Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 20, 2015

Masih jauh lagi untuk melangkah….


Hebat sangat rasa sekarang ni masuk kerja kul 9.30 pagi jer. Bila masuk office terus jerit 'Good Morning' kat staff. kembang2 hidung terus masuk bilik perasan boss...check diary aktiviti hari ni apa yg perlu buat. Lepas tu check email dan reply wassap dari customer. Tetiba dgr bunyik org masuk terus lari kat meja luar...alamak peej! larik kang dia kata aku poyo...hahaha.

Walaupun diorg sedia kan bilik utk aku duduk buat kerja...mmg x lah aku duduk kat dalam tu. Aku prefer duduk luar buat kerja sambil borak2. Cuma kalau ada yang nak discuss atau nak buat kerja penting baru masuk bilik. Aku bukan boss ya..bilik tu mmg share untuk kitaorg bertiga. Disebabkan aku handle dan urusan benda2 yg sulit dan penting itu yg ada bilik khas utk aku. Taraf semua sama ya...takde boss kat Ellfie ni.

Sekarang ni mmg banyak benda kena fikir...kena atur satu2. Kena fikir pasal marketing...raya nak dekat kan. Eh! Korang x nak cantik ker...dalam hanya 3 - 4 minggu Ellfie dapat membantu sesiapa yg punya masalah kulit. Ellfie...Ellfie baru lah selfie....kahkahkah.

Minggu ni aku ngan Peej banyak kerja luar uruskan itu ini. Kena makesure Produk mencukupi...arrange photoshoot utk produk dan mcm plan lagi. Insyaallah kitaorg dlm proses nak keluarkan produk baru...tungguuuuu

Filla uruskan agent2...sesiapa nak tambah pendapatan blh lah join jadi agent Ellfie Beauty. Insyaallah kita akan membantu agent meningkatkan jualan dgn membuat pelbagai promosi dan marketing. Sambil2 buat kerja office tu korang blh menambahkan pendapatan. Contoh kitaorg ni tak buat Cod cuma online sahaja...jadi kalau customer nak dapatkan set dgn segera selalu nya kita akan berikan contact2 agent yg berdekatan. Ellfie team mmg selalu bantu agent utk meningkat sales mereka. Kalau berminat utk jadi agent cepat email agent.ellfie@gmail.com 

Kalau ingat2 balik 3 bulan lalu...duduk lah kitaorg kat hall rumah peej sambil buat kerja...dengan barang bersepah belum campur lagi dgn kucing2 peej kehulur kehilir langgar barang. Sian rumah peej kitaorg jadikan store. Bila dah ada office ni kerja semakin teratur...baru lah tak serabut kepala ni. Paling kesian peej lah rumah dia jadi mangsa tu belum campur barang yg peej jual lagi. Dulu kalau tgk Ben tgh mengemas kecut2 perut aku ngan Filla.  

Sekarang bila semua benda dah teratur..baru lah berani plan itu ini. Baru lah berani nak keluarkan produk baru, barulah berani ambik agent ramai sikit, baru lah berani buat marketing besar2 sikit...bukan satu keputusan yg mudah waktu kitaorg decide nak besarkan sikit perniagaan ni. Tiap2 hari kitaorg berenam mtg...ya dgn suami2 sekali kena bincang. Biar semua setuju biar semua faham. Dah dapat persetujuan dan kata sepakat baru berani melangkah. Sampai sekarang apa2 keputusan yg nak di buat kitaorg ajak suami2 bincang bersama. Mintak2 semua berjalan dgn lancar.

Tapi kena selalu ingat lah dalam perniagaan ni ada pasang surut...ada masa maju ada masa suram. Adat lah berniaga. Hasad dengki org keliling nak jatuh kan antara satu sama lain mmg ada dlm dunia perniagaan. Antara kuat dgn tak kuat jer...jatuh org tepuk tangan berjaya pun org tepuk tangan. Cuma kadang2 emosi tak blh dikawal itu yg blh jadi tertekan. Kitaorg ni masih baru dlm bidang ni banyak selok belok yg kena lalui kena hadap satu2 sbb perjalanan masih jauh.."ingat gagal sekali bukan bererti gagal selamanya". Jatuh beberapa kali pun janji semangat kena kuat cuba bangun walapun menggunakan tongkat.












8 comments:

Norhayati Othman said...

Tahniah untuk Kak Elly & Ellfie Team..di akui memang produk Ellfie sgt bagus..Semoga terus maju atas usaha & diberkati Allah s.w.t.

Afidah Azmi said...

ya kak..akan ingat pesanan akak ,kak filla dan kak peej...

FadMN said...

suka tengok you guys nyer friendship.semoga terus berkekalan selamanya.

FAD

misz sheyla said...

Insyaallah berjaya ... salute la dengan semua sbb berani buat benda ni..

zaza said...

Ellfie...Ellfie baru lah selfie. Memang best la kak.

Dils said...

So sweet. Good luck and moga your business continue berkembang.

Haris Zuhaina said...

AS Salam
Ari tu penah deal one of yr dealer kat rawang, sekali call,stok ada di ampang :(

Fairuz Jaafar said...

nampak Ellfie dekat insta elfira loy. laju je kerja Kak Elly n partner.

Ellfie baru selfie.. huhu.