Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 15, 2015

Tun M


 Semalam berpeluang pergi ke office Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. Ada urusan sedikit di Pejabat Tun M. Wah! dengar macam hebat sangat kan ada urusan di Pejabat Tun....hahaha. Iya jangan tak percaya ya aku mmg selalu berurusan dengan orang2 penting disana tapi atas urusan apa biarlah rahsia...

Dari kecik2 lagi impian aku mmg nak sangat berjumpa dengan Tun M dan kalau blh nak sangat bekerja dengan Tun M. Tapi mmg tak lah, aku ni bukan lah pintar sangat buatnya Tun M tanya aku soalan pasal sejarah boleh mati kejong aku kat situ....hahaha. Walaupun tak berurusan terus dengan Tun M tapi aku still berpeluang berjumpa beberapa kali dengan Tun M atas arahan boss aku dan of course urusan pekerjaan.

Tak kisah apa yang orang nak kata about Tun M tapi aku tetap menyokong Tun M dari dulu lagi. Aku rasa Tun M the best Perdana Menteri Malaysia. Bukan bermakna Perdana Menteri sekarang tak bagus cuma tiada siapa yang boleh menandingi Tun M. Itu pendapat aku...pendapat korang lantak lah...hahaha. Giler sayang aku kat Tun M ni...kagum jangan cakap lah. Sentiasa jer tersenyum bila bercakap.




"Melayu mudah Lupa" ayat itu aku akan ingat sampai bila2. Maksud yang sangat2 mendalam. Sekarang Tun M tidak sekuat dulu boleh tengok dari raut wajah yang telah di telan usia. Tapi alhamdullilah ingatan Tun M masih kuat lagi. Biar lah apa yang orang luar ingin katakan aku tetap menyokong dan sayangkan Tun M. Ingat lagi waktu Tun M announce nak letak jawatan pada 22 Jun 2002....beriya2 aku nangis depan TV. Kalau boleh nak Tun M jadi PM sampai bila2.

Semalam waktu sampai di pejabat Tun M rasa sayu jer hati. Kiri kanan penuh dengan gambar beliau. Besar jasa Tun M untuk Negara. Rasa sebak jer...adakah lagi pengganti sebaik dan sebagus Tun M. Semalam bila aku up gambar ni kat IG tak sangka ada yang memaki hamun kata macam2 tentang Tun M....serious aku tak faham. Tapi seperti aku kata kan tadi itu hak rakyat untuk bersuara tiada siapa yang boleh menghalang nya. Tapi jangan babitkan orang lain juga untuk membenci Tun M.

Aku tak pandai pasal politik, aku tak pandai tentang UMNO2 ni. Sebagai rakyat Malaysia aku cuma inginkan keamanan, hak kami terpelihara dan jangan sesekali menyusahkan atau membebankan rakyat. Siapa Perdana Menteri, siapa yang rakyat pilih aku tetap memberi sokongan...aslong "Malaysia Masih Aman".




Nampak tak gambar tu...gambar hari pertama Tun M menjadi Perdana Menteri. Actually aku nak tangkap gambar ruang pejabat Tun M tapi tak berani....hahaha. Takpe lah dapat tengok pun jadilah dan saya akhiri dengan ucapan " Saya sayang Tun M" 


************************************************************************************

1 Juta Minuman Percuma dari McDonald's

Sekarang ni tengah musim panas yang tahap kalau keluar rumah mata jadi kecik jer, jemur kain tak sampai satu jam dah kering. Korang boleh bayang tak berapa panas nyer sekarang ni. Waktu2 macam ni lah selalu terbayang2 air yang sejuk2 masuk dalam tekak. Perggghhh nyaman jer rasakan.....huaaaaa best sangat lah kalau dapat ais blended masuk dalam tekak yang tengah2 kering ni.

