Nuffnang Advertisement

Monday, June 22, 2015

Happy Annivesary!!


Alhamdullilah dah 13 tahun kitaorang kawin dan ini lah tahun pertama kita orang lupa nak wish atau gi makan2. Tetiba2 aku terbangun kul 1pagi terus kejut kan En Win yang tengah berdengkur macam kuda tu. "Pa..Pa..Happy Anniversary". Ok2". Kiss pipi terus tidur balik. Tak ada langsung adegan romantik lagi. Ingat dia pura2 tidur bila aku wish terus hadiah keluar ker....nando ya dia sambung berdengkur balik. Aku pun tidur jer balik tanpa rasa nak merajuk sikit pun. Lantak lah situ janji dah wished kan...gitu konsepnyer.



Harus lah cari gambar berdua waktu tengah kurus tak sanggup nak tepek gambar terkini pitam tgk gambar sendiri nanti. Korang tunggu ya lagi 2 bulan jer lagi i kurus...hahaha. Itu jer janji aku. Nampak makanan janji tinggal janji.

En Win seorang lelaki yang sempoi, tak banyak kerenah. Selalu utamakan family. Masak lah apa2 pun jarang dia complain. Semua benda selera jer dia makan. Kitaorang jarang bergaduh. Paling lama pun tak sampai satu jam. Dia cepat mengalah walaupun dia tak salah. Tak suka masam muka lama2. Sabar dengan kerenah aku dan anak2. Mmg jarang sangat melenting sebab dia tak suka nak fikir benda yang remeh. Dia susah hati kalau tengok muka aku masam. Dia tak senang duduk kalau aku merajuk. Dia seorang yang tenang dan jarang melenting. Berbeza giler dengan aku. Cepat melenting, kuat membebel dan kurang sabar. Jodoh ditangan tuhan dan semestinya Allah berikan jodoh yang terbaik untuk kita cuma kita kena tahu macam mana cara nak sesuaikan diri antara satu sama lain.

En Win bukan seorang yang romantik tapi dia peka dengan benda yang aku suka dan tak suka. Kita orang jarang berahsia sbb En Win suka bercerita suka share semua benda yang dia buat. Dia macam kanak2 yang suka dimanjakan. Tak kedekut tapi terlalu kuat bekerja. Tak boleh berpisah lama sebab kitaorang tak biasa berjauhan. Kitaorang nampak jer pasangan yang sempoi tapi disudut hati saling mencintai dan itu tak pernah pudar dari dulu lagi. Masih cintan cintun macam dulu lagi (matilah korang muntah darah baca statement ni) hahahah. Sahaja jer bagi korang terbakar sikit bila baca...hahahaha

Tipulah kalau aku cakap tak pernah bergaduh tapi jarang ambik masa yang lama. Sedar dengan kesalahan masing2. Cuma mulut aku jer berat sikit nak mengalah...hahaha. Tapi aku senang dipujuk.   


Sayang...Hidup i berubah sejak kenal u. Walaupun kita pernah diduga tapi dugaan itu kita dapat tempuhi dengan kesabaran. Berubah dari yang tidak baik menjadi lebik baik. Semua orang membuat kesilapan dan yang paling penting kita belajar dari kesilapan lalu. Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke Jannah. Love u so much.....

Handbeg tak ada ker??? hahahaha


12 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Sweet, Happy Anniversary kak elly dan en win, moga bahagia hingga ke jannah.

Chekgu Azrine said...

Happy anniversary kak engku..
Semoga berkekalan hingga hujung nyawa..

Jueliza Jamani said...

so sweet kak.. happy anniversary kak

Farah Waheda Wahid said...

happy anniversary kak elly...

I-am-Cheeky Kitty said...

Awwwww, Happy Anniversary to you both! Insya Allah, bahagia sentiasa dunia dan akhirat!

Nurzakiah Hanum said...

happy anniversary sis

intandayani said...

Happy anniversary kak..Jeles tgk akak dgn en win ni

!EFIL said...

Ayat last paling menarikkk 😬😬😮

mama tisya said...

Happy anniversary.. Smoga berbahagia hingga hujung nyawa... Ayat last paling win..Hehe

miss eimanhikmah said...

Happy Annivesary!!

finn said...

happy anniversary sis.. muka adik mcm muka papanya. baru perasan ^^

Miss Sparkler said...

HAPPY WEDDING ANNIVERSARY! MOGA SENTIASA BAHAGIA SAMPAI BILA2 :)
Salam dari http://harinumunirah.blogspot.com/