Nuffnang Advertisement

Monday, May 11, 2015

Mother's Day


Hari Ibu atau Mother's Day ni tiap2 tahun kitaorang adik beradik sambut tapi bukan lah meriah kebabom. Just berkumpul adik beradik bawak mak keluar makan. Tapi tahu ni nak suruh mak masak...hahaha. Dah lama tak jumpa Mak sempat called jer. Sampai merajuk mak aku kata kenapa dah lama tak jumpa dia. Korang ingat tak rasa bersalah ker...kalau boleh tiap2 minggu nak balik cuma masa tak mengizinkan. Kalau orang dengar macam alasan kan tapi mmg tak dapat...huaaaaa I sedih tau. Bercakap kat telefon ngan Mak pun rasa bersalah sangat perasaan ni...korang mana tau...eh!!

Semalam pakat adik beradik berkumpul rumah mak makan lunch sama2. Adik ngan Kak Long aku boleh tolong mak masak...aku cuma datang makan jer hari tu...muahahaha.



Giler hebat makanan kat atas ni...semua paberet Kak Elly. Ayam Sambal, Pecal, Gulai Lemak Ikan Bawal dan the best dalam dunia Pari sambal kering. Menanggis lemak dalam perut tengok.

Gambar keluarga tak ada sebab memasing gelojoh ambik tempat...Aku tak nak makan kat bawah. I prefer makan atas meja....hahaha. Budak kecik dan tukang masak sila makan dibawah...tetamu sahaja berhak duduk di meja...kahkahakah

Tanya Mak dia nak hadiah apa?

Ly...mak nak selipar tapi bukan selipar jepun ya. Mak nak Flip Flop. Amboi pandai mak aku pilih.
 


Aku ni ada sikit perangai pelik...New Year, Birthday, Mother's Day dan Anniversary kena beli baju baru. Sebab ni semua tarikh penting jadi aku nak nampak cantik hari tu..En Win kata aku giler. Bukan En Win jer...Peej ngan Filla pun kata aku giler sebab aku cakap nanti nak masuk Office Ellfie aku nak potong rambut dgn cari baju baru barulah nampak 'new me'. Tapi diorang kata aku over...eh! suka hati lah.
 


Malam...En Win ajak aku ngan MIL keluar makan2. Selesai makan En Win bawak makan dessert pulak.


kenalah suap2 kata Mother's Day. Anak2 tak yah suap sebab semalam dah suap...hahaha




Lagi satu perangai pelik...ini bukan pelik ni ngado namanya...hahaha. Kak Elly kena beli hadiah untuk diri sendiri...kecik pun jadilah asal tanda ingatan untuk diri sendiri. Satu kepuasan setelah penat mencari duit..gitu konsepnya.

Kak Elly nak ucapkan Happy Mother's Day untuk Ibu2 diluar sana. Chow dulu kerja melambak...tinggal 4 hari jer lagi!!


 

9 comments:

bekskankin' said...

hepi to see ur life..

Suhana Mohd.Diah said...

Happy Mother's Day sis..

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Latifah said...


Happy mother's day elly..

LatifahFazri

FadMN said...

mcm mana buat pari sambal kering tu.mcm serunding nampak.terliuq sudah


FAD

Nurul Idayu Zainal Abidin said...

Kecik tapi mahal! 👍👍👍😜😜😜

Afidah Azmi said...

happy mother's day to you kak..semoga menjadi ibu/mama/bonda yang sukses kpd anak2 yer..

Gyree said...

hepi mother's day to all mommies...
http://gyree.blogspot.com/

Mrs pink said...

kak elly .. ayam masak merah a.k.a ayam sambal tu so tempting. rasa mcm akak dh pernah bg resepi but nak req again the recipe. hehe. happy for u kak elly