Nuffnang Advertisement

Monday, May 25, 2015

Cite adik lagi

 
Korang ada tak wassap group dengan cikgu dan mak2 dalam kelas anak korang. Aku join lah wassap group tu supaya senang aku tahu perkembangan dalam kelas. Ada homework atau pun tak...lukisan kena bawak bahan apa, ada kelas tambahan ker. Jadi tak blh lah adik menipu aku...hahaha. Tapi aku cuma silence reader jer dalam wassap group. Aku jarang komen kat situ.
 
Aku ni jenis akan ambik tahu pelajaran yang penting jer...subjek yang masuk dalam UPSR aku akan monitor kaw2. Tapi subjek macam Muzik, Sejarah, Lukisan aku tak tekan kan sangat...haha. Giler kan...orang patutnya ambik tahu semua aku suka2 jer pilih mana yang penting. Bagi aku subjek yang lain dah lulus pun aku dah happy aslong jangan lah sampai D atau E. C ok lagi...matilah mak perangai macam ni.
 
Sampai lah hari tu semua mak2 kat group wassap bising sebab Cikgu tak buat exam untuk subjek Muzik...eh! aku macam tak buat exam lagi bagus kan...kenapa nak gaduh2 ni...hahaha. Akhirnya Cikgu mengalah terpaksa buat gaks exam utk subjek Muzik. Wah! hebat betul lah sampai subjek Muzik pun diorang ambik berat...terus aku telan2 ailio. Nampak sangat berbeza dgn aku ni...tapi biarlah itu cara diorang kan. Tak semua cara mendidik tu sama.
 
Ingat lagi mula2 adik masuk tahun Satu...diorang bagi pilihan nak belajar Bahasa Arab ataupun Bahasa Cina. Of course aku nak adik belajar Bahasa Arab tapi penuh pulak kelas tu jadi masuk kan adik kelas bahasa cina. Korang bayangkan sekarang adik dah masuk darjah 4 aku sikit pun tak tanya perkembangan kelas tambahan bahasa cina yang adik pelajari. Sampai lah minggu lepas dia tunjuk kertas exam bahasa cina.    
 
 
 
 
 
Adik dapat 94 markah. Aku ngan En Win macam tak percaya...haha.
 
En Win: Betul ker adik yang tulis ni
 
Adik: Betul lah Papa
 
Aku: Betul ker adik yang buat ni...cantik sangat tulisan ni. Cuba adik tulis balik
 
Sekali dia tulis balik sebijik sama...lepas tu aku suruh dia baca tulisan tu...giler wei sebijik suara cina. Terror gila budak ni...bila masa kau belajar nak ooi. Tak tahu nak hantuk kepala sendiri kat dinding atau nak peluk sambil nangis kuat2...hahaha.
 
 

15 comments:

Afidah Azmi said...

mudah kak kalau dia pandai bahasa cina..mudah masa depan dia...

FadMN said...

kihkihkih.lawak la kak elly .


FAD

Sidratul Muntaha said...

ahaha
hantuk kepala kat dinding tu yg tak tahan tu

miss eimanhikmah said...

hahahaha..dia sebenarnya ada mak angkat cina,kak elly tak tau..hahaha

rohayaroy said...

hehehehe klakar laaa... tu la kadang subjek yg mana ibu bapa tak fokus sngat .. tapi mungkin adik minat kot.. tu yg boleh score 94 tu. hehe tokojut omak eh..

Me said...

Bagus, bijak adik! Mandarin ni bukannya senang...keep it up girl....
Sangat suka kalau orang pandai bahasa ni......satu cara untuk kita jadi bangsa yang maju.....

Vel Augustine Sukaw said...

Hahaa.. Satu kelebihan dh tu pandai cakap cina.. Nanti nk mntk keje pun senang.. Gud job adik *clap clap clap*

ibunurin said...

Bagusnya adik.... Good job...
Sy ni pening pikir cmana nak ajar anak bahasa Cina tu..heheheheh.. Sudahnya mak fokus kat paper exam yg penting je la...

QASEEH HATIKU QASEEH said...

sy paksa anak pilih subjek mandarin tu..wlu pn anak tak mau..sbb da 3 tahun dia pre skul kat tadika cina so why not utk terus kan..anak suka subjek bahasa arab..lps tu bila kluar paper exam tengok markah anak ..rasa2 nak pingsan pn ada..hehehe..yr end last yr..ckp dgn cikgu nak tukar subjek sbb bahasa tu anak sy x suka..exam bahasa arab d skola agam ok plk markah dia..nak tau cikgu ckp apa..tak apa la..subjek x masuk upsr n biar la anak bljr byk bahasa..arab n cina...toing3x..

Miss Sparkler said...

wahhh she is so awesome to know mandarin :)
http://harinumunirah.blogspot.com/

juelee said...

wah terer ah adik.. dulu sek rendah saya sekolah cina kak elly..pandai adik jawab soklan bt ayat tu...

memang betul jawapan seme adik jawap tu, dan tulisan adik cantik

-iLLa- said...

tulisan tu mmg nampak akk..mcm dh biasa menulis corak cina tu..kekeke..tahniah adik..

abdooss said...

Dulu masa sekolah, saya belajar Bahasa Arab dari Tingkatan 1-3, tak masuk exam SRP pun.
Bila masuk U, terasa nak sambung semula, tapi Bahasa Arab sana kena mula dari asas semula (level tadika). Sebab B.A. saya dapat A+ manjang, maka saya tukar ke Bahasa Mandarin. Itu mencabar sikit, dapat C manjang hahaha. Tapi rugi sebab mula lambat, susah nak catch-up. Dapat maintain 2 semester je. Tukar ke Bahasa Perancis pula. Yang ni dapat B manjang.
Alhamdulillah, sekarang saya bolehlah faham 3 bahasa (5 kalau campur BM & BI) .. cuma rugi sebab yang 3 tu level tadika je... hehehe

Azli Ali said...

bgs anak pandai ckp mandarin..sy dlm usaha utk bljr bhs t'sbut..

azza said...

Bagus... sekolah area sini xde yg blh buat pilihan subject tambahan... so..sy sekolahkan anak kt sekolah cina... tp hazab la... semua subject dlm bahasa cina kecuali BM,BI,agama je.