Nuffnang Advertisement

Thursday, April 30, 2015

GST...luahan keluh kesah seorang peniaga.


Sebut pasal GST kesian aku nengok budak Mawar (Dewi Remaja) tu kena hentam kaw2. Sian kau Dik...tu lah akak tak berani kalau orang interview sebab akak lagi lah tak bijak menjawab...hahaha. Bak kata Anny cuba kalau dia soal pasal Hudud basic aku tahu kalau mendalam sangat mmg x tahu lah. Cuma nasib tak menyebelahi Mawar lah sebab GST ni mmg tengah hangat diperkatakan kalau main hentam jer jawab mmg kau pun kena hentam lah.

Sebenarnya nak luah kan sikit pasal GST...ada rasa agak kecewa disitu. Since GST bermula Kak Elly mmg kumpul semua resit yang ada GST. Semalam bila kira2 almost 500++ Kak Elly kena bayar. Banyak kan...huaaaaa banyak sangat tu. RM500 macam2 boleh beli...itu baru sebulan cuba kali 12 bulan.

Bagi perniaga kecil macam kitaorang mmg sangat2 terasa...postage, harga kotak, harga botol semua ada GST. Ini dah ada office segala lagi lah bertambah2 GST kena bayar. Serius rasa sangat stress dan kecewa. Korang bayangkan lah peniaga kecil dan orang yang berpendapatan rendah lagi terasa agaknya.

Hope GST ni tak berpanjangan mmg rasa nak hantuk kepala kat dinding. Hari tu bayar duit botol untuk Ellfie Beauty GST sahaja almost RM2000.00 korang bayangkan sakit jiwa kan. Macam mana lah peniaga kecil macam kitaorang ni tak susah hati. Kerajaan kena cuba buat sesuatu supaya kami tidak rasa terbeban. Kesian kat parents aku both of them tak bekerja jadi mmg lagi lah rasa terbeban bila beli barang2 di kedai.

En Win ada pekerja yang harus dibayar gaji...nak naik kan gaji diorang pun bukan masa yang sesuai rasanya sebab company baru beroperasi di tempat baru...masing2 ada masalah yang dihadapi. Kesian kat staff2 yang kena tanggung GST yang aku rasa satu bebanan buat mereka....hmmmm susah hati rasanya. Please...please...please berharap sangat ia tidak berkekalan.

Hidup saya dihantui GST....tolong!!!!

 

16 comments:

f.m.y said...

Bukan akak sorang kak. Semua rakyat rasa terbeban. sangat tension dan sedih. Nak beli itu ini semua kene GST. Entah bila pemerintah nak celik mata tengok kesusahan rakyat.

Leya Peja said...

begitu lah elly... u yg lbih byk duit ckit dr i pun terasa.. apa lg i ni yg nan hadooooooo./.../

Afidah Azmi said...

mungkin GST ni baik utk perkembangan negara kita tapi yang terkena tempiasnya peniaga kecik..Fida pun sekarang makan masak sendir dekat umah..kalau makan kedai conform harga melambung naik..Telur dadar je dah RM 2.50...

FadMN said...

betui tu kak elly.dah cuba jimat makan kat luar pun sama jer.sebab nak kena kaver exp lain pulak.kerajaan happy la umum dapat collect banyak, kita menderita sgt.sedih betul.

FAD

bekskankin' said...

Thanx kak sebab menjadi salah seorang yg paham betapa GST tue membebankan..sick WITH GST

bekskankin' said...

Thanx Kak Elly coz menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang faham betapa GST itu adalah satu bebanan pada kita..Sick with GST

BeLLa de ViE said...

Betul tu kak..kerajaan memainkan perasan besar. Diorang must do yess must do something!! peniaga & pembeli dua-dua terpaksa tanggung beban yang sama. Tak beli tak makan la pulak kan? orang kaya takpe duit mereka 7 keturunan tak habis, kami yang makan gaji ni yang hanya sebulan sekali je merasa dapat duit memang terbeban. Segala bill pun ada gst. Now kentut pun terbau gst... :( :( :'(

honey bedazzled said...

No such things as x berkekalan gst ni. It is forever

Sharifah Nani said...

kak elly...sign petisyen kat bantahgst.com

Sheila Salim said...

assalamualaikum kak elly, betul. baru bulan pertama, dah berapa banyak keluar nak bayar gst. bukan boleh claim balik.. kita sebagai pengguna ni terasa sangat tak cukup duit T_________T"

sarah said...

bukak kak elly jer yg merungut..sendayu tinggi tu pun sama..semua orang ada kesan disebabkan gst..tokey besar pun berbunyi tambah kita yang kecik nih..saya samapi sekrg tak paham, kat mana gst mengurangkan beban rakyat..

Azura Aziz said...

gara2 gst smua barang pun naik huhu..

A.I said...

GST pertama aku masa belikan anak2 eskem. gst aje dah rm1+ boleh beli lagi seketol eskem mat kool!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak ama lagi tutupla GST tue hendaknya ..mecncikk

Rajkot said...

to one who is just finding the resouces about this part. It will certainly help educate me.
Top dentist in gujarat

Ruby Desah said...

saya bknlah terer sgt pasal gst ni... Co En Win tu register gst x...sbb according to kastam kan boleh claim tax tu...ade input tax n output tax...syaratnya kna register la..even x hit threshold 500k masih blh register utk membolehkan nk calim balik tax tersbt....