Nuffnang Advertisement

Monday, June 22, 2015

Buka Puasa - Day 2,3 dan 4


Telan2 ailio lah korang bulan ni. Entry sebulan khas untuk makanan jer. Bukan apa saling bantu membantu bagi idea apa yang nak dimasak. Itupun kalau rajin...kalau tak seminggu jer lah gambar lauk...hahaha. Aku ni bukan betul datang mood malas satu lauk jer aku masak...kalau rajin dengan dessert sekali aku buat. Tapi mood nak buat dessert belum datang lagi. Korang tunggu jer lah ya.


Buka Puasa - day 2


Ayam masak merah...resepi ambik dari blog Azie kitchen. Korang boleh click kat sini Ayam Masak Merah . Wajib cuba sebab secukup rasa. Enak dan lazat.



Asam Pedas.

Bahan2
* Ikan merah (ikutlah ikan apa korang suka)
* 1 biji tomato dibelah 4
* Bunga Kantan
* Daun Kesum
* Air asam jawa (semangkuk)
* 2 cawan air
tapi kak Elly lebih kan air asam jawa sebab suka rasa masam2 sikit

Bahan2 Kisar
* 1 Biji Bawang Besar
* 3 biji Bawang Merah
* 3 Biji Bawang Putih
* 15 - 20 tangkai cili kering
* 1 sudu kecik kunyit

Cara
Tumis bahan2 yang dikisar sehingga pecah minyak. Masuk kan air asam jawa dan air. Biar kan sehingga mendidih. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih. Perlahankan api masuk kan tomoto


Buka Puasa - Day 3

Kak Elly buka puasa rumah mak. Jadi tak yah masak tinggal makan jer. Sedap melampau ni!!
\


Pari Kering Sambal

Mmg paberet aku dengan En Win. Masakan turun temurun katanya. Ramai yang kurang tahu tentang masakan ni. Meh Kak Elly share resepi Pari Sambal ni ya.

Pari kering di bakar tapi jangan sampai hitam. Bakar sikit2 jer. Mak aku pesan jangan beli Pari kering bulat yang tu kurang sedap kalau masak. Beli pari yang bentuk daun tu.

Lepas bakar...korang kena tumbuk2 bagi kembang lepas tu baru siat2kan pari tu.

Bahan2
Bawang putih dipotong kecik
Bawang besar (dikisar)
Cili kering (di blend)

Tumis bahan2 di atas sampai kering dan garing lepas tu masuk kan Pari. Itu jer...senang kan.



Gulai lemak ketam



Ayam sambal


Sahur Day 4


Adik nak sangat makan Mee Hoon Soup Chinese Style sebab esoknya dia ada latihan gymnastic jadi nak makan banyak katanya. Tak sampai hati masakan jugak pagi tu. Kak Elly pernah share resepi ni kat blog korang blh click Mee Hoon Soup Chinese Style



2 mangkuk dia makan pagi tu..sampai muka sekali termasuk dalam mangkuk...hahaha

Buka Puasa - Day 4


Papadom ni pun si kecik tu nak makan. Goreng kan siap2 satu balang sedap nak makan nanti.



Kari Daging paberet Yaya



Asparagus goreng



Ayam goreng kunyit

Itu jer lauk buat masa ni...kita berjumpa lagi esok hari ya!!

Selamat berbuka










3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya tgk ikan merah nie

!EFIL said...

Kak ellyyyyy kita try resipi ayam goreng remoah blog k elly, sedapppp.. Anak sampai mintak lagi the next dayyy.. Tq k elly!

intandayani said...

Aikk saya pun baru je usha ayam masak merah kat blog azie kitchen