Nuffnang Advertisement

Friday, May 8, 2015

Barangan IKEA

Kak Elly dan Ikea mmg tak dapat dipisahkan. Tak ada istilah window shopping ya...hahaha jejak jer kaki di Ikea laju jer tangan mencapai trolley. Barangan di Ikea semua cantik2 dan mampu milik. One stop center semua barangan kelengkapan rumah boleh didapati kat sini. Terutama barangan bahagian Bilik tidur dan Bilik Mandi mmg jadi kegilaan Kak Elly. Boleh guling2 nangis tengok cara penyusunan barangan di Ikea. Bilik tidur yang sempit boleh menjadi luas dengan menggunakan barangan di Ikea.
Meh lah Kak Elly tunjukan bahagian bilik tidur kesukaan dan idaman Kak Elly.

PAX Wardrobe

Kak Elly boleh berdiri sebelah wardrobe tanpa bergerak2. Sambil berangan nak letak apa dalam almari ni. Cantik kan. Bilik akan menjadi lebih kemas dengan adanya PAX Wardrobe ni.

Boleh letak handbeg. aksesori, pakaian dan barangan2 lain. Tak ada lah nampak berselerak bilik nanti semuanya boleh letak kat dalam wardrobe ni. Sistem PAX Wardrobe di IKEA kini adalah paling laris. Ia boleh disusun mengikut kesesuaian korang dan mempunyai jaminan selama 10 tahun. PAX Wardrobe ni korang boleh gabungkan dengan hiasan dalaman KOMPLEMENT  memudahkan pencarian pakaian dan aksesori.

IKEA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke rumah pada harga RM40 bagi setiap perjalanan dalam lingkungan Lembah Klang (harga biasa RM75.00). Promosi ini bagi pembelian PAX Wardrobes dan KOMPLEMENT interior fitting yang bernilai RM1,500.00 ke atas. Penghantaran tidak merangkumi kawasan-kawasan ini : Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bangi, Dengkil dan Rawang dan Promosi ini berakhir pada 14 Jun 2015. More Info Click Promosi Perkidmatan Pengangkutan 



Waktu beli KOMPLEMENT ni dah berangan2 nak letak macam2 supaya menjadi lebih kemas dan teratur



Ini pula stroge SKUBB. Senang kalau nak simpan barang. Lebih memudahkan En Win mencari barang2 keperluan tanpa perlu memanggil2 nama Kak Elly berulang kali.




Beli SAMLA box wih lid...senang nak tengok barang2 yang dicari


Paper Bag semua Kak Elly simpan dalam box ni lepas tu letak jer bawah katil. Tak berabuk dan sangat2 kemas. Boleh jer kalau nak letak mainan atau buku2 terpakai. Tak ada lah sakit mana tengok mainan atau buku berselerak sana sini.



Box GORMORGON kat atas ni Kak Elly suka sangat...belikan untuk Yaya. Tak boleh tahan tgk atas dressing table berselarak dengan barang2. Tolong Yaya susunkan. Baru lega rasa mata...serius barang2 kat IKEA ni mmg very useful.


Bed Sheets.

Bed Sheets kat rumah Kak Elly mmg semua beli dari IKEA. Bilik anak2 pun Kak Elly guna Bed Sheet dari IKEA. Kain cotton yang digunakan sangat selesa dan lembut. Kalau tak caya cuba korang beli satu...pasti korang akan beli dan terus membeli nanti. 



Tadaaaaa...hasil rembatan Bed Sheets di IKEA. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya mencantikan bilik.



Master Bedroom kita guna sarung jenama NYPONROS



Bilik anak pulak guna sarung tilam dan bantal SMORBOLL



Kain curtain kat IKEA ni cantik2...comel2 sangat design kat sini. Sampai rambang mata nak memilih. Selalunya Kak Elly akan jadi kan alas meja atau cushion cover. Korang kalau gi IKEA berkenan kat kain ni baik terus beli kalau tunggu esok mmg habis lah jawabnya.


