Nuffnang Advertisement

Thursday, June 4, 2015

Benda baru

 
Ingat lagi waktu tu kami bertiga tengah makan2 lepas tu terlintas nak cari duit lebih, nak cari duit sampingan. Dari duduk sahaja why not kita cara satu benda yang kami semua minat. Puas lah fikir itu ini...bangkang sana sini dan akhirnya Allah telah membuka jalan untuk kami.
 
Tapi bukan benda yang mudah...kitaorang ni bertiga pendapat selalu tak sama dan berbeza. So kena bagi peluang sorang2 luahkan pendapat. Kena betolak ansur. Jangan cepat melenting kau jer pendapat betul orang lain semua salah. Tak boleh macam tu ya...
 
Bila sesuatu benda yang kita minat dan suka ,benda yang kita buat akan menjadi lebih senang. Kitaorang menjadi excited bila perbincangan dibuat. Masing2 tahu apa yang perlu dilakukan. Jarang merungut dengan tugasan yang diberikan. Dari A sampai Z mmg kitaorang yang handle. Bukan sebulan dua ya tapi almost a year kita orang berbincang. Bila kami yakin dan semua sebulat suara maka terhasil lah Ellfie.
 
 
 
 
Alhamdullilah sambutan yang diberi sangat2 baik. Satu hari almost 60 - 70 postage kita orang kena uruskan. Waktu tu aku masih lagi bekerja. Hujung minggu mmg kat sini lah tempat kami. Di rumah peej jadi tempat kami berkumpul. Kalau ada masa kita orang take turn datang waktu malam uruskan mana yang patut. Duit keuntungan kami tak ambik rolling mana yang patut.
 
 
 
Setiap petang bila urusan postage dilakukan Peej akan snap gambar dan hantar ke group. Terus hidung kitaorang kembang2. Terus semangat naik tinggi. Hanya kami sahaja jer yang tahu bukan senang bila dah masuk dalam bidang perniagaan. Pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Berbulan jugak lah masa bersama anak2 dan suami terpaksa kami tolak ketepi.
 
Bila kitaorang decide nak besarkan perniagaan supaya lebih mudah dan tersusun kitaorang ambik masa untuk berfikir. Waktu ni kitaorang terpaksa masuk sekali suami2 dalam perbincangan.
 
Ini lah peluang yang perlu aku ambik...bidang yang aku minat sejak dari dulu lagi. Aku tekad untuk berhenti kerja dan sama2 naik kan nama Ellfie. Satu keputusan yang berat tapi aku yakin kitaorang boleh lakukan.
 
Maka bermulalah kehidupan aku di office yang baru. Ambik sorang staff yang akan uruskan segala postage dan yang lain aku dengan Peej yang akan uruskan.
 
 
 
Sedikit demi sedikit kita cuma kembangan perniagaan. Upgrade itu ini. Kalau dulu guna plastic bagi kat agent sekarang kita orang dah mampu sediakan kotak. Kalau dulu barang loose semua togel2 bila bagi kat customer sekarang nak upgrade sikit masuk kan kedalam kotak yang lebih cantik.
 
Lebarkan sikit cara Marketing, buat photoshoot, dalam proses nak buat website dan macam2 lagi. Pelan2 kayuh...kami budak baru belajar.
 
Kalau nak dibandingkan gaji dulu dengan sekarang mmg jauh berbeza. Kat office baru ni tak boleh lah nak letak gaji menggunug tinggi lepas duit makan dengan duit kereta pun dah cukup. Kena ikat perut sikit...insyaallah adalalah rezeki tu nanti. Kalau kuat berusaha kuat untungnyer kannnn...hahaha.
 
 
Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email: agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh Whatsapp/sms 013-2755197 atau pun dapatkan dari Agent sah kami :)
 
 
 
 


 
 
 
 









4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow great

Nurul Syamimi said...

hi sis elly..sy bru je bankin td n dah email slip..did u receive..thanks..

Atie said...

so proud of you Ellfie Team

dongmei pan said...


Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/