Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 20, 2015

Manusia sekarang ni semakin kejam

 
Semalam tengok berita tentang budak kecik yang kena lambung macam roti canai tu rasa mengigil satu badan. Aku ngan En Win mengucap panjang. Mak jenis apa ni tak ada perasan. Dengar2 cite mak budak ni dah kena tangkap pun. Punca dia lambung budak kecik tu sebab suami dia tak balik rumah so nak tunjuk video tu kat suami dia supaya takut sikit. Macam ni punya orang pun ada ker??? marah laki anak jadi mangsa.
 
Kenapa kes2 macam ni terjadi kat orang melayu jer....pelik sangat. Korang rasa apa punca sebenarnya sampai boleh sampai ketahap ni?? Tak cukup ajaran agama ker? hasutan syaitan?? terlampau ikut perasaan?? macam nak bantu orang2 macam ni??. Aku rasa yang hanya boleh bantu adalah diri sendiri...kena kawal perasaan marah tu. Jangan terlampau ikut perasaan. Kalau gaduh laki bini kalau boleh jangan babitkan anak2. 
 
Aku kalau bergaduh dengan En Win jarang depan anak2...selalunya aku akan tutup pintu baru gaduh kaw2...lepas tu turun macam tak ada apa2 yang berlaku...siap blh makan sama2 lagi. Tak elok tunjuk perasaan marah tu depan anak2. Paling kuat pun aku jeling tajam jer kat En Win.
 
Macam mana nak kawal marah....of course bila kita marah benda2 negative akan datang dan hasut. Aku tak nafi dulu aku berperangai macam perempuan giler, bila marah jer tak fikir panjang rasa nak mengamuk terus jer melenting terjerit2...baru rasa puas baru perasaan reda tapi kesan dari aku marah tadi tak mendatangkan apa2 faedah pun...keadaan menjadi lebih teruk dan tak selesaikan apa2 pun. Cuma hati yang panas tadi tu jer reda.
 
Sekarang pun aku kuat gaks melenting tapi dah boleh kawal sikit2. Aku tak terus melenting...aku diam jap lepas tu fikir apa yang aku patut jawab. Kalau rasa tak perlu menjawab aku biarkan...'mengalah bukan bererti kalah'. Kalau aku rasa perlu jawab atau balas baru aku berdepan. Tapi selalunya aku banyak berdiam malas aku nak layan orang iri hati dan dengki ni.
 
Syaitan ni mmg suka hasut bila orang tengah marah...lagi satu factor usia. Darah muda lah kata kan. rasa diri tu sentiasa betul tak fikir panjang. Nak bantu orang macam ni agak sukar sebab benda2 macam ni yang hanya boleh bantu hanya diri sendiri jer.
 
Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan...kita tak tahu setakat mana kita boleh kawal emosi kita sendiri. Ya Allah lindungi lah aku, keluarga ku, kedua ibu bapa ku dan seluruh manusia di muka bumi ini.
 
Fikirlah sebelum melakukan sesuatu...kesian orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Menjadi mangsa kepada orang yang tidak boleh mengawal kemarahan dan yang paling sedih mangsa itu adalah seorang kanak2 yang tidak berdosa.
 
 

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sangat kejam kan

Malinda said...

elly baby yg kene kerat 15 tu lagi sadis...dasar manusia iblis harap2 tuhan bagi pembalasan setimpal dgn kekejaman dia....

Farah Waheda Wahid said...

psiko betul main lambung-lambung budak ni...

miss eimanhikmah said...

mmg sedih tgk video tu..tu tak tgk lagi budak yang potong 15 tu..huhuhu

Afidah Azmi said...

Fida dulu pun kalau marah..habis bungkus kain baju dalam beg...tak pun masa memasak mulut duk membebel je...

yoorin melacolea said...

betul tu kak Elly.. x patut rasanya kalau gado laki bini depan anak2..pastu lepaskan marah kat anak.. geram betul tengok video tu nak nangisss rasa...selalunya mata main peranan.. jeling tu je dah cukup bawa makna marah laa tu..hehehe