Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 6, 2015

office baru


Kalau fikir secara logik...kenapa lah aku nak pening2 kepala berniaga ni. Baik kerja 9 - 5 cukup bulan cucuk ATM dapat gaji. Tak perlu nak fikir marketing...tak perlu sakit kepala nak cari sales...tak perlu terkejar sana sini. Betul tak??

Tapi kalau fikir lebih mendalam lagi...sampai bila aku nak duduk jer berdiam diri...sampai bila tahap gaji macam tu jer. Umur dan semakin meningkat. Perbelanjaan semakin banyak.

Kalau nak kerja sendiri...macam mana pulak nak maintain. Buat nyer permulaan nampak cantik tapi tengah2 tak cantik jer perjalanan tu macam mana pulak.... 

Bukan satu keputusan yang mudah...kadang2 bila fikir benda2 yang indah muka tersenyum jer tapi bila fikir sebaliknya fikir tentang kegagalan jadi takut nak menempuh.

Kuatkan semangat...semua bidang kerjaya pun ada dugaan nya. Antara kita berani tempuh atau tidak...antara kita berani nak cuba atau tidak. Berjaya atau tidak tolak tepi dulu yang penting usaha. Doa banyak2 semoga semua dipermudahkan.

Alhamdullilah semalam Ellfie Beauty telah beroperasi sepenuhnya di office. No more rumah Peej lagi. Agent dan walk in customer blh datang dari 9 - 5 petang (Isnin - Jumaat)

Alamat
18-3, 3rd Floor, Block B
Platinum Walk, Jalan Langkawi
Danau Kotak, Setapak
Tel: 03-41444197 
 (Landmark: Shoplot sebelah Festival City Mall, betul atas Seng Heng)


Kak Elly nak share sikit gambar2 sebelum office Ellfie beroperasi. Hujung minggu aku, Peej dan Filla selalu dalam ketakutan kerana terpaksa meninggalkan anak2 dijaga oleh suami. Walaupun selalu buat gambar emoji tengah marah bila wassap balik lambat tetapi kitaorang sangat yakin suami sangat2 memahami...haha



Beli barang2 toiletries


Cuti 4 hari kita orang gunakan sebaik mungkin untuk mengemas dan memasang barang2 Ikea. Kak Elly ngan Filla sibuk kira stock dan susun segala Set tapi Peej kitaorang bagi perlepasan sebab dia mmg minat bidang pasang memasang ni. Aku pun tak faham apa yang terror sangat peej ni



Nasib Radie hebat part2 pasang memasang ni...kalau harap aku ngan Pilla mmg tak jadi lah meja ni.



Ini pun membantu gaks...tapi radie kena selalu check hasil kerja Ben..kang ada yang jatuh terlentang bila duduk kerusi ni



En Win punya tugasan dah selesai...waktu renovation hari tu mmg En Win handle...part pasang memasang tu pass kau orang lain pulak. 

Nampak tak betapa gigih nya Peej disitu...terkagum2 aku ngan Filla
 


Mulai semalam kita dah gunakan packaging baru. Ramai customer complain kata barang bila sampai dah berterabur. Ini kes Posmen main campak2 jer sampai terperlanting isi dalam. Insyaallah dengan adanya new packaging ni masalah akan selesai. Kalau tak stress kitaorang bertiga bila customer complain. Sian kat customer kalau dapat packing yang berterabur.
 


Ruang tamu...tinggal nak pasang wallpaper jer. Cantik sangat ni...hahaha.



Rack untuk letak Set Ellfie ini pun baru separuh yang sempat aku ngan Filla susun.
 


Day Cream and Night Cream

Siapa nak beli barang loose dah siap utk di jual. Korang dah boleh start order ya.
 


Toner dan Cleanser (Loose)


Ini lah rupa new packaging Ellfie Essence. Sesiapa yang nak order boleh wassap/sms 013-2755 197. Kalau nak walk in boleh refer address kat atas tu ya.










9 comments:

miss eimanhikmah said...

dekat je dgn rumah office ni..boleh pg kalau ada masa =)

Nurzakiah Hanum said...

all the best

Lynda Che Lah said...

congrats u'alls..
muah..muah.muah

Afidah Azmi said...

wah..bestnyer...teringin gak nak berniaga sendiri..tapi..sedih..modal tak ada...hanya sekadar jual tudung je kak,,tu pun bukan taip-tiap hari org nak beli.,

Cik Ecah said...

cantik ofis!
teruja tgk...

Cik Puan Eka said...

Tahniah kak elly,kak peej n kak pilla. Semoga berjaya. Amin.

fayreen mizan said...

All the best, Elly, Filla & Peej.

cik mah said...

Dekat je ngan rumah..slalu gak g kat area situ...

shima hanapiah said...

suka2 nanti nk try n walk in kedai...dekat ngan umah..