Nuffnang Advertisement

Thursday, April 16, 2015

Lauk pauk


Kadang2 penat masak pun tak habis lagi tengah2 makan anak2 dah request lauk utk esok. Dua anak lauk yang berlainan belum lagi campur request Abg Toyib. Walaupun rasa nak menitis air mata bila mengambil order dari anak2 tapi hakikat nya hati meloncat kegembiraan...hahaha. Iya lah...itu pertanda masakan aku sedaplah sampai diorang request kan...hahahaha


Actually En Win ni senang jer nak bagi hati dia gembira...masakan kena berlainan setiap hari dan lauk dan nasi kena panas2 waktu dihidang. Tak kisah lah satu lauk jer atas meja janji jangan sama dengan lauk 2 hari lepas. Dia cepat muak kalau aku dok ulang2 benda yang sama.

Yaya kena ada kari...tak kisah lah kari daging ker kari ayam janji berkari. Tapi disebabkan aku malas nak masak 2 lauk berkuah setiap hari aku paksa gaks dia makan benda lain walaupun muka ketat jer bila tengok lauk atas meja.

Adik lagi senang...Ayam goreng kunyit atau ayam sambal. Confirmed makan bertambah2. Selalunya lagi 10 minit dia nak sampai rumah baru aku goreng ayam tu..so makan pana2 terus rasa "Mama masak paling sedap dalam dunia" hahahaha.



Semalam berwassap dengan bini2 ku gangster cite pasal asam pedas terus terbayang2.



Sendiri punya lauk sendiri telan air liur. Ada balance sikit jer semalam. Simpan dalam fridge, malam kang nak buat lempeng cicah asam pedas....huaaaa sedapnyerrrrr



Semalam mood rajin datang....masak kan jugak Yaya kari ayam. Tapi nak ayam potong kecik2. Memacam lah budak2 ni.
 


Nengok2 lepas makan Abg Toyib ambik semangkuk kecik asam pedas siap hirup lagi. Wah! terus kembang2 hidung kat tepi...sedap ya Bang!!.

 




6 comments:

Norhidayah Mohd Kaharuddin said...

Kak Elly, nanti share resepi asam pedas tu eh.. Ke akak dh pernah share? hihihi

FadMN said...

saya pun masak asam pedas semalam.
terpaling feveret

FAD

yoorin melacolea said...

sedapnyaa asam pedas.. adeh..ni yang nak beli bahan masak asam pedas balik kerja nanti.//

Cik Ecah said...

telan air liur ptg2 ni tgk masakan akak! nasib la puasaganti kihkihkihh
ahaiiii

surizan abdghani said...

Kak elly..meh la bg recipe.seriously nmpk sedap sgt asam pedas kak elly ni.plez kak,sy ibu boyot yg teringin makan asam pedas ikan huhu

Mrs pink said...

Kak elly nanti share resepi asam pedas yea. Sedap sgt nampak . X pernah masak asam pedas lg sebab saya x mkn ikan tp husb saya mkn. Hehe. Kak elly kari tu letak santan ke tak. Nampak cantik sgt color dh mcm kari mamak. Sedappppnyeee.