Ini alas2 meja yang Kak Elly beli  di IKEA. Cantik kan!!



Kusyen Cover



Carpet kat Ikea ni semua moden2. Kalau pandai match kan dengan warna bilik boleh nampak bilik jadi semakin luas dan selesa. Cantik kan Carpet kat atas...Hari Raya ingat nak beli satu itupun kalau tak habis... :(

Kalau korang nak cuci2 mata tengok produk bilik tidur di IKEA...boleh click link ni IKEA Bedroom


Tilam


Bagi sesiapa tengah mencari atau ingin membeli tilam..Kak Elly memang rekemen sangat beli tilam SULTAN di IKEA. Kenapa Kak Elly rekemen sangat tilam kat sini?? sebabnya....

Polisi 100 hari 'Love or Exchange'

IKEA menawarkan sesuatu yang istimewa. IKEA akan pastikan pelanggan benar2 berpuas hati dengan tilam SULTAN yang dibeli. Sekiranya anda mengalami  masalah tilam terlalu keras atau terlalu lembut anda boleh pulangkan semula tilam itu dan akan digantikan dengan tilam  yang baru. Tidak perlu tergesa2 kerana anda mempunyai 100 hari untuk menggunakanya. Tapi dengan syarat pihak IKEA tidak mendapati barangan kotor, rosak atau salah digunakan. Polisi tidak sah bagi barangan asas tilam SULTAN seperti pads dan slat.


Bilik Mandi



Kak Elly jarang terfikir utk mencantik kan bilik mandi. Dalam bilik mandi Kak Elly cuma ada benda2 basic sahaja sebab ruang bilik mandi tak berapa besar. Tapi bila tengok showroom kat IKEA ni
terus aku ngan En Win rasa teruja



En Win decide nak ambil GODMORGON atau LILLAGEN sinki dan digunakan tempan penyimpanan barangan cucian pembersihan



Macam ni lah rupanya tapi belum siap sepenuhnya nak lekatkan kat dinding jadi tak ada lah kayu tu basah bila terkena air. Ini baru test2 jer dulu.


Boleh lah letak segala stock kat dalam ni.



Haritu nengok2 jugak aksesori untuk letak kat bilik mandian



Beli satu jer dulu...nanti ada duit beli lagi....hahaha


Ada 2 hingga 3 benda yang Kak Elly usha untuk beli Raya nanti. Salah satunya Bathroom Mats. Cantik sangat colour ni. Bathroom Mats Ikea ni mmg tahan...masuk washing machine pun macam tu jer rupanya...suka2


Lagi satu dalam list...towel Ikea sangt lembut dan selesa. Mmg tiap2 tahun akan beli Towel kat sini.


Rasa puas hati dan seronok bila bilik tidur dan bilik mandi menjadi luas, kemas dan sangat teratur dengan hanya membeli barangan di IKEA. So apa tunggu lagi jom lah terjebak sama dengan Kak Elly shopping di IKEA.

Jom tengok video ni kalau nak tahu macam mana IKEA boleh tolong bantu melengkapkan ruang peribadi di rumah anda.





Kalau anda sedang mencari tips atau inspirasi untuk menghias rumah atau nak tahu lebih lanjut promosi Bedroom & Bathroom yang sedang dijalankan, bolehl ah ke ikea.my/Peribadi

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nampak lebih kemas

cik mah said...

Wahhh..shopping...menarik almari utk bwh sinki tu...cadar bilik anak tu.pun cantik...

nayfatimah rasyid said...

cantik cantik belaka ;) say atak pernah lagi pegi IKEA ... tak tau la biler leh sampaiii ... nanti kirim boleh ;) hehehee

Jasmine Jasline said...


Erm!!Sy ke IKEA cari mounted ironing board.. Tp tak jmp. cuba korang tgk blog ni, sbb ader jual mounted ironing board yg menarik.. adik pun terus beli.. haha
http://mountedironingboard.blogspot.com