Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 28, 2015

Knorr - Penuh Rasa, Penuh Kasih Sayang


Kalau nak ingat zaman remaja dulu....Kak Elly ni bukan perempuan melayu terakhir yang duduk didapur tengok cara2 mak memasak atau membantu mak masak didapur. Kak Elly punya duty hanya masak nasi dan cuci pinggan, itu jer. Potong ikan, cara potong sayur semua tak tahu ya. Bila mak masak jeling2 macam tu jer. Sikit tanya pun tak ada sebab kalau tanya nanti mak suruh tolong..baik diam kan diri....hahahaha.

Pernah satu hari Mak tak berapa sihat, kakak long ngan Kak Ngah pulak waktu tu tak ada kat rumah. Tak silap umur Kak Elly waktu tu dah masuk 16 tahun. Abah lapar...mintak masak kan nasi goreng. Rasa nak pitam sekejap. Zaman dulu2 mana ada internet nak google2 ni....huaaaa termenung kat sinki dapur. Main hentam jer masak. Berbiji2 bawang merah aku tumbuk...suka2 jer letak sos tomato. Bila dah siap bangga panggil abah makan. Abah rasa hujung sudu terus bangun tinggalkan meja...hahaha sekelip mata muka jadi kebas. Huaaaaaa malu anak perempuan tak tahu masak. Tapi disebabkan malas still aku tak berusaha pun nak belajar masak.

Sampailah bila masuk alam perkawinan...duduk pulak dengan mak mertua. Rasa malu sangat sebab tak dapat sedia kan apa2 untuk suami...semua makanan mak mertua hidangan. Mula rasa tergerak hati dan memasak untuk suami. Nak bagi suami makan air tangan dari seorang isteri kerana itulah pengikat kasih. 

Mula2 beli buku2 resepi....setiap hujung minggu belajar dengan mak cara potong ikan, ayam semua. Sambil belajar sambil kena tunjal kepala dengan mak sebab dah 'berlaki' baru sibuk nak tanya itu ini...hahaha. Tunjal pun tunjal lah...demi suami kurelakan diri ini di marahi...

Of course banyak kejadian makanan ke tong sampah sebab rasa tak sedap lansung...tapi tak patah semangat cuba berulang kali. Sampai lah hari ni Kak Elly dah boleh tersenyum di dapur. Bangga dapat menyediakan perlbagai jenis makanan untuk anak2 dan suami. 

Bila tengok suami dengan anak2 makan dengan selera rasa bangga sangat kat diri. Suami dan anak2 ada makanan kegemaran masing2. Setiap hari ada jer request lauk dari mereka. Pergi lah kemana2 restaurant balik tetap cari makanan ibu di dapur. Wah! bangga nyer.

Kak Elly ni bekerja...setiap hari hanya sempat masak untuk makan malam sahaja. Itu pun kena masak laju2. Hujung minggu jer dapat sediakan breakfast dan makan tengahari. Breakfast yang suami dan anak2 paling gemari adalah Nasi Goreng Daging.



Sangat mudah dengan menggunakan Knorr Penuh Rasa.

Dengan adanya Knorr kerja Kak Elly bertambah mudah. Tak payah risau2 makanan tak menjadi atau kurang lazat. Guna Knorr confirm jadi sedap. Kerja menjadi mudah dengan adanya Knorr. Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu bila tanggungjawab mereka dapat disempurnakan dan paling penting masaklah dengan penuh rasa kasih sayang dan InsyaAllah lauk yang dimasak akan menjadi super sedap!!


 

Tak kiralah betapa penat kita bekerja tambah-tambah lagi nak jalankan tanggungjawab seorang ibu tapi bila namapk wajah kepuasan suami dan anak ketika menjamah makanan yang di hidangkan dengan air tangan sendiri memang memberi kepuasan yang tidak dapat terungkap dengan kata-kata.

Jom kita dengar pulak cerita Puan Farah yang seperti ibu-ibu kat luar sana yang sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada keluarga melalui kempen #KnorrPenuhRasaSayang







Kak Elly nak share dan bagi peluang kepada semua reader Kak Elly yang diluar sana yang minat memasak untuk menyertai kampen #KnorrPenuhRasaSayang


Caranya sangat mudah sekali

1. Ambik gambar masakan kegemaran keluarga macam gambar yang Kak Elly tunjuk kat atas ni tapi make sure korang kena menggunakan Knorr product dalam masakan. 



2. Lepas tu upload gambar tadi kat FB Knorr jangan lupa letak #KnorrPenuhRasaSayang beserta cerita menarik kenapa makanan ini menjadi makanan kegemaran keluarga anda. (Maximum 20 patah perkataan).

3. Gambar yang mendapat jumlah 'Likes' yang tertinggi dan cerita yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang. Nama pemenang akan diumumkan di FB Knorr nanti.

Korang boleh submit lebih dari 1 dish bermula dari 4th April hingga 15th June 2015


Seramai 10 orang akan dipilih sebagai pemenang. Inilah caranya Knorr ingin menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para ibu yang sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan rumah sentiasa terjaga.
 
Setiap pemenang akan mendapat perkhidmatan seorang pembantu yang akan membersihkan rumah anda sebanyak 10 sesi.
 
 Huaaaa....bestnya. Knorr ingin mengenang jasa2 ibu yang berhempas pulas di dapur demi keluarga tercinta dengan memberi ibu2 diluar sana masa untuk berehat tanpa memirkan pasal kerja rumah. So sweeeeeettt kan!! Jadi apa tunggu lagi sambil memasak gunakan Knorr dan upload gambar di FB Knorr .....mudahkan!!


Selamat Mencuba!!

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedpanya

Irfa said...

baca sampai abis, iklan knorr rupanya, hihi

tp betullah, dah jd ibu otomatik kretip bab masak

Jun Juliana said...

jap..jap...jun 2014 ke june 2015. rasa post ni bru je..

Jun Juliana said...

JUNE 2015 la ELLY..HEHE