Nuffnang Advertisement

Thursday, June 25, 2015

Lauk Berbuka Puasa hari ke 7


Alhamdullilah hari ni genap seminggu kita berpuasa. Aku ngan Peej tak berapa sihat sangat bergilir2 batuk. Office sebelah tengah renovate kedai jadi berabuk tu yang tekak rasa gatal jer. 



Semalam masak ayam sambal sebab teringat2 ayam sambal mak masak haritu. Macam tak puas jer makan. Repeat lagi masak semalam. Kak Elly kalau masak ayam sambal prefer guna ayam potong kecik2. Bila makan ambik 2 - 3 ketul baru puas. En Win kalau korang tengok dia makan lagi selera. Dia ambik sambal banyak2 gaul dengan nasi panas2...perggghhh



Kalau masak ayam sambal lawan lauk dia Suun Sup kentang. Baru lah selera tu naik. Lepas tu goreng ikan masin sepat...barulah terangkat.

Resepi Suun Sup kentang ni senang bangat

Tumbuk udang kering dan bawang kecik sebijik (lagi banyak udang kering lagi sedap). Panaskan minyak...minyak jangan banyak sikit jer. Tumis barang yang ditumbuk (jgn lama2 sangat) lepas tu masuk kan 3 cawan air. Bila dah mendidih masuk kan suun dan kentang. Perisa kan dengan garam dan serbuk maggi 3 rasa tu. Dah siap senang kan!! 



Ini sahur pagi tadi. Goreng kan ayam kunyit berselera si kenit ni makan. So far adik tak ada masalah berpuasa. Dia ceria jer. Balik sekolah bukan nya tahu letih...terus berlatih lompat bintang. Minat bebenor sukan gymnastic ni.


Ini tuan belog dah lama tak tepek gambar syok sendiri dalam kereta. Bila kiri kanan tak nampak cepat2 snap...hahaha. Ok lah Selamat berpuasa korang!!




5 comments:

intandayani said...

Eh sape tiru sape ni?kak Elly tiru kak Pila ke cane?

Allene typicalmommy said...

mknn simple tu yg menyelerakan

Atie said...

Kalau masak ayam sambal lawan lauk dia Suun Sup kentang. Baru lah selera tu naik. Lepas tu goreng ikan masin sepat...barulah terangkat.

***sama sangat tu macam cara saya..haha..mkn mmg berpinggan2 la.

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Farah Waheda Wahid said...

walaupun simple tetap nampak sedapppp....