Nuffnang Advertisement

Monday, April 6, 2015

Weekend


Ini weekend punya cite...tapi weekend bila aku tak ingat....muahahaha. Sebelum bercerita tetap nak bersedih dengan GST. Terasa sangat2 minggu ni...sambil bayar sambil tengok charge GST 6% terus rasa down. Semalam beli lampu pun dah kena GST sampai RM60.00. Banyak tu boleh beli berbiji2 mentol. Memang terasa sangat bebanan tu.

Sekarang ni masa untuk berseronok macam dulu keluar lepak2 dah semakin berkurangan. Kalau dulu cuti sekolah En Win mesti bawak jalan2 paling dekat pun ke PD sekarang nando. En Win dah letak syarat setahun sekali jer Holiday dah tak boleh berkali2. Dengan ekonomi yang tak berapa stabil sekarang...kitaorang pulak berniaga so kena kerja lebih kuat lagi. Berniaga ni bukan sikit2 duit nak guna itu pun belum tentu dapat pulangan dalam masa terdekat ni.

Ingat tak stress ker...siang malam bekerja. Terkejar sana sini...tapi nak buat macam mana kalau nak rezeki lebih kena kerja lebih kuat lagi. Tapi kesian lah kat budak2 tgk mak bapak kerja siang malam. Kadang2 rasa tak sampai hati tapi nak buat macam mana kan. Last weekend cancel semua aktivit bawak diorang keluar.



Semenjak adik masuk gymnastic ni lagi tak ada masa nak lepak2. Weekend budak2 dah penuh dengan aktiviti. So mmg kerja aku menghantar dan mengambil jer lah anak2 dari kelas.



Kadang2 balik letih2 tengok muka anak2 hilang segala keletihan. Tapi kalau banyak tanya boleh mendatangkan marah gaks....hahaha



Bila keluar sekali sekala mmg bagi budak2 ni buat pilihan nak makan kat mana. Bagi diorang happy sikit...bagi diorang beli lah toys ker buku ker yang tak lebih dari RM50.00. Penat cari duit untuk anak2 jugak kan.



Ini kejadian minggu lepas. Lepas dah settled masak terus ker rumah Peej tolong dihandle postage. Kesian peej buat sorang2. Filla busy melayan agent2. Mmg harap kat En Win tolong jaga budak2. Bila time En Win kena kerja luar aku pulak yang kena duduk rumah. Serious ini lah rutin kami buat masa ni...kena saling faham dengan tugas masing2. Nak cari duit ni bukan senang. Masa bersama kena banyak korbankan.



Alhamdullilah dah masuk bulan kedua dan sambutan dari Pengguna Ellfie sangat memuaskan. Ramai dah mula percaya dengan Ellfie. Insyaallah kami akan beri service yang terbaik.



Tadaaaaa....gaji pertama dari Elffie. Pasangkan aircond dekat umah mak dan abah. Bahang bebenor rumah tu. Dari dulu nak pasang diorang tak bagi. Kata bil api nanti mahal lah...kipas pun dah sejuk lah. Kali ni aku panggil orang terus pasang jer....malas nak dengar alasan lagi.

Rami request nak tengok dapur rumah mak aku yang renovate hari tu...nanti Kak Elly update ya. Asal balik umah mak mmg niat nak tangkap gambar tapi bila tgk lauk atas meja terus lupa...hahaha.
 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

enjoy weekend

miss eimanhikmah said...

yg makan gaji lagilah sengsara

Farah Izza Shafik said...

i know what it feels like elly.. kite buat semua benda ni utk anak2 kan.. congrats on the new office.. :)