Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 13, 2015

2nd Anniversary - Mg Movers


Esok last day kerja...tak tahu lah nak happy ker atau nak sedih. Sedih sebab terpaksa tinggal kan kawan2 dan happy mungkin sebab nak mulakan hidup baru. Ok nanti Kak Elly cite perjalanan sepanjang Kak Elly bekerja kat sini ya. Itu kita buat Entry lain. 

Hari ni nak cite pasal 2nd Anniversary MG Movers. Aku rasa orang yang paling happy tentu lah En Win. Sejak aku dah ada business sendiri ni aku dah jarang ambik tahu pasal MG Movers sebab aku pun ada Produk yang aku kena handle. Jadi segala urusan mmg terletak di bahu En Win.

Kalau dulu selalu nampak En Win macam stress fikir kan marketing, lepas tu asyik cerita benda yang sama setiap kali berborak, tak boleh nampak lorry mesti nak compare kan dengan MG Movers sampaikan aku dan anak2 tahap angguk jer kepala tapi tak tahu apa yg En Win bualkan...hahaha

Tuhan tu Maha Adil...sekarang aku pulak yang suka termenung fikir itu ini, tak boleh nampak produk lain mula lah tgk itu ini, berborak pasal kecantikan jer...sekarang turn En Win pulak buat dek jer dengan aku...hahaha

Tapi En Win dah tinggalkan aku jauh dalam bidang perniagaan...segala masalah yg mendatang En Win boleh handle dengan tenang. Nama MG Movers mula dikenali. Boleh nampak merayau2 jer lorry yang ada muka aku tu disekitar Kuala Lumpur...alhamdullilah.

Now...MG Movers dah ada office sendiri. Kalau dulu tumpung office orang lain sekarang dah boleh berbangga dengan kejayaan MG Movers. Aku boleh nampak usaha En Win menaikan nama MG Mover. Laki aku ni garang nak mampus...matilah kalau staff buat masalah mmg habis budak tu kena marah tapi marah bersebab lepas tu back to normal balik. Staff2 semua dah faham bebenor perangai laki aku ni...cuma aku jer tak boleh terima kalau dia melenting, sian aku nengok budak2 tu tunduk jer sambil telan2 ailio.  

 Nak share gambar makan2 hari tu sempena Anniversary tapi maafkan kualiti gambar yang tidak memuaskan....lupa bawak camera guna phone jer malam tu.



Kalau mula2 dulu kita cuma ada seorang pekerja jer...sekarang alhamdullilah dah ada 10 orang pekerja.
 

 Ini semua tulang belakang MG Movers



 Berniaga ni bukan satu yang mudah...korang kena fikir masak2 kalau nak masuk dalam bidang perniagaan ni. Sebelum menempuh kejayaan of course korang kena lalui kegagalan. Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan. Paling penting kita kena menerima risiko yang mendatang. Mungkin orang luar cuma nampak hasilnya tapi dibelakang tabir orang tak tahu betapa perit nyer untuk mengukuhkan sesuatu perniagaan.

Itu belum termasuk hasad dengki sesama manusia. Aku ngan En Win kena kuat tiada siapa yang dapat membantu dan tiada siapa yang tahu susah senang kehidupan kita. Hidup perlu diteruskan. Jangan malu dan takut dengan kegagalan. Paling penting kita mencuba dan jika gagal bukan bererti kita gagal selama nya.

Untuk berjaya kerja keras paling penting. Tiada istilah yang mengatakan ada duit perniagaan boleh maju...tidak ya tanpa usaha atau kerja keras duit segunung pun boleh menjadi tanah yang rata jika kita tidak pandai menggunakan nya. Nasihat dan kata2 ini sering aku sematkan dalam hati. Aku suka lihat anak2 melayu yang berjaya mereka seperti memberi kekuatan untuk aku dan En Win terus berusaha kearah itu.

Harap MG Movers terus maju begitu juga dengan Elffie Beauty. Kami akan buat yang terbaik...amin.





Untuk staff2 MG Mover termasuk Intan (yang tak ada dalam gambar ni). Terima kasih banyak2...tanpa korang MG Movers tidak boleh bergerak sendiri. Sama2 kita majukan MG Movers agar ia dikenali seluruh Malaysia.

Happy 2nd Anniversary MG Movers!! 







6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Farah Waheda Wahid said...

betul cakap kak elly, berniaga bukan satu perkara yang mudah, kena tempuh kegagalan dulu... hati mau kental...semoga MG Movers terus berjaya dan semoga Kak Elly juga terus berjaya...

Arora's said...

setuju Sgt. halangan lain blh usaha.halangan dengki khianat hat I manusia Guna syaitan pling sakit jiwa dibuatnya.

Alyza Fisol said...

semoga berjaya dan terima kasih diatas kata2 semangat tu..akan sy semat di hati jugak.. :)

http://www.lyzafisol.com/

amy said...

betul la kan,nak berniaga hati kena kental,mcm saya ni masih belum nak melangkah jauh sebab masih mengkaji2 tentang perniagaan yang sesuai :) semoga kita sama2 berjaya amin :)

ibuhebat said...

Tahniah MG Movers! Motivated sangat baca entry kak Elly ni. Good Luck!