Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 5, 2015

Yaya Birthday


Sabtu lepas...2nd Mei birthday Danea Irfan yang ke 12 tahun. Dah besar budak ni tinggi giler. Perangai pun boleh tahan ni kuat merajuk kuat memberontak sebijik macam perangai aku dulu2. Bila tengok dia buat perangai dengan muka muncung2 terus terdetik dalam hati "Wei! sebijik giler perangai aku dulu2" macam ni lah perasaan mak aku dulu agaknya rasa nak terkam jer munjung panjang tu. Serious aku ngan Yaya ni mmg ada 'Panas' sikit. Tak boleh berbincang mesti bergaduh punya. Dia start menjeling dan menjawab jer aku start naik hantu mmg masak lah aku kerjakan. En Win sampai fade up sebab aku dengan Yaya akan mengadu benda yang sama setiap hari...hahaha.

Dah lah barang aku habis hilang dia kerjakan. Semua masuk dalam bilik dia. Lepas tu bila tanya buat macam tak ada apa2 terjadi. Tak banyak bercakap...suka buat hal sendiri tapi degil, nak orang dengar cakap dia jer.
 

Birthday gift dia mintak En Win belikan Ipod...mmg aku bangkang lah. Melampau sangat permintaan tu...eh! sedap mulut jer nak Ipod. Tak ada ya...Ipod mama tak mampu. Merajuk dekat 2 hari aku buat bodoh jer walaupun tak sampai hati. Dah pesan awal2 kat EnWin jangan nak lembut hati sangat sebab kitaorang dah beli sesuatu yang akan buat dia meloncat kegembiraan nanti.


 

Sejak Yaya usia setahun, ini lah rutin kitaorang...tepat pukul 12 malam nyanyi ramai2 lagu birthday. Tak pernah buat birthday party jemput kawan2 ker atau buat surprise...sebab aku mmg pemalas nak organize party ni. Siapa nak tolong kemas...nak order makan semua...nak cari party pack. Tak kuasa aku...makan2 dengan keluarga jer lah. Lagi best kan...
   


Next day tanya Yaya nak makan kat mana....dia jawab nak makan Pizza jer. Mmg paberet dia dari dulu lagi. Ok bertambah senang kerja Mak kau ni...panggil reramai walaupun keluarga En Win ada 3 orang jer tambahan tapi tetap meriah.



Nen dan aunty Shira bagi duit suh dia beli sendiri hadiah kesukaan....tu dia kasut lagi. Tapi kan apa pasal kasut budak kecik tu ada sekali...menyelit jer. Lepas tu buat pegang2 kasut tu tak nak lepas...korang ni kan mmg pandai berlakon ya. Mmg tak sampai hati lah aku nengok... 



Surprise kan Yaya belikan ticket Demi Lovato. Penyanyi kesukaan dia dari dulu lagi. Semua album, magazine dan buku Demi ni dia simpan. Dia asyik hint jer nak gi concert ni tapi aku  buat2 tak dengar jer. Ambik seat VIP bagi dia tengok depan2 bagi dia puas hati...tak apa lah sekali sekali kan.



Hakikat nya aku dengan En Win dah tak kuasa nak pergi concert ni. Dah lah semua budak2 muda..eh! tetiba terselit lah pulak orang tua dua orang kat concert ni nanti. Sebelum nak ker concert tu aku ajak En Win shopping seluar jeans koyak2 bagi nampak trendy sikit...muahahaha. Keluar jer dari fitting room En Win tengok aku dengan muka semacam...tak sesuai Ma. Selalunya yang pakai seluar koyak2 ni peha diaorg kecik jer u dah macam peha KFC i tengok....huaaaa rasa nak tampar2 mulut En Win. Tak putus asa cari lagi jeans yang tak berapa koyak pulak kali ni...koyak sepi2 jer...hahaha.

Sampai jer kat KL Live Centre tak ada sorang pun mak budak semua budak2 remaja yang trendy2. Sambil beratur nak masuk diorang terjerit2 nama Demi aku dan En Win hanya mampu memandang sahaja.
 

Waktu beli ticket tu aku dah macam cuak sikit sebab kena berdiri. 'Free Standing' tapi depan pentas lah boleh nampak clear muka penyanyi tu. Tapi rasanya tak mampu nak berdiri lama2 mak kau dah tuo nak ooi.

"Pa...nape diorang tak sediakan kerusi"
"U jangan buat malu ya...ni concert ya mana ada orang duduk..orang semua nak melompat2 sambil dengar lagu"
 


Huaaaaa...tak rugi beli ticket mahal2...concert ni mmg best giler. Skill melompat dan meloncat masih segar dalam diri aku dan En Win. Enjoy giler dengan anak2 menjerit2 nyanyi sama2 walaupun aku tahu hujung2 jer lirik lagu tu. Tapi paling win dan lagu paling terror aku nyanyi malam tu lagu Frozen...Let it go....hahahaha.



We had so much fun malam tadi. Dah lama tak rasa keseronokan macam ni. Memasing sibuk urusan kerja sesekali dapat bersuka ria bersama anak2 rasa penah lelah selama ni cari duit berbaloi.

Happy Birthday Sayang...We Love u so much.

 







6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

happy bday yaya

Miss Volvo said...

KAHKAHKAH KELAKAR GILA TETIBA ADA 2 ORANG TUA KAHKAHKAH!!

Miss Volvo said...

OH LUPA HEHE HAPPY BIRTHDAY YAYA!! SEMOGA JADI ANAK YANG PATUH DENGAN MAK AYAH :)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Happy besday yaya...
Kejap nampak yaya..kejap nampak celine kat blakang tu..hahahaha...

faizura razak said...

Happy birthday yaya..bday yaya same like me..

miss eimanhikmah said...

happy besday..bestnyee tgk konsert lg tu