Nuffnang Advertisement

Monday, April 27, 2015

Weekend....


Pemalas sangat update blog sekarang ni....sorry lah kerja melambak tahap gaban. Banyak benda kena settled kan sebelum melangkah pergi sob..sob..sob. Gitu nangisnya.

Dah hampir sebulan weekend aku, peej ngan Filla mmg busy sebab kena uruskan Ellfie. Tiap2 minggu dari pagi sampai malam siapkan order customer. Ingat tak takut ker ngan suami sebab pagi2 dah hilang malam baru balik. Lepas tu diorang yang kena ambik dan hantar anak dari tuisyen. Tapi suami kitaorang suami baik dan sangat2 memahami. So far tak ada lah bising cuma kitaorang jer rasa tak sedap hati.

Last week decide tutup production Ellfie...jadi mari lah bergumbira bersama keluarga dihujung minggu. Sempatlah buat segala waxing dan makan2 dengan family. Bongok betul....tersenyum2 bila dapat keluar...macam seronok bebenor. Korang bayangkan hari2 mengadap kotak Ellfie...lepas tu tengok muka Peej ngan Filla rasa nak muntah kat situ. Kalau berwassap pun cakap pasal Ellfie jer...lepas tu masing2 rasa nak muntah...hahaha.

Macam ni perasaan kerja sendiri yek...siang malam otak berfikir jer utk strategi marketing. Itu belum lagi fikir budget. Sekarang lagi sibuk sebab tinggal lagi seminggu jer Office nak beroperasi...ok enough tgh tulis ni pun aku pening.



Cepat sangat masa berlalu....bila toleh jer kat Yaya "Eh! apa tinggi sangat budak ni" Kasut dan jeans lama2 zaman aku kurus dulu semua dah dalam almari dia. Itu belum lagi make up, sunglasses, perfume pun dia angkut sekali. Handbag jer dia tak berapa minat lagi.

Adik seperti biasa kehidupan dia 24jam dengan Gymnastic...sampai bergaduh2 kalau aku suruh ponteng...hahaha.
 

Ini penyokong kuat dan orang yang selalu ada disebelah aku memberi semangat. Aku ni kadang2 cepat down...cepat panik. Selama ni aku yang uruskan segala pembayaran jadi aku tahu bila aku decide nak berhenti kerja semua benda akan bertukar. Banyak beban akan ditanggung oleh En Win. Tapi alhamdullilah...kita cuba selesaikan step by step. Mana loan yang tinggal sikit kitaorang cuba selesaikan. Duit loan rumah dan kereta kitaorang bayar sampai hujung tahun ni...jadi boleh lah bernafas sementara aku uruskan bisnes ni tanpa rasa bebanan dan tekanan. Monthly hanya tinggal bil2 dan bayaran tuisyen anak2.

En Win dah pesan siap2.."No Handbeg for this year". Iyoooo...... Rasanya bukan handbeg jer banyak perbelanjaan yang aku kena kurangkan sementara nak stabil kan bisnes ni. So kena berkorban sikit. Kalau dulu main beli jer now kena bersederhana.
 



Yaya mmg ulat buku...suka terperap baca buku cerita yang tebal2 tu. Tak tengok TV pun takpe asal dia ada bahan bacaan kat tangan. Sekarang dah ada fesyen baru pulak habis segala buku cerita dia download kat phone. Mata dah semakin rabun...dah itu jer asyik dia mengadap tiap2 hari.

Berbeza dengan adik...tak minat langsung membaca. Dia lebih kearah lompat bintang...celik jer mata terus kepala kat bawah kaki kat atas...hahaha
 


My Nyawa.....
 


Yaya dah start share macam2 cite disekolah..apa terjadi, siapa yang di suka, apa yang dia minat. Aku kena jadi pendengar yang baik walaupun apa yang dia cerita boleh buat jantung aku rasa nak meletup...hahaha

Tinggal 16 hari sahaja lagi aku akan jadi isteri sepenuh masa dan pada masa yang sama menjadi seorang businesswomen (Wow hebat sangat ayat tu). Insyaallah harap semuanya akan dipermudahkan.

 

 





6 comments:

Fha Hzh said...

all the best kak.. betsnye la dengar profession akak skrg,, :)

miss eimanhikmah said...

bestnye kak ellie, takyah fikir makan gaji dh..

Azura Aziz said...

all the best kak ellie.. sntiasa support kak ellie, peej dan kak fila ;)

Allene typicalmommy said...

ala.. tengok gambar kak elly ngn anak macam adik beradik je ....

Hana Syed said...

Asal cari resepi masak lomak daging salai terus terbekanan nak follow blog cik puan ellie..hihi

sarah maleque said...

cantik kasut kak elly..matching pulak dengan belon kat belakang tu :) btw moga dipermudahkan semuanya..