lepas tu boleh masuk udang dan bawang besar. Perisa kan dengan garam dan gula. kacau sehingga masak.



Resepi Ayam berempah ni Kak Elly pernah share dulu. Boleh click kat sini Ayam Berempah 




Ikan bilis 



Telur dan timun



Otak2 beli kat bazaar Ramadhan



1st day sahur masak kan budak2 ayam goreng kunyit. kak Elly dan En Win makan sambal telur goreng garing2.



2nd day Sahur teringin nak makan bubur nasi dengan sambal hitam. Terima kasih ya bagi Kak Elly sambal ni. Sedap sangat. Budak2 nak makan cereal jer. Tak lalu nak makan nasi pagi tu.

Jap nak usha blog lain nak tiru resepi. Nanti kalau masak Kak Elly share resepi lagi ya.







5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Farah Waheda Wahid said...

nampak macam sedap jerrr....

Farah Waheda Wahid said...

nampak macam sedap ni... rasa-rasa air tangan kak elly memang marvellous...

miss eimanhikmah said...

Sambal udang tu nmpk sedap!
http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

maisarahsecret said...

Nampak sedap. Share lagi lah resepi ye.
Tq