Nuffnang Advertisement

Tuesday, June 9, 2015

Cadbury Marvellous Creation


 Kalau cite pasal Cadbury ingat kecik2 dulu kalau gi supermarket senyap2 jer letak dalam trolley. Bila time bayar abah jeling jer muka aku...waktu ni muka dah kebas sebab takut tapi buat dek jer lah sebab nak makan punya pasal. Lepas tu kalau makan sorok2 dalam bilik siap kunci pintu sebab tak nak share dengan adik beradik. Mana blh share...Coklat Cadbury ni sedap ok. Tapi dulu Kak Elly suka makan yang kosong tu...tapi now bila rasa yang baru punya variant lagi lah bertambah kedekut dengan anak2...hahahaha. Kesedapan tu jap lagi Kak Elly cite ya. Bagi korang telan2 ailio dulu.

Sabtu lepas (9th May) Kak Elly dijemput utk join Marvellous Creation Carnival di Sunway Pyramid tapi sayang lah anak2 tak dapat ikut memasing ada kelas ganti hari tu. Takpe marilah kita enjoy seorang diri. Bila sampai jer kat Carnival tu bulat2 mata Kak Elly...cantik sangat ni terus jadi teruja dan lupakan anak2 sekelip mata...hahahaha


Nampak tak korang, cantik kan...macam berada disuatu tempat yang lain...tempat penuh keriangan..gitu. Serious bila nampak tempat ni jer terus mulut tak boleh tutup asyik nak senyum jer. Terus rasa macam kanak2 riang....hahaha


Ada beberapa games juga disediakan untuk pengunjung


Tujuan Carnival ni adalah untuk memperkenalkan coklat terbaru dari Cadbury Dairy Milk iaitu Marvellous Creations. Ada dua perisa - Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Candy, dua2 sedap tak tahu mana satu kegemaran kita. Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations mula dipasarkan pada bulan May lepas.



Tengah2 melawat kawasan Kak Elly diberi peluang untuk merasa two variant Cadbury Marvellous Creations yang baru.....bila masuk jer kedalam mulut...nak telan ailio jap....tengah type ni boleh terbayang2...hahaha. 

OMG!! Cadbury Marvellous Creation sangat berlainan full of suprise, rasa melting, rasa meletup2 bila masuk dalam mulut...tak tipu korang rasa meletop2 ada magic pop bila terkena kat lidah. 

Jelly Popping Candy ni lah yang meletup2 bila masuk dalam mulut dan Peanut Toffee Candy bila makan korang boleh rasa kacang dan cookies di dalam coklat Cadbury ni...besar2 pulak tu. Huaaaa sedapnya. Masa event hari tu dapat 2 variant ni dalam goodie bag...Kak Elly awal2 dah sorok yang besar tu...anak2 makan yang saiz kecik. Tapi kan korang tetap hilang jugak dari pandang mata..berebut2 ya. Tak sampai 5 minit licin kitaorang 4 beranak makan.

Ada 2 size yang besar 160 gram RM8.90 dan bar kecik 40 gram RM2.90...berbaloi kan. Beli besar terus barulah puas hati...anak2 beli yg kecik sudah...hahaha.  



Tetamu VVIP pada hari itu adalah Dato' Siti Nurhaliza. Dato' Siti dimintak untuk memberi ucapan sepatah dua kata dan berkongsi rasa tentang Candy Marvellous Creations. Dato' Siti pun sama tau macam I teruja bila makan Cadbury yang baru ni. Rasa macam ada pesta dalam mulut - pelbagai rasa bercampur!




Dato Siti merasmikan Marvellous Creations Carnival



Lepas bunyi horn jer terus belon2 jatuh.



Pengunjung juga diberi peluang utk bermain games dengan Dato' Siti...tapi kena lah jawab soalan yang diberi. Puas Kak Elly angkat tangan kat belakang tu tak ada orang pun nampak...hahaha
 


Games ni mmg Dato Siti hebat giler...semua bola yang Dato' lontar masuk terus dalam jaring. Mmg kalah lah budak kat sebelah tu...


Sementara Games tengah berlangsung Kak Elly sempat lah gi jalan sana sini bergambar...lepas tu mkn lagi chocolate Marvellous Creation yang mereka sediakan.
 


Nasib ada Ceera haritu. Ada lah peneman di kala sunyi.



Nak jugak jadi macam Dato' Siti main sebelah tangan jer...nampak terror sangat ni. Tapi tak masuk langsung...nampak markah tu tak berganjak langsung....hahaha
 

Dah puas berjalan sana sini sambil mulut kunyah Cadbury Marvellous Creation nampak ramai orang berpusu2 nak tangkap gambar ngan Dato' Siti...mmg tak lah lepaskan peluang ni. I pun sanggup bertolak2 demi penyanyi pujaan hati dan akhirnya berjaya. Ceera mata kau pandang mana tu?? Sibuk jer nak bercakap.


We had so much fun..happy sangat haritu satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Thanks Cadbury!!


More information korang blh click FB dan Website Cadbury Dairy Milk. 



8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya sis

Farah Waheda Wahid said...

baca entri ni terbayang coklat dan tiba-tiba terasa melt in my mouth...ha ha ha...

Jueliza Jamani said...

bestnya jumpa dato ct

Afidah Azmi said...

coklat kegemaran Fida gak..tapi sebab kes hari tu...kurang sikit dah sekarang...
Dato CT memang pakar main nett ball la kak...

Afidah Azmi said...

coklat kegemaran Fida gak..tapi sebab kes hari tu...kurang sikit dah sekarang...
Dato CT memang pakar main nett ball la kak...

cik mah said...

Bestnyer...hr tu cari coklat ni xde pulak...hrp2 nnti adalah..

εïзmummyHazaεïз said...

Hehehe tinggi nye dato siti 😆

Shida Idris said...

kak elly, honk bukan horn...hihi. sharing is caring