Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 21, 2015

Team Work


Insyaallah hujung bulan ni Ellfie akan beroperasi di office. Tiada lagi dirumah Peej. Semua kena buat secara professional. Masing2 ada tugas yang perlu dilakukan. Tugas2 yang dibahagi2 kan ni termasuk suami ada tanggungjawab jugak ya. Bila list down apa yang perlu buat rasa macam pitam sekejap. Bukan senang rupanya nak ada office ni...aku ada lah sedikit pengalaman tapi bagi Peej dan Filla sesuatu benda yang baru buat mereka.

Kitaorang ni masing2 bekerja jadi nak jumpa waktu siang tu susah sikit. Nak jumpa malam pun kena uruskan anak2 tuisyen dulu baru boleh keluar. Kalau lewat jumpa maknanya lewat lah kitaorang balik. Tengah semangat ni baik cepat2 buat kang semangat pudar apa2 pun tak boleh.

Orang yang paling stress Radie sebab kitaorang suka bangkang design dia "Radie blh tak alih bilik tu"...."Radie kenapa bilik aku ada sinki pulak"..."Radie bilik sembahyang letak belakang sikit" hahaha. Tapi Radie tu bising2 dia buat gaks. Meh aku tunjuk sikit2 design Radie ni...sikit jer tau...selebihnya tunggu office siap.
 

Ruang tamu...huaaaaa hebat sangat ni! Peej tersengih2 tgk gambar ni. Bila semua dah setuju next task En Win pulak gi cari orang buat partition, access card, tinted glass, CCTV dan macam2 lagi lah

Perabot pulak Filla dan Peej akan handle. Aku kena settledkan tenancy agreement, segala bil2 api, air dan telekom.  



Ni ruang kerja... bahagian packaging dan Postage. Tapi yang paling happy kitaorang dah buat System ...key in details customer kat system terus print out kat form poslaju, lepas tu system tu blh terus deduct stock yang telah keluar...wah! suka2. Peej tak perlu menulis lagi dan stock lebih senang dijaga.

Kotak kitaorang decide tukar sikit...selalu ada masalah botol pecah bila hantar kat customer. Mana tak nya posmen main baling2 jer  sampai berlaga2 barang kat dalam tu. Takpe pelan2 belajar dari kesilapan. Kitaorang akan perbaiki segala kelemahan. Terima kasih kat customer yang bagi cadangan dan feedback kat Ellfie team.



Last week singgah office jap sebab nak mengukur...senang nak buat partition nanti. "Kau cakap Ly cukup besar tak bilik kau ni" wow...i ada bilik. muahahaha.


Nasib baiklah suami2 semua turun padang bantu kalau tak susah jugak kitaorang.
 


Aku ni lembab sikit kalau kau cakap bilik ni kat situ, sofa pulak kat situ aku susah sikit nak bayangkan...hahaha. Aku kena refer banyak2 kali gambar tu baru faham. Eh! kau ingat Filla tu faham sangat ker...jgn caya sangat dia buat konpiden jer tu.
 


Ukur kawasan surau pulak. Ben tak ada kan dalam gambar ni dia tak ada sbb gi survey semua pintu masuk dan keluar. Keselamatan tu penting...jadi Ben dipertanggungjawab kan bahagian tu.



Esoknya tugas aku ngan En Win cari rack pulak.
  

Alhamdullilah banyak dah settled...hope semuanya berjalan dengan lancar. Kena pikir marketing pulak lepas ni dan paling penting persahabatan kitaorang ni berkekalan hingga ke akhir hayat. Kadang2 bila kitaorang duduk bertiga ingat balik macam mana kita berjumpa rasanya sweet sangat. Dari kawan sekarang dah jadi share partner..takmo gaduh2 tak puas hati cakap depan2...kalau terasa hati cakap jer jangan simpan2 dalam hati. Kita ni manusia biasa tak lari dari kesilapan.

Mintak korang doakan kejayaan kami ya!!
 

11 comments:

Va Va Voom said...

Good luck to all of you

Nurzakiah Hanum said...

all the best kak

Pn Qema said...

Alhamdulillah tak sabar nak tunggu. Sape nak order Ellfie boleh wassap 0192782041. Free Postage + Free Gift.
COD: Balakong/Kajang/BBBangi

εïзmummyHazaεïз said...

good luck uols... Semoga senantiasa success

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

clap3!! Syabas... siapa tahu tak lama lagi uols bleh jadi penaja anugerah2 kat tv tu.. cepat fikirkan trademark apa nak pakai

rohayaroy said...

nak apply keje boleh.. Tahniah!! elfie n team.. bangga sangat dengan korang .. moga bisnes lebih success lagi .. InnShaaAllah

Mrs pink said...

All the best kak elly & team.. Kak di just suggestion.. For marketing kak elly maybe boleh iklan kn kt fb side bar n nuffnang. Kalo bukak blog mmg selalu kn appear iklan frm them so eager to click hehehe

NICOLE SCHERZINGER said...

Alhamdulillah kak ely and team! Semoga success slalu..
p/s: klu nak pasang wallpaper/carpet blh contact sy (016 322 5342)

Gyree said...

good luck team ellfie...
we are agent from Kuching.
to order PM/WhatsApp: 013-8160588
COD area:kuching, samarahan, matang, semaring

mashelas said...

Alhamdulillah, akhirnya kak Elly dah jumpa perkara yang kak Elly suka buat..dan yang bestnye boleh menjana pendapatan :). Saya ikuti ke-tiga-tiga blog kak Elly, kak Filla dan Peej. happy sangat baca blog semua. Semoga persahabatan dan perniagaan diberkati dan dipermudahkan Allah. Amiin. :)

Fha Hzh said...

alhamdulillah kak.. All the best for the business. :) smoga dipermudahkan segala urusan bisness slps ni kak..