Nuffnang Advertisement

Thursday, April 2, 2015

GST


Semalam 1st April maka dengan rasminya bermula GST. Aku rasa semua akan terasa beban GST ni. Especially orang2 yang berniaga macam kitaorang ni. Bahan Mentah GST, Botol GST, Printing GST, Postage pun GST. Tapi jangan bimbang Ellfie Essence tak charge GST kepada pengguna. Kami masih kekalkan harga yang lama.

Semalam breakfast biasanya Teh O Air RM2.50 sekarang dah naik sampai RM2.80. Hari ni breakfast kitaorang boikot kedai tu bungkus makan kat office jer air buat sendiri....hahaha

Serius ada sikit rasa terbeban dengan GST ni walaupun 6% nampak macam tak banyak tapi still boleh rasa sebab aku dengan En Win dua2 berniaga. 



Semalam dengan bangganya Kak Elly tunjuk kat FB,  resit pertama yang Kak Elly kena bayar GST. Sekali tengok2 semua bising kenapa Kak Elly bayar 10% restaurant charge....bagus korang. Akak main bayar jer...hahaha. Disini ada persoalan sikit 10% service charge tu bukan ker macam kita bg tips dekat pekerja2 restaurant tu. Tapi GST untuk bayar kepada Government. Sebenarnya blh ker tak boleh ni restaurant tu charge, service charge??

GST pula hanya boleh dikenakan oleh perniaga yang berdaftar sahaja...jadi sebelum kita bayar...makesure kita check dulu samada premis tu dah daftar ke belum. Ramai yang tak daftar tapi kenakan GST. Peniaga tamak ni!!

Kalau korang nak tahu macam mana peniaga itu daftar atau tidak GST korang kena pastikan resit itu akan disertakan sekali dengan No GST (10 digit) blh buat penyemakan sama ada company itu berdaftar atau tidak. Yang main tulis resit pakai tangan tu jangan lah percaya...lepast tu cantik jer letak GST 6%. Kalau peniaga tak daftar maknanya dia tidak boleh sewenang2nya kenakan GST kepada customer. 

Kalau benda ni terjadi...korang boleh buat laporan ke :

1800886800 (1Malaysia Centre)
03-88826245 (War Room Kpdnkk)
sms : ADU (maklumat aduan) ke 32255

Ok jangan lupa jawab pertanyaan Kak Elly yang awal tadi ya. Saya wanita keliru.




16 comments:

Hannah Sytieh said...

Dahla ade 10% pastu 6% lg. Huhu.. terasa beban. Gaji ditahap yg sama plk tuu. Hurrmm. Thanks kak elly share utk laporan tu..

Nani Shaarani said...

Kak Elly, dari apa yang saya faham 10% service charge tu, oleh restoran, takkan dibayar ke Kerajaan. kira macam tips utk staf restoran la tu.

Tp service charge tu, kena GST jugak. Hohohho. Itu yang 10% tu dicampur dengan total makan minum, and then kena 6% GST.

wani ezryl * said...

xsilap sy restoran mmg boleh kenakan service charge wlaupun ada gst. patutnya service charge ni as tips kpd waiters tp byk owner yg ambik duit tu xbagi kt waiters diorg pun. sbb tu gst ni lebih kpd brg yg kita consume. lg byk consume lg byk la tax.

diyana said...

akak 10% tu service charges tuk restoran.dan bkn tuk gov pon.

sebelum ni pon kite mmg ade byr tuk service charges & gov tax tp mybe xperasan sbb sblom ni xde GST kan hee :)

service charges slalu dikenankan oleh rstoran yg bkn order by self service. cnth kfc xde service charges n pizza hut ada service charge.haa gitu.pnjg plak :D

Nurzakiah Hanum said...

sangat terkesan

nurul asiken.apandi said...

kak elly..restoran n hotel sama jea..105 service charge tu akn still dikenakan..bukan sbg tips jugak sbnrnya tp lebih kepada gaji staff..

Afidah Azmi said...

sama macam kes kita..kedai mamak yang 4 tahun jadi pelanggan tetap pun dah cas GST..hari ni langsu ng tak toleh ke arah dia..marah ni..marah...

ummisara said...

Elly,

10% tuh servis charge...kalau makan kat restaurant yang mmg ada servis charge then mmglah kena bayar.

that portion sepatutnta diagihkan oleh majikan kepada para pekerja. samada majikan buat atau tak...wallahualam.

so x yah lah kita baik hati nak tinggalkan tips bagai sbb depa dah kenakan 10% tuh.

sekian :)

Lina Affendi said...

Service charge boleh dikenakan restoran/hotel. GST menggantikan sales tax. Mungkin sedikit pembetulan, company yang boleh kenakan gst mesti annual incom 500k dan berdaftar dengan Kastam. Reg. No 12 digit.

yoorin melacolea said...

huhu..bertuah laa staff nak dapat tips..yee oo je boh services charge.. gaji basic tang tuu jugakk.. huhu.. nasib makan free..berdasarkan pengalaman sendiri.. tehehehe..

norhaffizah Razali said...

10% tu adalah dibenarkan. ada lagi 1 sektor selain restoran yang dibenarkan kutip service tax sendiri plus gst

anakMommy said...

kekeliruan yang sama....ingat dah tak ada service tax tu..hihi

jemput singgah ke blog anakmami kak elly

http://anakmommy.blogspot.com/2015/04/hujan-dan-kenangan-manis.html

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

kucen master said...

redha je la.kalau sakit ati pun, bukan boleh batal gst tu

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html

Ecelest said...

Let's share which restaurant impose Service Charge, GST or both together. So we have a choice to choose.

http://noextracharge.co

Now the site list out which restaurant charge for filter or boiled water and its price

Ecelest said...

Let's share which restaurant impose Service Charge, GST or both together. So we have a choice to choose.

http://noextracharge.co

Now the site list out which restaurant charge for filter or boiled water and its price