Nasiblah McDonald's sangat2 memahami kehendak pelanggan yang dalam kehausan ni...hahaha. 1 juta Frozen Cola-Cola/Fanta Frozen akan diberikan secara "percuma" di McDonald's. Korang hanya perlu menunjukan kupon mobile di cawangan tertentu utk merasai kesejukan Frozen Cola-Cola/Fanta Frozen.



Kupon mobile seperti diatas ni boleh didapati dengan hanya download http://bit.ly/McDFrozen  dan tunjukan di kaunter McDonald's dan anda boleh dapat satu minuman Frozen percuma di McDonald's. Setiap orang hanya boleh menggunakan satu kupon sahaja.



Kak Elly dan anak2 dah pergi dan merasai kesejukan Frozen Cola-cola/Fanta Frozen. Serious sangat sejuk dan lega jer bila masuk dalam tekak...hahaha. Lepas ni nak ajak kawan2 pulak untuk menikmati Frozen Cola-Cola/Fanta Frozen ni.

Jom ramai2 ajak keluarga dan rakan ke McDonald's untuk dapatkan Frozen Cola-Cola/Fanta Frozen secara percuma di McDonald's bermula dari 1st April - 30th April 2015.


14 comments:

Lavender violet said...

saya sayang Tun M jugak.. sampai bila-bila.. the best PM yg Malaysia pernah ada.. *teary eyes* baca entry kak elly ni

mama tisya said...

rmi yg suka masa TUN jd PM kn..sy pn suka...dan tk sangka juga sy berpeluang jumpa TUN dgn lebih dkt sbb die antara VVIP yg dtg time sy kawin dlu..untuk elly dpt p tgk opisnye

norey said...

Tun M tetap dihati..

linda said...

K.elly kita geng..Saya pun suka Tun Mahathir

Atie said...

Dulu selalu berangan bila boleh jumpak Tun M live, senyum dan tegur dia..akhirnya mimpi jadi kenyataan bila Tun M jadi chairman PROTON sekarang:)

FadMN said...

saya pun sayang tun M.semoga nanti kita dapat la PM sebagus & sehebat tun M.

FAD

yana2605 said...

Saya Sayang Tun M..tak patut tau org duk ngata dia mcm tu mcm ni..dlm berita semua duk ngata dia..lupakah kita pada bakti dia ketika kegawatan Ekonomi tahun 1998 dulu?? Di mana semua negara Asean meminjam di bank dunia tetapi dgn kebijaksaan Tun M, Malaysia tidak meminjam dgn bank dunia dan formula2 yg di cadangkan oleh Tun M sgt2 berkesan dlm Malaysia menangani krisis Ekonomi ketika itu..

Mrs pink said...

Tun is the best PM ever. Love him too :))

mish syura said...

I love Dr M too. Harap dia panjang umur. =)

Rohani Hashim said...

Kak eli,betol beliau memang bwk malaysia ke mata dunia kan.

Malaysia masih aman rasanya mcm dh kureng sket la...wallahualam...byk sgt kes sana sini skrg.hopefully tak akan semakin parah..aamiin

wahida said...

Tun M dulu kini dan selamanya. Saya sokong Tun M..membesar di era Tun M..terima kasih Tun M..

bearyblossom said...

Setuju...sy dilahirkan dan membesar daam pemerintahan Dr M. Bila kenang balik zaman2 sekolah dulu, Wawasan 2020 mmg sinonim sgt masa tu. Situasi skrg x sama. Iskkk...rindu pemerintahan Tun M. Perdana Menteri malaysia yg terbaik so far.

Effanina Mokhtar said...

Saya doakan agarkan Tun M, terus sihat & panjang umur. Jasa beliau sgt dihargai. lupakan soal politik, xkira sapa kita sokong.
Tun M, seorang yg sgt pintar dlm membangunkan M'sia.

nifalnin... said...

wahhhhhh..

kak elly dtg opis saya ni... knp la sy x der ms kak elly dtg tu.. klu x leh jumpa ngan kak elly..


huaaaaaa... rugi nye lahai...