Nuffnang Advertisement

Thursday, April 9, 2015

Secretaries Week


Dari kecik tak pernah terpikir nak jadi Secretary. Selalu berangan nak jadi pembaca berita atau pramugari...hahaha. Kalau ada masa terluang jer laju2 ambik suratkhabar praktis membaca depan cermin. Wah! rasa suara merdu sangat bila berkata2. Aku boleh ikut intonasi sebijik ya. "Seorang pelajar maut digilis kereta. Pelajar yang berusia 14 tahun itu mati tempat kejadian" Lepas baca loncat2 depan cermin sebab berjaya baca tanpa baca kertas di depan...hahahaha.

Lepas tu cita2 aku bertukar nak jadi forensik. Kenapa Forensik?? sebab aku suka menyibuk nak tahu kenapa aku orang tu boleh mati...aku nak tahu punca kematian. Tapi aku tak berani tgk mayat jadi cita2 itu terpaksa berkubur begitu sahaja. Lepas tu aku pertukar fikiran lagi. Nak jadi  Pakar kaunseling dan Psikologi sebab aku rasa aku pakar bab2 nasihatkan orang dan bab2 naik kan semangat orang tapi bila ada masalah sendiri aku tak tahu selesaikan aku cuma tahu selesaikan masalah orang jer...hahaha so cita2 tu reject jugak.

Kenapa aku tak ada cita2 tinggi nak jadi doktor ker, lawyer ker, Engineer ker sebab aku tahu aku tak berapa bijak jadi cita2 tu yah lah kelangit sangat. Suh membaca pun aku boleh menguap 80 kali melainkan novel cinta jer aku sanggup tak tidur dan sanggup membaca di dalam jamban...hahaha

Habis SPM aku tak tahu apa yang aku perlu belajar...business2 ni aku tak minat, accounting mmg x lah sebab aku mmg bodoh part kira2. Bila nak gi interview Pramugari abah ngan Mak tak bagi. Jadi aku pilih untuk belajar Tourism Management dengan harapan aku boleh jalan ke sana sini. Bawak pelancong lepas tu cakap2 tentang Malaysia ataupun jadi Ticketing Manager...perghhh best sangat tu. 

Tapi lepas habis belajar kelain perginya pulak aku bekerja dibahagian perhotelan. Kerja shift...weekend tak ad cuti, raya tak ada cuti. Kawan tak kerja kena ganti. So bosan, itu yang decide belajar secretary course. Hambek sampai sekarang terjebak dengan dunia secretary



Saya lah yang Secretary yang dimaksudkan tadi....haha Kerja secretary tak ada susah sangat cuma menyampah kalau kena ambik minit mtg. Kena pikir ayat protocol sikit. Dulu waktu jadi Secretary kat hotel tiap2 minggu ada meeting ya. Nak muntah aku pikir ayat. 

Jaga appointment boss, book kan flight & hotel, Kalau ada perayaan uruskan hamper, bunga. Buat surat2 yang boss arahkan. Bayar bil2 personal boss dan adalah benda remeh temeh yang kena handle. Nampak macam senang kan...tapi idok ya sebab kita orang yang paling rapat dengan boss...bila dia rasa nak marah dia boleh jer menjerit sesuka hati. Bila dia rasa nak gelak kita pun kena turut gelak dan paling menyampah boss sentiasa betul ya. Jangan berani2 nak melawan. Disini lah tekanan perasaan akan berlaku. Kawan aku dapat boss yang tahap gatal nak mampus...dah satu kerja pulak nak mengelak dari boss. Pergi kerja hati tak senang...hahaha. Dapat boss yang suka balik lambat...mampus dengan secretary sekali duduk jadi patung kat office. Dapat boss yang sewel dengan secretary sekali jadi sewel. Itu yang bila kena marah laju2 jer taip surat resignation letter...hahaha.

Aku tak nak complain pasal boss aku kat sini sebab anak dia baca blog aku...hahaha. 



Semalam anak Boss (tudung hitam) belanja makan sempena Secretaries Week di Berjaya Hotel. Thank you so much Puan Wawa. Really enjoy...table kitaorang menang lucky draw dan pakaian tercantik. Tapi bukan aku orang lain sebab aku tak pernah ada luck benda2 macam ni. Dah hampir 20 tahun bekerja satu nombor bertuah pun tak hinggap kat tangan aku.
 


Chinese Food


Persembahan dari Dayang & Azlan. Giler power suara diorang berdua ni. Sampai diawang2 aku sekejap.
 


Ada persembahan dari kumpulan Bocey jugak dan FBI jadi pengacara petang tu. 

Overall saya sangat berpuas hati. Thanks Yasmin Holding...thank boss2. Chow kerja melambak...kang boss marah!!
 

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

jap yang berangan-rangan nak jadi pembaca berita ni memang end up jadi secretary ek kak? ha ha ha...sebab farah pun pernah berangan benda yang sama, dan end up jadi secretary...

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Riena Razak said...

Cite2 kite since kecik mcm sama je. Saye penah cite2 nk jadi sect, tapi terkubur plak sebb x pandai nk type laju2, sebb tu x masuk line sect.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Happy Secretaries Day kak elly, kita serupa la secretary, walaupun cita2 saya dulu nak jadik wartawan, tapi cam ada persamaan la bila dulu saya pun pernah nak jadik pakar psikologi hehe..

BeLLa de ViE said...

Kak ade keje kosong? hahahaha.. best nye boss belanje secretary weeks..

ayu syafiqah said...

yasmin holding?adik beradik yasmin teknologi ke?

syamimi said...

pernah jugak berangan nak jadi pembaca berita... duk practise kt depan kipas hahaha

Afidah Azmi said...

itulah..masa kecik cita-cita lain..bila besar keraj benda lain..haha